Thursday, December 10, 2020

Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari Dijual

Assalamualaikum semua, di musim yang serba sukar sekarang ini memang tak dinafikan semua pihak merasa kesusahan dan keperitan. Namun begitu kita kena sentiasa ingat, Mungkin kita merasa hidup kita susah namum begitu lebih ramai lagi yang diuji kesusahan lebih dari kita. Justeru itu, kat sini mama nak ajak korang semua untuk Bantu Rumah Bakti Nur Syaheera.



Latar Belakang Rumah Bakti Nur Syaheera 

RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA adalah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Rumah ini adalah di bawah pengurusan dan naungan 𝙿𝙴𝚁𝚃𝚄𝙱𝚄𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙱𝙰𝙹𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙽𝚄𝚁 S𝚈𝙰𝙷𝙴𝙴𝚁𝙰 𝙺𝚄𝙰𝙻𝙰 𝙻𝚄𝙼𝙿𝚄𝚁 dengan 𝘕𝘰. 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 1379-09-𝘞𝘒𝘓.




Pada ketika ini ,bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal disini adalah seramai 30 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Jawatankuasa 𝙿𝙴𝚁𝚃𝚄𝙱𝚄𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙱𝙰𝙹𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙽𝚄𝚁 𝚂𝚈𝙰𝙷𝙴𝙴𝚁𝙰 𝙺𝚄𝙰𝙻𝙰 𝙻𝚄𝙼𝙿𝚄𝚁.

Buat masa ini, sumber kewangan hanyalah bergantung semata-mata dari derma yang diterima daripada dermawan-dermawan yang budiman.

Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari Dijual 





Baru-baru ini, Tuan Rumah telah menyuarakan hasrat untuk menjual salah sebuah rumah daripada tiga buah rumah yang telah disewa daripada beliau iaitu rumah tengah yang 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫 𝟐𝟓, manakala rumah 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘰𝘮𝘣𝘰𝘳 23 & 27 kekal dalam sewaan selepas hampir 11 tahun anak-anak mendiami rumah berkenaan.

Bagi Tujuan Pembelian Rumah yang beralamat 𝐍𝐨 𝟐𝟓, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟑, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐮, 𝟓𝟔𝟎𝟎𝟎, 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐬, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫.

Kos Pembelian : 𝐑𝐌𝟔𝟕𝟎,𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎
(Ringgit Malaysia Enam Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja)

Status Terkini : 𝐒𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧

Justeru itu, Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan dan mengharap akan dana sumbangan para dermawan mulia yang prihatin bagi menjayakan hasrat pembelian rumah ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekalian.

Sumbangan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera 




Sumbangan boleh disalurkan ke :
𝙈𝙖𝙮𝙗𝙖𝙣𝙠 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢𝙞𝙘 ¦ 564856111166



Maklumat Untuk Dihubungi:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 
Pengasas / 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚎𝚛𝚞𝚜𝚒 𝚁𝚞𝚖𝚊𝚑 𝙱𝚊𝚔𝚝𝚒 𝙽𝚞𝚛 𝚂𝚢𝚊𝚑𝚎𝚎𝚛𝚊,
𝙅𝙤𝙝𝙖𝙧𝙞 𝘽𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘽𝙖𝙨𝙧𝙞 (012-2922542) dan
Pengasas / 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚎𝚛𝚞𝚜𝚒 𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚊, 𝙎𝙪𝙯𝙖𝙣𝙖 𝘽𝙞𝙣𝙩𝙞 𝙅𝙖𝙛𝙖𝙧 (012-2002542) 


Jemput War-warkan



Diharap kengkawan kat sini dapat war-warkan tentang perkara ini. Jika tak dapat bantu dengan wang ringgit, bantu share perkara ini pun amat dihargai. Semoga usaha membantu mereka walaupun dengan share saja serba sedikit akan memberi peluang kepada mereka dan juga peluang amal kebajikan buat kita sendiri. Sebarang sumbangan amat digalakkan.



9 comments:

  1. semoga dapat mengumpul dana. kalau salah satu rumah dijual kat mana lah diorang nak berteduh kan

    ReplyDelete
  2. semoga usaha utk membeli rumah ini dimakbul Allah swt..amiin..

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan mereka..
    kita tolong mana yang mampu..

    ReplyDelete
  4. Moga Allah permudahkan urusan membeli rumah tersebut.

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah, usaha yang baik akan dipermudahkan oleh-Nya.

    ReplyDelete
  6. Allahu... Semoga rumah tersebut tidak dijual. Sama-samalah kita menyelamatkannya demi keselesaan anak-anak yatim Rumah Bakti Nursyaheera

    ReplyDelete
  7. semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah

    ReplyDelete
  8. Allahu..mudah2an ada yang membantu meringankan beban mereka..ameen

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Blogger Suria Amanda yang prihatin dan sudi berkongsi maklumat mengenai permohonan pihak kami untuk menerima sumbangan bagi pembelian rumah untuk perlindungan anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera

    Semoga dengan perkongsian ini, Allah mempermudahkan segala urusan rumah bakti kami terutama berkaitan pembelian ini, dan semoga Allah memberkati & merahmati Blogger Suria Amanda sekeluarga di dunia serta akhirat sana yang ringan membantu insan-insan yang memerlukan..
    Aminnn.. inshaAllah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......