Thursday, December 31, 2020

Menu Last 2020


Hi korang...

Nak buat jugak entry terakhir 2020, hari ni sempena new year eve SA masak 4 jenis lauk ni je...makan berempat je sebab yg lain-lain tak balik...ada yg balik rumah mertua memasing, ada yang x leh balik gak sebab PKPB Selangor. Bukan x nak balik tp x nak mendatangkan risiko buat mak abah..so..better diorang kat rumag diorang je..bahaya kan..kes pun makin tinggi

Jom tengok apa yang SA masak..


Sayur sawi goreng


Kerang rebus


Kari Kepala Ikan Tenggiri


Cencalok Melaka

Masak simple...tapi masa makannya bertambah-tambah..sabar jer la...cane nak fit nak hiking nanti ni...cadangnya esok nak naik Kepayang Hill tapi kawan x jadi plak...so naik Ahad kot...so korang.....Selamat Tahun Baru 2021...semoga 2021 menjanjikan kebahagiaan untuk kita semua..semoga dugaan Covid 19 ini berakhir selamanya agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Tarikan Wave Rock Di Bukit Baginda Batu Kikir Checked!!

Hi korang..

Jom sambung lagi citer dunia hiking SA...Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.

FAKTA BUKIT BAGINDA

Ketinggian:
1476 feet / 450 meter
Jarak:
2.2KM (Sehala)
Masa:
1.5 – 2 jam (Anggaran)

KADAR BAYARAN
Bayaran Pengurusan – RM3
Permit Hutan – RM5

Trek memang takde belanja langsung, pacak...pacak..dan pacak..langsung takde diskaun...kat atas ni SA mengalami mental blocked teruk, nak nangis tapi tak keluar air mata. nasib SA dengan sweeper yang tegas..garang nak mati...kalau takde kata- kata semangat dari sweeper ni...memang SA berjaya sampai ke peak walau jarak sampai dengan kawan- kawan lain dalam 20 minit lambat.




































Tepat pukul 12.45 tengahari dari peak kami turun ke bawah semula. Memang tak tunggu lagi dah. Tak nak bazir masa. teranyata trek waktu turun takde susah macam masa mendaki...sekejapan je kami semua dah sampai ke gua yang mula- mula kami masuk. Berhenti bergambar sebentar untuk kenangan. Rupanya dalam gua ni ada 2 makam. Nasib SA tahu dah kemudian dan bukan laluan SA mula- mula masuk dan keluar. 

Apapun pengalaman yang sangat menarik. cuma perlu berhati- hati dan bekerjasama. Team work sangat penting...SA perlu lebih fit untuk trip akan datang. Berat badan pun perlu diturunkan. Now berat SA 61kg...aduhai nak sampai ke 57kg tu rasa macam susah betul. Kalau tak fit susah untuk SA next hiking...

Bukit Baginda, Wave Rock Checked!!!!

Wednesday, December 30, 2020

Bukit Sikai Seri Menanti Kuala Pilah Checked!

Hi korang...

Bukan main SA kan..nak hujung- hujung tahun ni makin rajin hiking. Akiviti sihat kan...rasa puas sangat bila buat aktiviti macam ni. Berjurai- jurai peluh keluar..Aktiviti Hiking (mendaki) bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai. Bukit ataupun gunung kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk di kalangan orang berumur dan kanak-kanak. Kebelakangan ini kerap kita dapat melihat pelbagai aktiviti luar dilakukan oleh orang awam. Ini sedikit sebanyak memberi petanda bahawa umum telah menyedari bahawa selain menghabiskan masa ditempat kerja atau memerap dirumah, aktiviti luar menyumbang kepada gaya hidup sihat yang sering menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan seorang manusia.Menjadi satu kepuasan yang tak terhingga buat SA apabila sampai ke puncak. Lepas tu korang akan addicted untuk hiking lagi. 

Last week SA hiking 2 buah bukit sekaligus dalam satu hari. Bukit Sikai kat kampung SA di Sri Menanti Kuala Pilah dan Bukit Baginda, Batu Kikir NS. Bukit Sikai takde la susah mana pun. Biasa je...tak lama pun mendaki.Tapi best bila sampai peak dihidangkan dengan udara yang sejuk, nyaman dan rasa macam kat Cameron Highland












































Tak lama lepas habiskan sedikit masa kat peak Bukit Sikai kami pun turun...teruskan perjalanan ke Bukit Baginda untuk misi seterusnya selepas misi mencari awan karpet di Bukit Sikai GAGAL. Takde langsung awan kapet cuma lebih banyak kabus. Maybe sebab awal pagi kan...kebetulan baru hujan.

Next entry SA akan citer bab Bukit Baginda plak. Kat sini SA mengalami mental blocked. teruk betul masa ni....sabar jer la...kena lebih banyak work out lepas ni....

See ya next entry....