Friday, December 18, 2020

30 Tanda-Tanda Hati Kotor

Hi korang,

Salam Jumaat, hari ni SA bersiaran dari office dan sibuk sangat. SA hanya sempat share perkongsian ni je...jom sama- sama kita baca sebagai iktibar dan pengajaran. 


 

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR


1. Gelisah walaupun tiada masalah.


2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.


3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.


4. Tidak amanah dan mungkir janji.


5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.


6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.


7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.


8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.


9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.


10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.


11. Menyampaikan ilmu dengan riak.


12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.


13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.


14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.


15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)


16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.


17. Solat yang tidak khusyuk.


18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.


19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.


20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.


21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.


22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.


23. Suka bergosip dan menabur fitnah.


24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.


25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.


26. Pendendam.


27. Penting diri dalam semua hal.


28. Berpura-pura dan suka membodek.


29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.


30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.


Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

15 comments:

  1. Minta sangat-sangat dijauhkan. Takut lakukan dalam keadaan tidak sengaja.

    ReplyDelete
  2. Moga dijauhkan dari penyakit hati kotor ni. Nak baik-baik sahaja, sebarkan kebaikan :)

    ReplyDelete
  3. jom kita muhasabah diri..
    salam jumaat SA

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, scarynyaa.sometimes kita tak sedar apa yg kita buat tu kan

    ReplyDelete
  5. aduhhhhh sentap. mcm ada beberapa je yg biasa buat. bukan dengan niat tak sengaja

    ReplyDelete
  6. Moga dijauhkan sifat-sifat mazmumah ini. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini

    ReplyDelete
  7. Tq sharing..info yg sgt berguna..boleh muhasabah diri lepas nie..🤭🤗

    ReplyDelete
  8. kadang2 tanda2 hati kotor bkn semua org perasan.. harap slow2 boleh berubah walaupun nampak benda tu remeh

    ReplyDelete
  9. Terima kasih untuk perkongsian ni kak. Semoga kita tak tergolong dalam golongan hati yang kotor.

    ReplyDelete
  10. Moga kita semua dijauhkan dari penyakit hati kotor ini 😊

    ReplyDelete
  11. astaghfirullahal'azim..moga2 kita semua dijauhkan dari memiliki hati yang kotor..ameen

    ReplyDelete
  12. allahuakhbar.. smoga jauh dari hati2 sebegini T.T
    kena selalu semak hati kita dan doa tak tergolong dalam golongan ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......