Wednesday, December 2, 2020

2 Kali Makan Tengahari Kat Paparich NuSentral

Nampak sangat dah tak tahu nak makan apa kan....macam dah takde pilihan sangat.. SA lak bila dah PKPB ni macam makin malas nak bawak bekal. Lepas tu melilau pening fikir tak tau nak makan apa kan..dah la kerja ikut rotation 3 hari kerja dan 2 hari work from home. Lagi la malas nak fikir pasal nak bawak bekal...giler pemalas kan? hahahha....

So 2 hari SA repeat makan kat Paparich NuSentral, Jumaat ngan Isnin. Tau mahal makan kat sini tapi sini jer yang selesa dan tak ramai orang. Tambah- tambah makanan dia masak fresh bukan ready made dan paling penting sedap.



Amik gambar kat Tisu je...janji ada...


Kuew Teow Beef Noodles...sedap...makan ngan cili tu lagi sedap...ni makan hari Jumaat rasanya..


Hari kedua makan Nasi Goreng Seafood, banyak giler seafood dia...best!!ni lunch Hari Isnin


Bila balik kerja petang tu rasa kenyang sangat..hahaha...tersandar ko..

 

Bila la kita semua dapat lepas bebas makan dan beriadah macam dulu- dulu kan...rindu sangat nak menjalani kehidupan seperti biasa..bebas kemana- mana...memang la ada hikmah semua ni jadi...tapi tu la..PKPB macam takde pape pun. Yang kerja tu dah memang la kerja kan..yang lain- lain bebas kemana- mana macam takde apa- apa...itu yang tak faham..apapun harap kita bebas dari semua ni soonest...tak larat la nak hadap pakai mask hari- hari...terkurung...dan macam- macam benda tak leh buat..blom kira yang tak dapat jumpa mak ayah berbulan- bulan dah kan....tapi ada jer yang sewenang- wenang kesana kesini macam takde apa yang berlaku...tak tahu la nak kata tak prihatin ke apa...kalau jadi apa- apa dan kalau diorang terkena virus tu tak ke menyusahkan orang lain jugak?

11 comments:

  1. kena jadi imun baru segalanya akan normal, tak tahulah benda ni fakta atau auta

    ReplyDelete
  2. Rindu nak makan kat restoran ramai-ramai-ramai macam dulu. Sekarang kalau teringin pun bawak famili 2,3 orang. Nak ajak kawan tak berani

    ReplyDelete
  3. nasi goreng seafood tu rasa teringin nak la pulak kita nak makan..mewah dengan seafood kan..repeat berkali-kali pun takpe kat sini.

    ReplyDelete
  4. kalau kita puashati dengan makanan yng dihidangkan mesti makan berkali2 pun tak bosan..:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya..hirup kuah dia srruupppp

    ReplyDelete
  6. kalau puas hati, berulang kali makan pun tak pe

    ReplyDelete
  7. suka jugak paparich ni tapi ye dia mahal sikit..so jarang2 nak makan melainkan orang ajak..

    ReplyDelete
  8. Lama xmkn papa rich.. Outlet terdekat pn dh tutup sejak pkp.. Xleh survive

    ReplyDelete
  9. ammi pun tak larat pakai mask..berjerawat dah kat pipi ni pastu payah nak hilang.

    ReplyDelete
  10. cili tu pedas giler. memang sedap makan kalau dengan cili. Tak pedas kurang sedap. Best kalau nasi goreng seafood banyak. puas hati banyak dan sedap.

    ReplyDelete
  11. Kalau macam tu kuantiti dan sedap, memang berbaloi bayar mahal kak.. Yang penting selesa..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......