Syarikat Percetakan Hadiah e-dagang Di Malaysia Tempuhi Dan Mendorong Norma Baharu Biarpun Situasi Semasa Yang Rumit
Dalam sekelip mata, musim akhir tahun dan suasana perayaan menjelang tiba. Bagi orang ramai, inilah masa dimana senarai keperluan Hari Natal dilengkapkan dan perhiasan rumah juga dibeli untuk disambut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Berbanding dengan tahun lalu, tahun ini lebih sukar untuk keluar membeli-belah disebabkan kewajipan mematuhi garis panduan (SOP) dan penjarakan sosial akibat wabak COVID-19. Meskipun berhadapan dengan cabaran, laman e-dagang Printcious tetap cekal membawa keriangan melalui hadiah suai pengguna bagi mencipta musim hujung tahun paling istimewa.
Vincent Tong, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Printcious Gifts berkata: “Kepentingan utama kami adalah membantu pelanggan mendapatkan hadian yang sesuai dengan keperluan mereka. Anggaplah kami sebagai satu tempat anda mencari idea untuk memberi hadiah tanpa perlu membazirkan masa dan wang.”
“Printcious bukan hanya berkaitan dengan hadiah sembarangan, tetapi ia melambangkan pemberian buah tangan ikhlas dari hati seseorang dengan menambah sentuhan tersendiri ke dalam hadiah tersebut.”
Turut menawarkan barang perhiasan rumah seperti bantal, kanvas berbentuk segi empat tepat dan pelbagai ukuran lain sebagai hiasan dinding; hadiah suai pengguna termasuklah baju-T, cawan, jigsaw puzzle dan pelbagai lagi, Printcious juga menawarkan lebih 10,000 rekaan grafik sedia ada.
“Laman web kami bukan sekadar sumber untuk mencari hadiah, ia adalah ruang untuk anda tonjolkan personaliti dan cita rasa tersendiri dalam seni hiasan rumah mahupun ke dalam hadiah yang ingin diberikan buat yang tersayang,” tambahnya.
Pelbagai pilihan hadiah boleh ditemukan di laman web Printcious yang berharga dalam lingkungan RM15-RM350. Pilihan hadiah boleh ditempah melalui tiga cara, antaranya:
>> Design Your Own: Menggunakan rekaan/gambar sendiri serta teks untuk dicetak.
>> Berserta Templat: Menggunakan templat mesra pengguna yang telah disediakan untuk mereka yang kurang berpengalaman dalam rekaan. Hanya masukkan gambar atau teks di ruangan tersedia.
>> Rekaan sedia ada: Barangan hadiah yang telah mempunyai rekaan tersendiri dan tidak memerlukan pengubahsuaian dari pembeli. Walaupun begitu, Printcious tetap menyediakan fungsi penambahan rekaan sekiranya pembeli menukar fikiran.
Pada masa yang sama, Printcious juga menawarkan para perusahaan kecil dan sederhana (SME) servis penghasilan hadiah korporat yang juga boleh diubah suai daripada Printcious.
“Kami turut menerima tempahan pukal daripada para SME untuk memberi ganjaran kepada pelanggan mereka agar meningkatkan mutu jualan masing-masing,” tambahnya. Antara produk boleh didapatkan termasuklah cawan, tali lanyard, pad tetikus, dan button badge.
“Kami turut mengalukan pelanggan tempahan pukal untuk menambah sentuhan sendiri ke atas rekaan grafik. Badan-badan korporat dan perancang majlis tidak dihadkan untuk mencetak hadiah dengan satu reka bentuk sahaja, malah mereka juga boleh memuatkan mesej serta nama penerima,” terang Tong.
“Sebagai contoh, perancang majlis mahu mencetak 100 biji bantal sempena majlis perkahwinan. Setiap satu bantal boleh dicetak dengan nama tetamu bagi memperingati saat terindah itu,” ujar Tong.
Printcious menjamin penghantaran tanpa keraguan. Rakan kirimannya, Aramex telah melaksanakan tugas ini dengan sempurna di seluruh Malaysia dan serata dunia.
“Sekiranya anda bimbang tempahan tidak sampai pada waktu yang ditetapkan, kami memberi pilihan kepada pelanggan untuk pengambilan sendiri,” jelas Tong.
Printcious ditubuhkan pada tahun 2015 dan dikenali sebagai salah satu pembekal barangan hadiah suai pengguna terbesar di Malaysia. Memenuhi keperluan pelanggan individu serta jumlah besar daripada badan-badan korporat, Printcious telah berkhidmat kepada pelanggan dari lebih 100 buah negara.
Sebagai ganjaran buat para pelanggan, Printcious menawarkan potongan harga istimewa. Layari (https://www.printcious.com) dan masukkan kod diskaun NOV65 di halaman check-out, dan nikmati diskaun khas buat pembaca. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2020.
ok...boleh perint kat sini pulak nanti
ReplyDeletewaaaa boleh lah survey hadiah aniberseri ni...
ReplyDeletecantik klu tempah cendera hati kat sini..:)
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeleteMenariknya Kak SA :)
ReplyDeleteThn ni x print lg gambar.. malas nk pilih2 gambar... hehehe... tq info ya
ReplyDeleteMeriahnya! Mesti rambang mata nak buat pilihan.
ReplyDeletePernah tempah photo canvas. Berkualiti :)
ReplyDelete