Pandemic dan CMCO ini sedikit sebanyak menyebabkan kemerosotan industri perhotelan kerana objektif kerajaan Malaysia adalah untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19. Impak itu tidak memberi sebarang pilihan lain dalam kalangan penggiat industri perhotelan, melainkan dengan meletakkan kebergantungan kepada pasaran domestik selagi pelanggan dari peringkat antarabangsa dan perniagaan luar negara tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.
Berdasarkan perkembangan semasa, Penularan COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan awam bahkan impaknya turut dirasai sektor ekonomi khususnya bagi industri pelancongan dan perhotelan.
Keadaan itu menyebabkan banyak pemain industri terpaksa mengecilkan operasi selain ada yang terpaksa gulung tikar ketika kebanyakan negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam menangani penularan COVID-19.
Namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun lalu sehingga 06 Disember depan berupaya merancakkan kembali sektor ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan perhotelan yang kini bersedia menerima kunjungan tetamu dengan kebiasaan baharu.
Dengan keadaan negara kita yang masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat, kita masih boleh bercuti di negeri- negeri zon hijau. Inilah masa yang sesuai untuk kita membantu industri perhotelan dengan menyokong percutian domestik. Banyak hotel- hotel domestik di zon hijau yang telah menurunkan harga bagi tempahan hotel mereka. Dan SA percaya ramai yang ingin bercuti di hotel- hotel domestik setelah lama berkurung di rumah. SA sendiri menggunakan applikasi Traveloka baru- baru ini untuk menempah hotel di Melaka.
Kenapa SA pilih Traveloka?
- Harga Jujur - Harga yang disenaraikan termasuk semua cukai yang berkenaan, fi dan surcaj.
- Harga Rendah - Muat turun Traveloka App dan dapatkan harga terbaik untuk bilik dan pelbagai promosi menarik
- Ulasan Sebenar Tetamu - sekiranya perlukan pendapat tetamu lain untuk membuat keputusan? Traveloka menyediakan lebih 2 juta ulasan sebenar daripada tetamu hotel.
- StayGuarantee - Dengan StayGuarantee, tempahan hotel dijamin sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, Traveloka akan mencadangkan hotel lain yang setaraf, tanpa kos tambahan. Atau, bayaran akan dikembalikan.
- Pelbagai Pilihan Pembayaran - Sama ada anda ingin membayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet, atau di 7-Eleven, Traveloka menyediakan pelbagai pilihan untuk anda,Tiada fi transaksi.
- Diskaun Istimewa - Ahli Traveloka biasanya akan mendapat diskaun hotel istimewa.
Untuk itu anda semua tidak perlu risau atau buntu apabila keinginan untuk bercuti bersama keluarga atau orang tersayang terganggu akibat Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat. Anda masih boleh bercuti di negeri- negeri zon hijau. Jom kita hotel booking melalui Traveloka Malaysia.
Pelbagai hotel di zon hijau yang tersenarai di applikasi Traveloka. Anda hanya perlu layari website Traveloka dan pilih mengikut pilihan hotel kegemaran anda di negeri- negeri zon hijau yang tersenarai. Jangan jadikan alasan Pandemik atau Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ini untuk anda tidak bercuti. Anda masih boleh bercuti tetapi perlu mengikut kebiasaan yang baharu. Patuhi syarat- syarat SOP yang telah di sediakan oleh pihak perhotelan.
Antara negeri yang didalam zon hijau adalah Kedah, Pahang, Trengganu, Melaka , Johor dan Perlis. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dari MKN dan KKM. Anda boleh rujuk kepelbagaian cadangan hotel di website dan applikasi Traveloka. Traveloka bekerjasama dengan rangkaian hotel di seluruh dunia agar anda dapat menikmati penginapan yang selesa di mana sahaja. Cuma sekarang anda semua hanya boleh menikmati penginapan domestik. Semua tidak menjadi masalah kan? Aslkan anda masih boleh bercuti.
Jom bercuti! Pastikan penginapan anda adalah selamat dan didalam zon hijau.
Jom Traveloka!!
Seronoknya negeri hijau. Daerah LD masih merah, belum boleh langkah kaki keluar ke tempat hijau.
ReplyDeleteWaaa best ni.. kita kat Johor ni pun geramm jee nak staycation, tapi tu lerr, anak-anak pulak datang tak nak.. grrrrrr...
ReplyDeletetak tahu nak ke mana masalahnya..
ReplyDeletememang kekadang saya rindu untuk berjalan-jalan ditempat orang. saya suka menginap di hotel. tak perlu yang mahal pun. sekadar ada kemudahan buat minuman ringan dan mart berdekatan.
ReplyDeleteKakmim terbiasa dgn agoda dah lagipun dah byk point kat situ syg pulak nk bertukar.. setakat ni 2x dah cancel booking untuk staycation... huhu
ReplyDeleteRindu betul nak berstaycation
ReplyDeleteSyoknya kalau dapat staycation kat zon hijau.
ReplyDeletealahai rindunya nak jenjalan stay hotel tapi saya zon merah huhuuu lagi
ReplyDeleteikut plan nak ke Pantai Timur bulan 12 ni.. Selangor pula PKP tak sudah.
ReplyDeletetunda lagila plan tapi dok intai2 dah hehe.. atur mana nk p jalan..
Sabar ye. Apakan daya duduk dalam Negeri Merah. Rindu nak staycation
ReplyDeleteda lama tak travel..kalo dulu2 memang traveloka antara platform yang saya akan guna untuk riki2 hotel bajet
ReplyDeletesyok la negeri yang dah tamat pkpb, kita kat selangor ni mampu tengok je lah. Zon merah pulak tu haha
ReplyDeleteBila sis share pasal traveloka ni baru kite teringat pasal jenama ini. nampak tak berapa lama tak travel sampai lupa pasal traveloka. bila lah nak habis PKPB ni!! tak sabar nak travel and book guna Traveloka
ReplyDeleteMemang tengah cari hotel best nak bercuti bulan 12 ni. Penat dah duduk rumah tak pergi mana-mana. Nanti kita check traveloka ada tempat dekat sikit tak untuk staycation
ReplyDeleteSejak cmco ni dah lama terperap kat rumah hehehhe apekandaya... Harap ni lepas ni boleh la staycation lagi. Kita tak pernah guna traveloka .. Lepas ni bole la pakai apps tu
ReplyDeleteHaritu sebelum gelombang ketiga ni, dah plan dah nak pegi Ipoh & Penang. Tiba2 announce pkpb pulak. Terus kena cancel semua booking. Ni pun tak tau la bila lifted.
ReplyDeleteI miss going out so much! Hope this PKPB will end very soon! God bless everyone!
ReplyDeleteSenang bila ada Traveloka so boleh booking hotel2 kat zon hijau tapi tu la kte dr zon merah kena la bersabar dulu hehe
ReplyDeleteStar 7 haribulan dah boleh rentas negeri dah hehehe bestlah nak booking dan juga jalan-jalan sebeb lama sangat duduk rumah tepu otak ni asyik kerja jer kan...
ReplyDeleteDulu pernah try traveloka. sekali jelah tapi. sekarang pkp tak sempat nak melencong kemana mana
ReplyDeleteIni pun antara my favorite apps untuk booking hotel sebelum PKP dulu.. Easy and really convenient apps.. Yes, selalu boleh dapat harga jauh lebih murah compare to others apps..
ReplyDeleteconvenient kot apps ini. dulu i seringkali buat booking via traveloka tapi tak user friendly sangat. best gila kalau boleh jimat sikit
ReplyDelete