Thursday, November 5, 2020

Hiking Gunung Berembun, Jelebu NS Stadian Batch 95 > Paling Mencabar Setakat Ini

Gunung Berembun Jelebu NS Part 4 - Last Part


Hi korang...

Selepas berehat, isi perut lebih kurang dan bergambar kami semua memulakan langkah untuk turun bawah semula. Sekali lagi akan melalui trek yang mencabar. Naik mencabar..turun pun mencabar kan...masa turun ni banyak kali SA tergelincir dan kaki sangkut kat akar2 besar. Nak menurun ni kena berhati- hati ketika landing tapak kaki. Kena pandai atur langkah..kalau tak confirm mengalami kecederaan.

SA sangat tak sangka..first time SA di serang pacat yang banyak. Korang kalau ada sure geli kan?
Pacat....suatu ketika dulu SA takut sangat ngan pacat...di acah-acah dan ditakut-takutkan oleh adik beradik dan kawan -kawan sedangkan SA dah bergelumang pacat masa kecik2 dulu, zaman mak abah bersawah dan angkut SA serta adik lelaki sekali ke sawah...perasaan takut tu mmg kuat. Cuba elakkan tapi tetap kena..SA sempat kira...8 ekor melekat kat badan SA ni yg SA x tau macam mana dia bkeh masuk..siap dalam baju..seluar..stokin..leher apatah lagi...tapi geli dan takut masa tu je la..lepas tu SA dh ok..dh x takut..

See pacat pun pandai pilih org yg penakut..pacat pun pandai jinakkan org yg takut haha...akhirnya dapat gelaran Ratu pacat...sampai la skrg...nasib laa...


Suka gambar ni...sharp..cantik sangat...ada kawan cakap kami seiras...ni la salah seorang kawan SA
Aftah Zakaria


Nampak keadaan SA? tengok kasut pun korang faham betapa sukarnya trek tu...


cendawan comel2


Cantik bila tengok in reality


Masa ni macam nak putus nyawa dah..


Besar kan ulat gonggok ni?



Cendawan kaler marroon


Kawan SA..Lin Ahmad dan Shida...


Nampak trek menurun yang lecak..


X tau apa nama pokok ni tapi cantik


Banyak tumbuh...hanya berani tengok dan snap gambar tak berani usik...flora yang pelbagai kan?


Ya rabbi..macam bersawah dah ha...


Ini pun SA x tau apa pokoknya tapi menarik la...


ni macam biasa tengok..


Pokok ni nampak biasa-biasa je...species paku pakis dalam hutan besar tetapi keistimewaannya..menurut salah seorang kawan hikers yg tinggi pengalaman..ia akan bercahaya apabila menerima pantulan cahaya di waktu kegelapan..korang nampak kan warna dia? Turquoise!!!

Cantik kan?

Ada banyak aje species tumbuhan yang unik di dalam hutan...ini yang sempat SA snap gambar bila kawan2 kan depan jerit..."Zan...cepat amik gambar pokok ni...sesuai untuk readers kau"


Cantik kan?


Sejenis fauna...tak tau apa ni...bergerak2


Geram rasa nak pegang tapi takut


Kami...


Ni sejenis lagi...


Macam cendawan kukur kan?
 

Berehat kejap...nampak lelah kat situ kan..

Setelah melalui kepayahan kami sampai semula kat Lata Berembun. Masa SA sampai semua dah kecepur dalam jeram tu. Amboi semua....seronoknya....SA tak mandi...SA hanya berendam kejap...buang apa yang patut dibuang...seksa oii menahan kencing dari atas peak..hahaha...takut nak minum banyak air..hahaha...Kaki SA masa tu memang dah sakit giler..penat tak terkata dan SA hanya mampu senyap je...Dari Lata Berembun nak ke pintu gerbang ambil masa 45 minit. Yang lain semua dah kedepan..SA tengah-tengah dengan Lin Ahmad. Tak sampai hati nak tinggalkan Lin sebab dia nyer condition kasut yang tak selesa. So slowly SA ikut rentak. Kepayahan demi kepayahan kami lalui...dengan tiba- tiba ada pokok balak besar tumbang. Masa kami pergi takde kayu balak tu...kata kawan yang dah ada pengalaman. Pokok tu baru tumbang...

45 minit selepas tu kami sampai di pintu gerbang. Lega nya rasa....


Masa dah sampai bawah ni jam dah pukul 6.30 petang...kami semua mula bergerak pulang..SA dan kawan- kawan lain terus singgah ke D'Pantai..makan proper skit...tapi tak lalu makan sebab dah penat sangat.

Alhamdulillah....settle semua...seronok kami semua hiking beramai- ramai masa tu...menunggu untuk next program plak. Banyak terbengkalai sebab PKPB di KL, Selangor, Putrajaya dan Seremban yang baru start hari ni. Ikutkan minggu ni SA nak pi hiking ngan salah seoranag kawan. Tapi dah PKPB so tak dapat la teruskan walau hakikatnya aktiviti Hiking di benarkan. Ye la kawan SA tu luar dari Seremban kan. So sabar jer la..sabar menanti keadaan pulih dan kembali seperti biasa.

Kaki dah gatal nak hiking ni weyh...

See ya...next hiking program..

8 comments:

  1. terlalu mencabar jalan nya tu...
    klu nieyl, muntah dah kak...x cukup nafas...
    terbaiklah akk...

    ReplyDelete
  2. puas tgk muka peluh mcm tu kan... hiking mmg best

    ReplyDelete
  3. wah kagumnnya pacat berjaya menjinakkan kak SA hihi

    ReplyDelete
  4. Kalau jumpa trek menurun tu buat rasa seram. Mesti terkaku kejap berfikir macamana nak turun ke bawah tanpa tergelincir. Uisshh batang berduri tu kalau terpegang ke terpaut ke memang naya je. Kalau dapat tengok pokok pakis tu bercahaya mesti rasa wow sangat.

    ReplyDelete
  5. Macam-macam boleh jumpa flora dan fauna kalau rajin hiking.

    ReplyDelete
  6. paling syok kalo teroka hutan ni memang bab jumpa flora fauna yang jarang nampak dan unik ni...

    ReplyDelete
  7. Aduhhh...duh!! mencabarnya trek dia.
    Kalau Mrs. A setakat Broga jelah kot hahahaa...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......