Tuesday, November 3, 2020

Hiking Gunung Berembun, Jelebu NS Stadian Batch 95 > Paling Mencabar Setakat Ini

Gunung Berembun Jelebu NS Part 3 - Peak 

So kami semuameneruskan perjalanan ke puncak. Trek dari gua kambing adalah pancak landai terus ke puncak. Memang menguji fizikal betul tapi nak kata apa kan.. kita layan je trek jangan stress-stress ye hehe. Hakikatnya SA tergelincir kat sini, menggelongsor lagi...sakit badan memang time tu tak rasa la..kesiana kat kawan SA tapak kasut tercabut. Kalau jalan tak becak dan tak berselut mesti ok tu...so terpaksa ikat kasut dia. Ada pendaki lain bagi cadangan kalau tapak kasut dah tercabut pakai je stokin and teruskan perjalanan. Ish...mana maunya kan..sebab kita tak tau bahaya risau takut cedera kaki plak..

Trek nak ke peak korang boleh tengok gambar tu semua...pacak kan? seksa oiii...nak plak dengan kasut basah, jalan yang berlumpur..selut tanah liat melekat di kasut..memang semuanya sukar. Walau persediaan sebelum mendaki memang ada..tapi bila masalah struktur tanah, hujan dan trek basah berlumpur sedikit sebanyak menyukarkan kami mendaki. Bila macam ni mula la bermaian dengan mental dan emosi...kawan- kawan ada yang dah sampai kat peak...

Jom tengok gambar...lets the photo's talking...hahaha...kemalasaan dan takde idea nak letak caption apa.







Video Part 1


Video Part 2


Video Part 3































Akhirnya kurang dua jam kami sampai ke puncak. Ye selepas mengharungi susah payah.. Gembira tak terkata gitu. haha. Kami berehat lebih kurang 30 minit. Memandangkan masa kami dah tergelincir dari jadual asal..so plan nak ke tapak crash plane tu terpaksa kami batalkan memandangkan dah tengahari kan...nak amik masa nak turun lagi...lepas kami makan, berehat secukupnya tepat pukul 2 petang kami gerak turun ke bawah..cadangnya nak mandi- manda di Lata Berembun.

Perjalanan turun agak lancar. cuma penat dan asyik tergelincir..kasut pun berat..SA stop kat sini dulu...kita sambung part 4 dan maybe part last..kat part last nanti SA akan share beberapa gambar keunikkan flora di Gunung Berembun yang Sempat SA snap khas untuk korang....gambar tak banyak sebab pagi tu hujan..so tak nak tanggung risiko handphone masuk air..lepas tu asyik cedera..kaki cramp dan tergelincir..so mood dah kelaut nak amik gambar...

Stay Tune!!

See ya next entry

12 comments:

  1. Syok kan hiking?
    Puas dapat tengok view dari atas puncak.

    ReplyDelete
  2. Nikmat tak terkata kalau dah sampai puncak.

    ReplyDelete
  3. satu aktiviti yang nampaknya kita tak akan buat kecuali terpaksa

    ReplyDelete
  4. scarynyaaa....klu nieyl la, mmg x naik ler...adoi..seram ni...

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan juga treknya tu... bertingkat-tingkat, macam daki dari kaki Gunung Kinabalu ke Laban Rata.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya kena beli kasut hiking barulah

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan trailnya tu lagi2 lepas hujan.

    ReplyDelete
  8. Hebat SA. teringat pernah jatuh tergolek masa hiking zaman belajar dulu, tercucuk tunggul. Nasib tunggul tumpul 😂

    ReplyDelete
  9. Jauh perjalanan dia tu. Mencabar satu hal juga. Kalau tak ambil masa lama dan trek okay mungkin ringan jugalah nak hiking kat sini. Takpe kak, pengalaman tu dan berjaya sampai situ pun okaylah. Pasni boleh repeat sampai crash plane.

    ReplyDelete
  10. tapak crash plane tu tempat kapal terbang terhempas ke?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......