Friday, November 27, 2020

DENGARKAN KEPERLUAN BUAT SI COMEL BERBULU PELIHARAAN ANDA

Royal Canin Malaysia Menyempurnakan Podcast 'Jom Talk Pets!' Jumaat Ini Bersama Tiga Pakar Terkemuka Dalam Penjagaan Haiwan Peliharaan


Sesetengah orang bercakap dengan haiwan. Namun tidak ramai yang mendengar. Itulah masalahnya,” Winnie the Pooh si beruang teddy yang terkenal itu pernah berkata demikian, seperti dinyatakan oleh penulis Inggeris A.A.Milne. Menekankan keperluan untuk memberi perhatian kepada haiwan peliharaan dan berkongsi maklumat berharga, , ROYAL CANIN®, antara jenama terkemuka Malaysia dalam pemakanan kesihatan haiwan peliharaan akan bersiaran langsung bersama Jom Talk Pets!Tetamu Podcast Jumaat ini, 20 November pada jam  8 malam.

Memberi penekanan kepada pemahaman mengenai haiwan peliharaan, sesi tersebut akan mengetengahkan tiga penceramah undangan yang merupakan pakar dalam bidang mereka dan bakal membincangkan pengalaman mereka daripada podcast terdahulu dalam siri ini.

Sesi Facebook Live Jumaat ini akan menampilkan Profesor Bersekutu Dr.Puteri Azaziah Megat Abdul Rani yang merupakan pakar dalam bidang Penyakit Parasit Haiwan Peliharaan di Universiti Putra Malaysia, Dr. Timothy Cheng, pelatih pakar ortopedik bersama Universiti Malaya dan doktor veterinar Dr. Natasha Lee yang juga perunding kebajikan haiwan bebas.


Setiap penceramah undangan berkenaan pernah tampil dalam siri podcast dikendalikan oleh Royal Canin sejak pelancarannya pada bulan September. Terdapat lapan episod dan salah satunya bertajuk  – “Take your Cat to the Vet” – yang menekankan kepentingan lawatan veterinar untuk kucing peliharaan.

Menyedari keperluan terhadap pengetahuan penjagaan haiwan peliharaan yang lebih baik dan peningkatan bilangan pemilik haiwan peliharaan di seluruh dunia dan di Malaysia, Royal Canin  tampil untuk menangani masalah berbangkit dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan.

Dr Melissa Phoon, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Royal Canin Malaysia memberi pandangan mengenai kepuasan dalam mengendalikan podcast ini: "Dalam menyebarkan pengetahuan  tentang penjagaan haiwan peliharaan dengan lebih baik, ia bukan hanya akan memberi manfaat kepada pemilik haiwan peliharaan, malah kucing dan anjing peliharaan juga. Podcast tersebut membolehkan pemilik haiwan peliharaan memperoleh maklumat terbaik, ditunjangi oleh sains dan diperakui pakar dalam bidang ini.”



Beliau menyatakan bagaimana haiwan peliharaan sememangnya teman hidup yang penting untuk kebanyakan orang terutamanya dalam waktu yang tidak menentu.

"Kami melihat keperluan untuk membantu pemilik haiwan peliharaan yang mencari  lebih banyak pengetahuan mengenai haiwan comel berbulu kesayangan mereka, terutama apabila Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan kami gembira dapat menyalurkan maklumat ini kepada pemilih haiwan,” tambahnya.

Podcast ‘Jom Talk Pets!' selama 30 minit itu boleh dilayari menerusi Spotify (https://spoti.fi/34BPVk2), Podcast Google (https://bit.ly/3bWU5GL), Podcast Apple (https://apple.co/3htTVI3) dan  www.royalcanin.my/jomtalkpets.

Untuk sesi Facebook Live Jumaat ini, layari laman Facebook Royal Canin (MY) atau klik https://bit.ly/jomtalkpetsfblive. Untuk maklumat lanjut mengenai Royal Canin, layari www.royalcanin.com atau Royal Canin Club App yang boleh dimuat turun untuk telefon mudah alih IOS dan Android.

Mengenai Royal Canin:
Syarikat Royal Canin, pemilik jenama ROYAL CANIN®, merupakan satu divisyen Mars Petcare dan
peneraju dunia dalam pemakanan kesihatan untuk kucing dan anjing.

Ditubuhkan lebih 50 tahun lalu oleh doktor veterinar Perancis, Dr. Jean Cathary,matlamat Royal
Canin untuk menjadikan DUNIA YANG LEBIH BAIK BUAT HAIWAN PELIHARAA ™ dengan memberi penekanan kepada khasiat pemakanan dan pengetahuan dengan kerjasama golo ngan profesional dan pakar haiwan peliharaan.


Royal Canin bekerjasama erat dengan golongan professional termasuk para pembiak dan doktor
veterinar, bukan hanya untuk mencipta pemakanan yang paling tepat untuk kucing dan anjing, tetapi
juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan, pemantauan dan alat pengesanan untuk membantu
memahami dan menjaga haiwan ini dengan lebih baik.

Pendekatan uniknya sentiasa meletakkan keperluan pemakanan berkhasiat kucing dan anjing
sebagai nadi dalam proses inovasi berkenaan. Umur, gaya hidup, saiz, baka, sensitiviti dan tahap
aktiviti dilakukan kajian menerusi sains dan pemerhatian bagi menghasilkan diet untuk keperluan
khusus setiap haiwan peliharaan. Syarikat berkenaan meningkatkan amalan mampan khususnya dari
segi pengambilan sumber, emisi dan pengurangan sisa yang bertanggungjawab serta penggunaan
pembungkusan yang mampan.

Beroperasi di lebih daripada 100 pasaran, Royal Canin mempunyai kira-kira 7,800 kakitangan,
termasuk 500 doktor veterinar dan pakar pemakanan. Ia turut menguruskan 16 kilang di seluruh
dunia, 1 pusat penyelidikan dan pembangunan, 2 pusat inovasi dan 4 makmal. Produk pemakanan
berkhasiat Royal Canin boleh didapati menerusi peruncit khas haiwan peliharaan dan penyedia
khidmat doktor veterinar di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat Royal Canin, layari http://www.royalcanin.com/.

7 comments:

  1. Nice sharing! Btw salam perkenalan . da follow blog ni #1732 🥰

    ReplyDelete
  2. kadang2 belikan juga RC ni.. ikut budget hehe..
    dan ikut tahap murah hati nk kasi kucing2 makan gapo..

    ReplyDelete
  3. Moga tuan punya si comel manfaatkan info begini. Berbahagialah si comel-comel yang punya tuan prihatin.

    ReplyDelete
  4. kita selalu dengar diorang bercakap tau..walopun tak paham, buat2 paham je lah..hahahaha

    ReplyDelete
  5. menarik utk si penggemar si comel :)

    ReplyDelete
  6. RC favourite kucing saya. Kalau beli yang lain mana mahu dia makan. mogok. Kalau RC berselera makan tak pandang kiri kanan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......