Monday, November 30, 2020

Cara Buat Popia Vietnam Yang Mudah Dan Sesuai Untuk Orang Diet

Hi korang...

RESEPI POPIA VIETNAM PALING SIMPLE TAPI SIHAT & SEDAP | Sabtu hari tu adik- adik SA balik...ingatkan balik saje nak lepak- lepak kat rumah je...rupanya diorang ada agenda nak buat popia vietnam. SA plak sedap tido petang masa tu...tau- tau terbangun je lepas terbau macam ada orang masak kat dapur...hehehe...SAa bangun and pi tinjau..apa diorang buat kan..sekali mummy Dida cakap diorang nak buat popia vietnam. Barang- barang pun semua dah siap..so SA tengok ajer la..tolong la potong2 apa yang patut...

Jom tengok gambar dan resepi


Bahan- bahan yang dah ready...rupanya nak buat popia vietnam ni x la susah tapi renyah sebab kulitnya tu jenis lembik . Adik plak beli size yang kecik so tak boleh letak banyak- banyak bahan. SA sendiri ak tau pun kulit popia vietnam ni ada saiz kecik dan besar...


Rice paper..ingat ye ada saiz kecil dan besar,, seeloknya beli yang saiz besar..rice paper ni adik SA beli kat Shopee..


Popia vietnam jejari ketam


Popia vietnam udang..


First time tengok sos yang macam ni..biasa sos popia vietnam ni guna sos thai..tapi sedap giler plak adik buatkan sos ni...
 

SA akui SA bukan peminat popia vietnam. Tapi kalau ada depan mata SA layan je...lagipun popia ni sihat sebab banyak menggunakan sayur kan? Sesuai untuk mereka yang diet. Popia  Vietnam ni paling simple tapi sedap & sihat. siapa yang tak makan sayur pun mesti suka.

Vietnamese spring roll atau goi cuon merupakan salah sejenis appetizer (pembuka selera) yang berasal dari Vietnam dan semakin popular di Malaysia. Apa yang membezakannya dengan popia yang biasa kita makan di sini adalah bahan-bahannya seperti udang, ketam dan sayuran semuanya dihidang segar dan kemudian digulung menggunakan rice paper.

Seolah-olah memakan salad, semua orang pasti tak sangka betapa sedapnya popia Vietnam ini. Bahkan, orang yang tak suka sayur pun boleh terpikat. Tambahan pula apabila dicicah dengan sosnya yang power!

Jadi, tak perlu lagi terbang ke negara Vietnam. Jom kita buat sendiri popia Vietnam yang sihat ini dengan resepi yang mudah

Berikut adalah cara membuat popia Vietnam yang sangat mudah.

BAHAN UNTUK POPIA
  1. Kulit popia Vietnam / rice paper (adik beli online)
  2. Udang
  3. Isi ketam
  4. Sawi Jepun / salad / apa-apa sayur kegemaran
  5. Lobak merah
  6. Bihun / Soo hoon yang telah dilembutkan 
  7. Bijan ( SA x guna)

BAHAN UNTUK SOS
  1. Sedikit cili sos biasa
  2. 3 titik minyak bijan
  3. Sedikit air panas
  4. 1 sudu kecil bijan yang telah disangai
  5. Daun ketumbar dihiris halus
CARA-CARA

1. Rebus Udang & Isi Ketam
Selepas semua bahan dah disediakan, rebus udang dan isi ketam dalam periuk hingga masak.
Letakkan sedikit garam dan toskan.

2. Celur Sayur
Seterusnya celurkan sayuran sekejap. Bagi yang lebih suka nak makan fresh, tak celur pun tak apa asalkan guna sayuran yang sesuai dimakan terus.

3. Sediakan Kulit Popia
Kalau nak sediakan kulit popia ni senang saja. Mula-mula, masukkkan air masak ke dalam dulang. Celupkan kulit popia tadi ke dalam dulang tadi, kemudian angkat dan bentangkan dalam pinggan leper / dulang.

4. Gulungkan Bersama Isi
Bubuh isi agak-agak banyak mana yang boleh digulung dan gulungkan segera seperti kuih dadar / popia biasa.

5. Sediakan Sos
Akhir sekali, sediakan sos untuk dicicah bersama popia.
Caranya mudah. Ambil semua bahan yang disenaraikan di atas dan kacaukan hingga sebati.

6. Siap!


INTINYA BOLEH DIUBAH IKUT CITARASA TERSENDIRI

Memang mudah cara membuat popia Vietnam ini. Rasanya cukup segar apabila dinikmati dengan sos. 

Ia juga merupakan pilihan hidangan yang amat sihat bagi korang yang ingin berdiet.

Kalau nak tukar-tukar selera, boleh ubah intinya ikut citarasa korang.

Selamat mencuba!

17 comments:

  1. mknn sihat ni... tp kalau xde pun xpe... bkn tahap mknn fav.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Acu ni masih failed bab membalut popia. Asyik gagal je

    ReplyDelete
  3. Biras PC rajin beli ni SA. Tapi PC sendiri belum pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  4. Popia Vietnam memang menyihatkan, banyak kandungan sayuran. Tapi yang menarik selera sebenarnya udangnya tu heheeee!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya lahai Popia Vietnam.. Walaupun paper dia ada sedikit bau tapi kerana sexy sampai nampak dalamannya tu memang menggoda. Sedapnya

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak banyak sayur. Tak pernah makan lagi. Nak buat sendiri bahan bahan tak dibeli beli. huhu..sedap buat sendiri boleh tambah extra rencah.

    ReplyDelete
  7. alaaa.. bestnya..
    akak mmg suka. tapi belum pernah buat sendiri. makan dulu2 pun kat Vietnam resto je.
    nnt boleh cuba lah.

    ReplyDelete
  8. Kak Sue suka makan Popia Vietnam juga SA.. sebab banyak sayur kan. Suka sayur..

    ReplyDelete
  9. Memang makanan sihat. Leya pun sukakannya.. Wahh..ade resepi sekali lah. Bolehlah try buat sendiri nanti

    ReplyDelete
  10. tengok resepi ni mmg boleh buat diet ni.. sedap pun sedap kan

    ReplyDelete
  11. Penah tlg member buat masa jamuan dkt opis lama...
    nieyl x pandai gulung,gagal sokmo..asal gagal je masuk mulut sendiri hahaha...

    ReplyDelete
  12. Waduh sedapnya, tapi nak buat sendiri memang idokla kang makan sendiri je

    ReplyDelete
  13. wah buat sendiri lagi puas la letak inti..
    saya pernah tumpang makan orang order jela sendiri x penah order..
    sedap jugak lagi2 yang udang hehe..

    ReplyDelete
  14. Teringat makan masa kat Da Lat. Sebab tu orang Vietnam badan langsing. Makan makanan sihat

    ReplyDelete
  15. tergoda nengok udang seketul seketul macam tu...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......