Hi korang ..
SA baru balik dari trip Hiking....kali ni lagi panjang citer..tapi as usual nanti dulu la..SA nak habiskan dulu citer Trip Backpackers to Melaka dengan Dania ni dulu..Insyaallah ada beberapa lagi entry Melaka ni untuk SA habiskan...Dengan busy kerja dan aktviti lain. Dunia blogging SAa dah makin suram pulak..tapi takpe..SA takkan jatuh lagi insyaallah..nak bangkit semula meniti platform blogging ni...rasa macam tak best plak kalau nak tamatkan blogging kan..susah senang bina platform ni kena la ingat..
Okey hari kedua SA dan Dania agak kurang best sebab berita pemergian arwah sahabat baik SA tu..takpe..kita tak lupakan kisah arwah...tetap dalam ingatan. so kita terus pagi tu lepas sarapan pergi ke The Shore Melaka. Tengok ikan- ikan la anak- anak. Dah tak tau nak redah mana lagi kan...so pergi la tinjau situ walau tempat ni sesuai untuk family yang ada anak-anak kecik je...
Harga Tiket
Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warga Emas (RM)
Warga Malaysia 40 30 30
Pelancong Asing 40 30 30
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10:30 pg – 9 mlm
Untuk musim- musim Covid 19 ni pihak pengurusan The Oceanarium Melaka sememangnya menitik beratkan dan mengamalkan SOP. So pengunjung sememangnya wajib mengikut SOP yang telah ditetapkan untuk kebaikkan bersama. Mesin nyahkuman disediakan di pintu masuk untuk keselamatan pengunjung. Kita semua belum menang ye..sama -sam kita banteras Covid 19
Korang tengok gambar ye dan biarlah gambar berbicara...
Nemo!!
Sampai kat kedai cenderahati tu SA paksa Dania beli souvenir sebagai kenangan...SA masa tu mood memang kelaut...apa je kehendak Dania SA turutkan....Hati masa tu takde kat mana- mana. Otak pun macam tak berfungsi dengan baik...
The Oceanarium Melaka CHECKED!!!
Korang kalau nak bawak anak- anak korang mengenali haiwan lautan dalam boleh la bawa ke sini. Sebenarnya pelbagai aktiviti disediakan kat sini. Walau tak sebesar Aquaria KLCC tu..tapi ianya cukup untuk menjadi mercu tanda di Melaka dan menjadi pusat tarikan pelancong. Jangan tak percaya ramai je yang berkunjung ke sini. Tiket pun tak mahal sangat kan...
Apa tunggu lagi...terjah cepat...recommended!!
Jangan lupa ikut SOP ye...jaga penjarakkan sosial...#kitajagakita
Tempat ni meang best
ReplyDeleteWak dah beberapa kali singgah
pernah pergi sekali aje Oceanarium ni masa awal2 bukak dulu...
ReplyDeletecantik pulak dress Dania tu..suka tengok
Sangat menarik. Teringin nak masuk Oceanarium tu. Pernah masuk The Shore tapi jalan jalan dalam mall je. Boleh tahan ramai orang juga masa akak pergi ni.
ReplyDelete