Friday, October 30, 2020

Jom Jogging....

Hi korang...

Semalam kan Public Holiday...semenjak WFH ni kan..SA tak pandang pun kalendar, terus dapat tahu semalam PH...laaa....boleh plak lupa semalam Maulidur Rasul. Ye la..duduk rumah sibuk dengan kerja office sibuk dengan kerja rumah, masak, basuh baju apa segala. Dengan melayan Mak Abah lagi kan...maunya nak tengok kalendar. Kalendar rumah ni pun ntah mana perginya..hahaha....so semalam takde apa aktiviti pun...semalam malas masak. Pagi abah dah buat nasi lemak banyak. Dia ingat adik- adik akan balik macam biasa..tapi sorang pun tak balik..kami la kasi perabih semua nasi lemak tu sampai makan tengahari. Takkan nak masak plak kan...kang bazir takde siapa makan. Burung merpati belakang rumah yang kenyang. hehehe...

So petang semalam. disebabkan dah makan nasi lemak...SA pergi jogging ngan Dania. Memang setiap petang pergi jogging. Ikutkan ada aktiviti hiking tapi PKPB so ramai kawan- kawan kat KL stuck tak dapat balik Seremban. So postpone dulu. Kita training sendiri- sendiri . Semalam SA jogging ngan Dania as usual. Cuma semalam dapat la 2.5km. Itupun balik cepat sebab takut anjing. Lokasi jogging SA semalam jauh skit kat fasa lain. 

Korang tengokgambar jer la ye...malas plak SA nak buat caption.

























2.5 km dalam masa 1 jam..kira ok la kan...hahaha..ikutkan SA nak jogging kat Lake Garden Seremban tapi ada kluster baru plak..Kluster taman bunga which is SA tak tau taman bunga mana. So tak nak amik risiko SA jogging kat dalam taman ni jer..taman ni pun luas sebenarnya dan SA sendiri dah 10 tahun duk kat sini taka sempat explore setiap Fasa. Lepas ni ni bleh la SA explore lagi dengan Dania. 

Balik dari jogging SA singgah jap kat padang biasa SA jogging tu. Lepak jap lepaskan lelah. Ramai gak yang beriadah petang- petang..ada husband and wife, ada budak- budak dan ada orang tua jugak. eronok plak tengok ramai- ramai. Memang tak kenal, just senyum je la..kalau selisih bagi salam. hehehe..biasa SA lari 3-4 round padang bola tu...cuma semalam malas plak..dah penat dan peluh pun dah berjurai. 

Dania ternampak kucing dan kucing tu macam jalan tak betul. Rupanya mata dia macam sakit or buta...kesian betul..tapi kucing tu aktif dan bersih. Ada orang bela agaknya tu. Leka kejap main ngan kucing...langsung tak sedar nak maghrib. So kami pun balik rumah.

Hari ni tak tahu lagi kemana kaki ni melangkat nak jogging...ila dah selalu jogging tak boleh berhenti. SA nak bagi fit badan dan kaki untuk next hiking aktiviti. 



















8 comments:

  1. 2.5Km dalam 1 jam! wow.. ok la tu!! keep it up :)

    ReplyDelete
  2. wow bagus aktiviti jogging tu. keep fit

    ReplyDelete
  3. Bagus kak ada masa nak jogging get fit. Senang nak hiking nanti. okaylah sendiri sendiri training.

    ReplyDelete
  4. syok la SA masih boleh jogging.
    aida nak kena bagi fit balik lutut and badan.
    tak boleh jog sgt. jalan laju boleh.
    target disember nak start jogging semula.
    november ni just buat workout regangan badan aje.

    ReplyDelete
  5. comel betul kucing tu haaaa! saya pulak da lama benar tak jogging...ni da pkpb pulak lagi susah sebab SOP ketat..huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......