Monday, October 19, 2020

Hiking Gunung Berembun, Jelebu NS Stadian Batch 95 > Paling Mencabar Setakat Ini...

Gunung Berembun Jelebu NS Part 1

Hi korang...

Sekali lagi SA dan Team Stadian Batch  95 menyahut cabaran mendaki gunung selepas berjaya mengharungi cabaran Gunung Angsi.Kali ini team kami memilih untuk mendaki Gunung Berembun Jelebu NS. Dengan ketinggian 3326 ft bersamaan 1014m, Akhirnya kami satu team berjaya menawan sampai ke puncak. Cuma area plain crash tu kami batalkan sebab akan ambil masa yang lama. Kebanyakkan kami ada yang tak fit termasuk SA makanya cancel ke area situ. Jauh pun ye gak sebab ambil masa 3 jam turun dan 3 jam naik...mana fikir nak turun semula lepas tu kan.Di Malaysia, terdapat tiga Gunung Berembun iaitu di Cameron Highlands, Jelebu dan di Terengganu.


Pintu masuk ke Gunung Berembun


Gunung Berembun terletak di Jelebu, Negeri Sembilan iaitu di Kampung Pantai Baharu dimana sebenarnya dekat jer dengan rumah SA. Dengan ketinggian 1014m. Kalau nak ke starting point boleh je waze Masjid Kariah Pantai, starting point tak jauh dari Masjid. Parking kereta first come first serve. Kalau lambat memang jauh la parking..jenuh nak berjalan ke starting point atau pintu masuk...park at your own risk ye...


Gelap lagi masa ni...


Kami get ready...


Selepas sedikit taklimat dari team leader kami yang handsome, saudara Azmi, stretching dan bacaan doa pendakian kami bermula dari Loji Air Pantai. Hikers wanita diarahkan untuk berada di hadapan diikuti hikers lelaki. Seawal 5 pagi kami mendaki, ada yang kata kami buat kerja gila tapi kalu dah minat dan mengejar masa apa nak dikata kan. Permulaan trek agak landai tetapi malangnya kami diberi ujian hujan lebat diawal pendakian, memandangkan kali pertama berhujan di dalam hutan, kami menitik beratkan keselamatan. Hikers kena focus dan tumpukan perhatian demi keselamatan bersama. Arahan demi arahan dari sweeper memang semua kena alert.


Semua hikers diwajibkan pakai headlamp tu...keadaan dalam hutan gelap gelita dan perlu focus


masa ni keselamatan sangat diutamakan sebab trek laluan adalah lereng gunung...sebelah kanan kami gaung dan jeram...perlu ikut arahan dan sentiasa alert.


Dari entrance ke Lata Berembun mengambil masa lebih kurang 1 jam, Slowly kami melalui trek yang landai, lecak dan berselut sehingga ke check point pertama sebelum Lata Berembun yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam bagi moderate pace.  Kami  berehat lebih kurang 15 minit untuk solat subuh, hujan masih belum berhenti. Kasut kami dah basah kerana terpaksa mengharungi sungai dengan kasut. Agak leceh nak tukar ke sandal sebab hujan kan..air pun deras dan SA ambil keputusan harung jer sungai dengan kasut. Merasa bawak badan dengan kasut yang basah dan berat. Dan untuk kali pertama SA di serang pacat di belakang badan dan di perut. Yang naik kat tongkat hiking SA pun ada..Allah jer tau macam mana perasaan SA ketika tu...Nak menangis tapi tak keluar air mata. takut tu memang standard la...geli pun ye jugak...


Pengalaman mengerjakan solat subuh dalam hutan dan dalam hujan


Sarjan Rifin menunaikan kewajipan



Tidak lama dari pit stop semasa solat Subuh kami tiba di Lata Berembun. Pemandangan Lata Berembun yang cantik buat hati rasa terpaut dan rasa nak lepak lama kat situ, kami berhenti sarapan lebih kurang 15 minit. Pemandangan sememangnya sangat cantik tapi sayangnya perjalanan perlu diteruskan memandangkan jarak dari Lata Berembun ke Gua Kambing agak jauh dan mengambil masa 1 1/2 jam. Apa yang ada kat Gua Kambing? For sure takde kambing ye...SA sendiri tak tau kenapa Gua tu dinamakan Gua Kambing. Kat sini la segalanya bermula..disini juga la susah payah SA mendaki dengan selut..nak sangat hiking kan...hahaha...mula la bermaian dengan emosi bila fikirkan kenapa la SA bersusah payah mendaki...kan elok duduk rumah aje tidur atas tilam dan bertemankan anak dara. Pelbagai perasaan jahat muncul time tu...susah nak tepis...serangan pacat demi pacat lagi...nak nangis x boleh dah...nanti ada plak kata SA gedik, mengada...so tahan aje la...tahan takut dalam keterpaksaan namanya tu....dalam pada tu...pengalaman SA paling berharga..selfie tepi jeram...SA tak perasan ada pacat kat leher SA...pandai dia parking kat situ dan boleh SA x perasan..Kawan SA, Aftah yang perasan dan pacat tu dah kenyang hisap darah SA...siap tinggalkan "love bite" kat leher SA dan masih ada sampai sekarang...damn u pacat.....


Subhanallah...nikmat apa lagi yang perlu didustakan...pemandangan yang menenangkan...


Untuk penulis blog macam SA..inilah ketenangan yang SA cari...


Indahnya alam ciptaan Allah S.W.T


Kami berhenti sarapan di sini...sambil sarapan sambil posing...


Sejuk giler masa ni weh..



Praba, Leader kami si handsome Azmi ( flip hair jap),Lin Ahmad, Aftah, Rifin, Shida dan SA


Us...the Ladies Hikers


Selfie lagi...dan lagi...Lin Ahmad, Izan Aiza, Widya , Shida dan SA


Nampak pacat kat leher tu? masa tu la dia buat kerja dan SA tak perasan...dan tak rasa apa pun....


Lin Ahmad, Izan Aiza, Shida dan SA


Me, si naughty Bruno Augustus and Aftah


Selfie jap sebelum teruskan pendakian


SA dan Aftah

Korang tengok gambar la ye...

SA tak dan nak masukkan caption kat setiap gambar....sebenarnya banyak lagi gambar kenangan kat Lata Berembun ni...semua dari kamera kawan- kawan...dan SA terpaksa pilih gambar- gambar semua..itu nanti SA share kat next entry. Maaf lambat update Hiking Gunung Berembun Jelebu NS ni sebab kekangan masa...terpaksa letak focus utama pada kerja hakiki dahulu...ada masa baru siapkan first entry ni...banyak lagi yang SA nak kongsikan..stay tune korang...stay with me as i need to share my experienced. Kali ni memang banyak cabaran...agak susah sikit berbanding Hiking Gunung Angsi August lepas. 

See ya Part 2.....



9 comments:

  1. kagum la dgn semangat org yg suka hiking ni

    ReplyDelete
  2. Wah... gigihnya SA hiking... dr gelap lagi tu.. chaiyok²

    ReplyDelete
  3. nampak kak SA rajin hiking sekarang.. bagusnya kak aktiviti mcm ni sgt sihat..

    ReplyDelete
  4. aduuu kakkk, macam mana nak tahan dengan pacat demi pacat tu....membayangkan pun saya da takut..huhu

    ReplyDelete
  5. loving this advanture so much tapi xde geng :(

    ReplyDelete
  6. Waahh! bestnya kak SA dapat pergi hiking, saya tak pernah lagi jejak Berembun ni. InshaAllah satu hari nanti rasanya nak naik jugak Berembun ni

    ReplyDelete
  7. Eee pacat.. serammmm!! Tapi bestnya hiking kannn, adventure!

    ReplyDelete
  8. Bestnya tengok SA dan kawan2 g hiking. Mahal pengalaman tu. Ruby pun tak pernah hiking.

    Cantik betul pemandangan air terjun/sungai tu.

    Ruby terfikir juga macam mana SA boleh tahan dengan pacat. Mula kat harung sungai tu. Hehe. Lepas tu tak perasan kat leher. Dia rasa gatal or sakit ke cane kak.

    ReplyDelete
  9. Salah satu tempat yang teringin nak hiking tapi tak berkesempatan. Sekarang tak rajin hiking dah. Plus, tempat ni ambil masa lama. Terpaksa batalkan niat tu. Tapi serius rindu masuk hutan.
    Paling teringin nak sampai kat area plane crash. Lagilah jauh kan. Ada pacat tu rasa macam nak surrender pulak. Hebat kak, pasni naik lagi sampai kat plane crash tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah