Saturday, October 31, 2020

Chapter 2: Hakikat Sebuah Kehidupan

Kelas pada sebelah petangnya dibatalkan. Kesemua pelatih bergegas mengemaskan beg masing-masing dan melangkah keluar dari kalas. Ketika kelas hampir kosong, barulah tersentak difikiranku, dimana aku hendak bermalam hari ini? Tak ada sesiapa pun yang ada memberitahu tentang kawasan penginapan pelatih-pelatih? Ketika kakiku mula melangkah menuruni tangga, aku telah mula bersendirian. Kompleks perubatan telah mula kosong. Kesemua pelatih lain telah bergegas pergi kearah yang aku pun tak pasti. Sampai ke pintu pagar bagunan perubatan, aku termangu sendiri. Tak berapa pasti, kemana langkah ini harus pergi. 

Tiba-tiba aku disapa dari belakang, awak budak baru yang masuk tadi ya? Aku tersentak dan terus menoleh belakang. Apa yang kulihat hanyalah sepasang senyuman disebalik bibir berwarna merah. Bibr dan giginya tersusun cantik. Dalah terleka dia berkata lagi, betul kan? Awak budak baru tadi? Awak tinggal dekat mana? Errr, ya.. Jawabku ringkas. Saya tak pasti lagi nak tinggal kat mana. 

Ohh.. Balasnya. Semua kawan-kawan lelaki awak tu tinggal dekat asrama. Tapi jauh jugak kena naik bas pergi sana. Saya dengan kawan-kawan menyewa sendiri tak jauh dari sini. Senang nak pergi kelas sambungnya lagi. Tiba-tiba terus aku teringat peristiwa dengan Senior Lan pada pagi tadi. Tak mungkin aku nak tinggal dengan diaorang tu. Tak mungkin sama sekali. Terus aku bertanya, boleh tunjuk tak kawasan mana awak semua menyewa?

Boleh, jawabnya ringkas. Ikut sini. Langkahnya agak laju. Pergerakanya sangat lincah, seolah-olah dia sudah biasa dengan kawasan di situ. Haa, dekat sana tempat kami semua memyewa, sebelah tu ada kedai makan. Semua student suka makan dekat situ. Kalau awak jalan arah sana boleh terus sampai ke Dataran Merdeka. Kalau ke arah sana boleh terus ke Kampung Baru ujarnya. Tapi jauh jugak laa. Kena naik bas jugak. Aku hanya mengangguk dengan segala percakapan si dia. Tanpa kusedar si dia telah berjalan pulang meninggalkan aku sendirian di tepi jalan kotaraya yang sibuk itu. Aku pasti si dia yang cantik ini ada bercakap sesuatu tapi aku hanya menganggukan sahaja. Tak pernah aku rasa begini. Mungkin aku tak biasa bercakap dgn seorang perempuan. Terasa bingung sekali. Itulah pertembungan kali pertama ku dengan si gadis cantik tinggi lampai bernama Lia.

 


Hari ini, merupakan hari kedua aku berada di dewan kuliah. Hari ini segalanya terasa agak terkawal. Pengalaman semalam sedikit sebanyak mengajarku mengawal perasaanku untuk menghadapi hari ini. Wajah Lia masih segar di ingatanku pada pagi ini. Bila datang perasaan kegusaranku kembali, aku akan mencuri pandang kearah si gadis cantik Lia yang duduk di meja hadapan. Hei budak baru.. Lamunanku diganggu dengan satu suara sapaan sorang gadis. Boleh saya duduk sebelah? Tanyanya lagi. Belum sempat aku menjawab, gadis itu terus duduk disebelahku. ‘Awak budak baru’. Dekat sini kita semua kena beli nota untuk semua subjek. Awak kena bayar lima ringgit untuk nota bulan ini. Bayar sekarang!!

Tegas sungguh kata-kata daripada gadis ini. Nini namanya. Dengan segera aku terus mengeluarkan duit makan tengah hariku dari poket kemeja dan terus kuhulurkan kepada Nini. Beliau terus mengambil not lima ringgit dari tanganku dan terus mula menulis di atas kertas yang dipegangnya dari tadi. "Nama sapa?" tanyanya. Huh..garangnya.. "Rayyan" jawabku. "Aku dah" Katanya ringkas dan terus bangun dan berjalan ke tempat duduk. Rupanya Nini duduk di sebelah Lia. Tapi aku tak perasan dia sebab tumpuan lebih banyak aku berikan kepada Lia. 

Nini adalah gadis yang sama cantik seperti Lia. Perbezaannya Nini tidak memakai tudung. Rambut Panjang dan lurus yang dimilikinya diikat kemas dibelakang kepala. Tinggi kedua-dua gadis ini hampir sama, namun tubuh Nini agak berisi sedikit. Serba sedikit pemerhatian yang dapat aku simpulkan ketika memerhatikan Nini dari belakang ketika gadis ini berjalan kembali ke tempat duduk nya. Aku kembali memerhati di sekitar sementara menunggu pensyarah masuk ke dalam kelas. Ramai juga pelatih-pelatih, lebih kurang dua puluh lima orang anggaranku. Tiba-tiba aku disapa dari sebelah kanan ku. "Nama kau Rayyan kan?" Aku menoleh ke kanan, seorang lelaki yang aku anggarkan lebih tua sepuluh tahun dariku yang menyapa. Aku menngangguk. 

"Nama aku Rosli" katanya lagi. "Ni sebelah ni Sarjan Prem" tambahnya. Aku mengangguk lagi, dalam fikiran masih memikirkan mana datang askar dalam kelas ni. Belum sempat aku bertanya, Abg Rosli menambah lagi. "Kami dua orang ni sahaja matured students dalam kelas ni, yang lain semua budak-budak lagi".  "Oh.. patut la, nampak lain" ujarku. "Ya" katanya lagi. "Saya ni students tajaan JPA. Sarjan Prem ni pulak tajaan ATM, dah tua-tua ni barulah nak belajar" Kata Abg Rosli lagi sambil ketawa. Aku juga turut ketawa. Secara tiba-tiba terasa seperti ada satu perasaan dan harapan untuk aku dapat mengharungi hari ini.

Abang Rosli rupanya hanyalah berumur lima tahun lebih tua dari aku. Tapi dari raut wajahnya yang matang dan kelantangan dia berkata-kata, sering menampakkan dia lebih tua daripada umur sebenarnya. Manakala Sarjan Prem lebih tua 6 tahun daripadaku. Susuk tubuh tegap seorang tentera boleh Nampak dengan jelas. Latihan-demi Latihan disepanjang tahun perkhidmatanya membentuk kekuatan fizikal dan mental. Namun Sarjan Prem adalah seorang yang peramah dan lembut dalam berkata-kata. Tidak pernah sekalipun aku mendengar dia meninggikan suara. 

Secara tidak langsung, kami bertiga menjadi kawan baik. Mereka berdua hanya lebih focus dalam pengajian. Waktu rehat dan makan tengahari sering diselang-selikan dengan ulangkaji apa yang telah dipelajari pada waktu pagi. Abang Rosli telah bekeluarga, dan mempunyai seorang cahaya mata. Mereka tinggal agak jauh daripada pusat perubatan. Abang Rosli akan berulang-alik dengan motosikal RXZ Merah miliknya. Manakala Sargen Prem tinggal di berek bujang di Kem Tentera Darat tidak jauh daripada kolej perubatan. 

   

 
Sehingga kini aku masih belum dapat mengadaptasikan diriku ini dengan suasana di tempat baru. Aku yang mendaftar lambat sememangnya telah terlepas minggu orientasi yang diadakan oleh kolej. Pelatih-pelatih lain nampaknya agak rapat dan telah mengenali satu sama lain. Cuma duniaku hanya mengenali Abang Rosli dan Sgt Prem. Aku memilih untuk tinggal bersama kenalan lamaku yang menyewa di sebuah flat kos rendah di Pandan Jaya. Sekurang-kurangnya buat sementara waktu hingga aku yakin bahawa aku ingin meneruskan pengajian ini yang masih terasa asing bagiku. Pada tiap-tiap petang selepas tamat kelas, aku akan bersiar-siar disekeliling Tasik Titiwangsa Bersama motosikal Panther Gamma Kuning kesayanganku. Setelah aku membuat satu pusingan, aku akan berhenti di tepi jalan dan memasang tongkat motosikalku, dan duduk di bangku di tepi tasik. Tidak jauh daripada tapak yang pernah menempatkan Eye of Malaysia. 

Aku tak tahu mengapa. Aku suka menghabiskan masa di sini selepas kelas. Aku akan bersendiri hingga pukul 6 petang melihat ketenangan air tasik. Kadang-kala aku dapat mendengar desikan air pancut yang adakalanya dipasang di tengah-tengah tasik. Aku dapat menyaksikan sepasang pasangan yang duduk diseberang tasik. Mereka sedang asyik berbual tentang topik yang aku tidak pasti. Mereka kelihatan sungguh Bahagia sekali. Mungkin, ini lah alasan mengapa aku sering suka ke sini. Aku suka melihat kebahagiaan. Walaupun melihat kebahagiaan milik orang lain. 

CHAPTER 3

Resepi Sambal Udang Versi SA

Hi korang..

Yeay...Sabtu dah kan...hari untuk berehat- rehat...PKPB ni takde nak buat apa la kan...nak kemana- mana pun macam takut jer dengan case Covid 19 yang turun naik sekarang ni..SA pun tak kemana...lebih nak berehat sebab next week SA dah start kerja dah. so..hari ni SA nak share 2 entry...satu entry resepi baru- baru ni SA masak. Ada jiran sebelah ni bagi udang besar- besar 5 ekor. So SA yang jadi tukang masak kan...ikut suka SA la nak masak apa ye tak..sepanjang WFH ni dapur adalah my territory..

Jom tengok gambar.


Tak tau udang jenis apa..nak kata udang harimau macam bukan...


Bukti ianya besar...


SA goreng kilas dulu...


Dah siap goreng ala- ala....then baru sambalkan...



Siap...

Resepi kat bawah ni rsepi SA..tapi yang SA masak ni takde petai. Dalam resepi ada petai...hehehe...

 

Resepinya

1/2 kg udang segar( buang hujung kepala sajork)

3 ulas bawang merah (kecil) - tumbuk

4 ulas bawang putih -tumbuk

2 labu bawang besar - Hiris

cili kering yang dah dikisar -ikut suka kepedasan

1 papan petai ( SA tak letak)

1 inchi belacan -tumbuk sekali dgn bawang td

2 sudu sos tiram

sedikit asam jawa

sedikit gula

garam


Cara memasak

1. tumis bahan yang dikisar dan ditumbuk hingga garing dan naik bau

2. masukkan udang

3.curahkan air asam jawa

4. masukkan sedikit gula, garam dan sos tiram

5. masukkan bawang

6. masukkan petai

7. kacau hingga rata

8. dah masak sedia utk dihidang


Petua : Sambal dah betul2 masak baru masukkan udang, jangan lama sangat nanti rasa fresh udang tu hilang.

Friday, October 30, 2020

Hiking Gunung Berembun, Jelebu NS Stadian Batch 95 > Paling Mencabar Setakat Ini Part 2

Gunung Berembun Jelebu NS Part 2 - Gua Kambing

Hi korang...

SA teruskan part 2 pendakian ke puncak Gunung Berembun Jelebu. Terhenti sekejap hari tu sebab takde masa nak buat..ada pun sebelum - sebelum ni entry yang simple- simple untuk tak nak bagi blog ni bersawang. Letih mencari ayat tau korang...bukan senang nak mengarang ayat...kena cool baru idea datang mencurah-curah.

PART 1 DISINI

Pendakian diteruskan ke Gua Kambing iaitu check point kedua. Trek ke gua kambing pacak landai. Kekuatan otot di bahagian betis sememangnya memainkan peranan yang penting. Langkah kaki perlu mengikut pace sendiri dan pastikan langkah dengan betul. Jika tidak otot di bahagian betis lebih cepat untuk 'cramp'. Kat sini la dalam pertengahan perjalanan kaki SA cramp. Nasib ada kawan hikers tolong. Mulanya SA dah decided nak lepak situ je tak nak teruskan..tapi takut pulak sorang- sorang kan...dan kalau boleh tak nak susahkan kawan- kawan yang lain. semua dah bersemangat nak naik sampai ke Peak..Gua Kambing sekejap jer dah sampai dari permulaan Lata Berembun tadi...










Perjalanan sekitar satu jam setengah untuk sampai ke gua kambing. Kami tiba di gua kambing sekitar dengan jayanya. Di gua kambing terdapat batu-batu besar yang dikatakan terdapat kambing hutan yang tinggal di sekitar gua dan sebab itu di panggil gua kambing. di sini terdapat satu waterpoint untuk refill air. Airnya agak segar dan sejuk. Sesiapa nak top up air boleh jer tapi SA tak berani minum air mentah sumber asli ni...takut perut terkejut dan tak nak amik risiko jugak..Nak plak SA masih under medication. 










Well tengok muka kawan- kawan semua masih bersemangat. Trek dari Lata Berembun ke Gua Kambing quite mencabar. Masing- masing ada yang kepenatan sebab ada yang first time kan...SA dapat berehat kejap ok la...minum air skit..tak minum banyak pun takut nak terkucil plak kang...Lepas kami berehat sekejap dalam 20 minit. Ambil gambar kenangan. Kami teruskan perjalanan ke Peak Gunung Berembun dimana ianya sangat mencabar...dari Gua Kambing trek adalah pacak. Masa ni nak nangis sangat..nampak sangat SA kurang fit kat situ..dengan kaki cramp masih sakit...tapi SA malas nak layan sangat.SA kalau boleh tak nak nampak macam manja sangat seperti diorang cakap hahaha....

Kalau korag perasan memang tak banyak gambar dari handphone SA sebab memang SA rasa stress mencabar kali ni. Dengan beberapa kali tergolek...masa nak naik peak SA tergolek ke bawah..dah naik agak tinggi gak kat laluan yang pacak tu...entah macam mana SA tergelincir...sakit tau...tapi tahan je la..dah itu yang kau pilih kan SA..belumkira serangan pacat kat SA lagi...peliknya orang lain tak kena plak pacat ni...semua tu buat SA stress dan rasa nak give-up. Tapi dah alang- alang...teruskan aje...mungkin ada kemanisan selepas tu kan...

Kita stop sekejap kat sini...sambung part 3 Peak Gunung Berembun..

Stay tune.

Jom Jogging....

Hi korang...

Semalam kan Public Holiday...semenjak WFH ni kan..SA tak pandang pun kalendar, terus dapat tahu semalam PH...laaa....boleh plak lupa semalam Maulidur Rasul. Ye la..duduk rumah sibuk dengan kerja office sibuk dengan kerja rumah, masak, basuh baju apa segala. Dengan melayan Mak Abah lagi kan...maunya nak tengok kalendar. Kalendar rumah ni pun ntah mana perginya..hahaha....so semalam takde apa aktiviti pun...semalam malas masak. Pagi abah dah buat nasi lemak banyak. Dia ingat adik- adik akan balik macam biasa..tapi sorang pun tak balik..kami la kasi perabih semua nasi lemak tu sampai makan tengahari. Takkan nak masak plak kan...kang bazir takde siapa makan. Burung merpati belakang rumah yang kenyang. hehehe...

So petang semalam. disebabkan dah makan nasi lemak...SA pergi jogging ngan Dania. Memang setiap petang pergi jogging. Ikutkan ada aktiviti hiking tapi PKPB so ramai kawan- kawan kat KL stuck tak dapat balik Seremban. So postpone dulu. Kita training sendiri- sendiri . Semalam SA jogging ngan Dania as usual. Cuma semalam dapat la 2.5km. Itupun balik cepat sebab takut anjing. Lokasi jogging SA semalam jauh skit kat fasa lain. 

Korang tengokgambar jer la ye...malas plak SA nak buat caption.

























2.5 km dalam masa 1 jam..kira ok la kan...hahaha..ikutkan SA nak jogging kat Lake Garden Seremban tapi ada kluster baru plak..Kluster taman bunga which is SA tak tau taman bunga mana. So tak nak amik risiko SA jogging kat dalam taman ni jer..taman ni pun luas sebenarnya dan SA sendiri dah 10 tahun duk kat sini taka sempat explore setiap Fasa. Lepas ni ni bleh la SA explore lagi dengan Dania. 

Balik dari jogging SA singgah jap kat padang biasa SA jogging tu. Lepak jap lepaskan lelah. Ramai gak yang beriadah petang- petang..ada husband and wife, ada budak- budak dan ada orang tua jugak. eronok plak tengok ramai- ramai. Memang tak kenal, just senyum je la..kalau selisih bagi salam. hehehe..biasa SA lari 3-4 round padang bola tu...cuma semalam malas plak..dah penat dan peluh pun dah berjurai. 

Dania ternampak kucing dan kucing tu macam jalan tak betul. Rupanya mata dia macam sakit or buta...kesian betul..tapi kucing tu aktif dan bersih. Ada orang bela agaknya tu. Leka kejap main ngan kucing...langsung tak sedar nak maghrib. So kami pun balik rumah.

Hari ni tak tahu lagi kemana kaki ni melangkat nak jogging...ila dah selalu jogging tak boleh berhenti. SA nak bagi fit badan dan kaki untuk next hiking aktiviti. 



















Wednesday, October 28, 2020

Syukur Alhamdulillah.....Kakak Dania Bebas Thalassemia

Hi korang...

Syukur alhamdulillah..lega hati SA hari ni bila dapat result ujian Thalassemia Dania. 3 ke 4 bulan lepas Dania maklumkan masa check Thalassemia kat sekolah, Doktor bagi tau result darah dia tak cantik. Since that dia agak murung dan monyok sentiasa sebab takut dia ada Thalassemia. Sa dah terangkan kat dia yang mama dan ayah dia bukan pembawa so no need to worry but knowing Dania dia tetap takut. Dia anak yang sentiasa sihat dan jarang jatuh sakit..so semalam SA dapat call dari nurse mintak datang klinik untuk check darah sekali lagi dan doktor nak jumpa ibu sekali untuk explain result.

So pagi ni SA ke klinik sekejap. Mak oiii ramai orang tapi nasib baik cepat sebab ada bilik khas untuk unit sekolah. So urusan hari ni settle sekejap je...Result dah dapat dan akhirnya SAH Dania takde THALASSEMIA. Syukur ke hadrat allah swt.


Muka cuak tu...nasib cover ngan face mask


Keramat Doa seorang ibu...kata kawan SA...

Doa seorang ibu doa yang mustajab...kena betul- betul mintak dariNya kan..oh ya bukan SA nak bermegah ye...takde...hanya doa jer yang mampu SA usahakan selama ni buat Dania. Sementelah dia satu- satunya harta SA dunia akhirat. Dia satu- satunya buah hati SA...Nyawa SA....takde kejap depan mata memang macam kucing hilang anak. 

Semoga Dania terus sihat...tak nak la ada apa- apa penyakit.

Sarapan Pagi Di Meal Station KL Sentral

Hi korang...

Sarapan sememangnya penting untuk SA...last week SA sempat sarapan di Meal Station KL Sentral...kalau tak salah hari Rabu..SA manage sampai awal kat KL Sentral dari Sungai Buloh so SA singgah sarapan...SA kalau tak sarapan memang huru hara jadinya dunia SA. Sebab tu dalam diet seharian SA..SA memang pentingkan sarapan..

Tahukah anda bahawa pengambilan sarapan pagi adalah lebih penting daripada makan tengahari? Diet pemakanan kita tidak akan lengkap sarapan setiap pagi diabaikan. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita.

1. Membantu anda mengambil diet pemakanan yang baik

Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur.

2. Beri tenaga

Sarapan pagi amatlah penting dalam memberikan anda tenaga untuk anda memulakan kerja atau aktiviti anda sepanjang hari. Skip hidangan pagi hanya akan membuat anda rasa lemah dan lesu.

3. Lebih konsentrasi

Pada waktu pagi, selepas berpuasa dari pengambilan makanan ketika tidur malam, badan memerlukan makanan untuk boost up konsentrasi sewaktu kerja dan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong buatkan kita lapar dan hilang fokus.

4. Penyerapan nutrien lebih berkesan

Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Mengabaikan sarapan pagi hanya akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi








 

5. Baik untuk kesihatan jantung

Orang dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat kolesterol dalam darah yang lebih tinggi di mana ia adalah salah satu risiko besar untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang fit dan sihat.

Ini sering terjadi di tempat kerja: Bila tengah hari, semua akan mengalihkan pandangan daripada kerja dan bertanya, “Nak makan apa?” Makan malam pun memang dinanti, selalunya dinikmati bersama teman di untuk menikmati hidangan yang enak.

Tapi, sarapan pagi jarang sekali mengujakan. Mungkin kerana faktor luaran – badan kita baru terjaga, kita terlalu sibuk dengan urusan awal pagi, atau kita terganggu dengan cabaran kerja yang mendatang. Ini bermakna kita tiada masa untuk fikir tentang makanan di waktu pagi.Tapi, faktor-faktor ini juga adalah sebab utama kena kita perlu mementingkan waktu sarapan.

Info diatas SA share  adalah sebab mengapa sarapan pagi yang sihat mampu membantu anda menjadi lebih cergas dan memanfaatkan hari anda. So tolong lah jangan skip pengambilan sarapan pagi. Even Dania pun SA selalu tegur, apa-apa kena sarapan pagi. Tak boleh skip.Secara umumnya, makanlah sarapan dalam 2 jam selepas bangun, atau sebelum 10 pagi. Tip ini penting khususnya jika anda sering bersenam pada awal pagi. Alaskan perut atau ambil bar tenaga sebelum senaman pagi, untuk mengelak daripada merasa tidak bermaya atau pening ketika bersenam.

Get it?

Thanks for reading....