Hi korang...
Selamat berhujung minggu...hari ninSA nak share ngan korang SA beli novel baru kary penulis favourite SA iaitu kak Umie Nadzimah.Kalau novel kak UN ni memang tak pernah tak best..best sentiasa...SA masa tengok novel ni dan baca sinopsis kat MPH hari tu memang rasa best sangat citer dia. Watak Cahaya Malaika tu meresap ke dalam jiwa dan terus rasa nak baca je...memang tanpa lengah SA beli dan terus pi baca sambil lepak kat Starbuck....
Jom baca sinopsis...
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!
Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” - ANGGUN
“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” - DEAN ILYAS
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?
“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS
Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hari kerana Allah, bukan kerana insan yang tak sepatutnya.
Tapi, bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban separuh seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.
Mampukah kedua-duanya, menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
Baca sinopsis pun dah best.
ReplyDeletemenarik jalan citer die..
ReplyDeletedah beli novel ni tapi belum baca lagi, plastik pun tak buka lagi..hehe
ReplyDeleteCahaya Malaika...nama anak Mawi..hihi
ReplyDeleteMenarik jalan ceritanya... nama cahaya malaika tu pun rasanya anak mawi kan... nama tu rare
ReplyDeletebyk persoalan betul... mcm kena baca ja ni
ReplyDeleteTajuk sungguh inviting. Nik Safri. Hmmm macam cool handsome je orangnya. Hihi.
ReplyDeleteeh eh sape amek gambar kat kedai buku tu..haha..
ReplyDelete