Tuesday, September 29, 2020

Terjah Adik Camping Di Kuala Sungai Baru

Hi korang...

Sabtu lepas kan...SA ikut adik SA, Lisa pi terjah adik no 4 iaitu Mommy Dida yang camping kat Kuala Sungai Baru. Ikutkan takde la jauh mana pun tempat tu..kami biasa berkelah waktu siang tak pernah camping bawak sampai ke malam.Kali ni adik SA camping satu family kat situ. Macam menarik plak bila tengok diorang camping and rasa nak beli khemah plak untuk SA dan Dania.

So Sabtu malam tu SA beli la satay sikit sebagai buah tangan. ye la pi terjah diorang kan..ada gak bawak mee goreng skit balance Abah minum petang. Sayang nak buang so better bawak pi situ.. bleh gak makan sambil lepak tepi laut kan...kami sampaiaa puan hari dah malam so gambar- gambar kat bawah ni gambar yang diorang share petang bawak ke malam...next time boleh la join...


Siap set up Khemah...


Bukan main suka si kecik tu...dapat camping..minggu sebelum tu x leh nak camping sebab uwan dia warded..


Pose bukan main lagi,..


Kami plak sampai buat havoc...


Seronok sebenarnya camping tepi laut ni...cumanya masa tu yang takde...nak plak mak tengah tak sihat kan


Berminyak- minyak muka


Beli satay makan kat sini...


Ada jugak cup cakes gambar emoji Lisa bawak


Main la pasir ye anak- anak...kejap lagi kita balik


Aydan my sweet-talker..


Sekejap jer kami kat situ dalam 2 jam lebih...lepas tu balik Seremban semula ikut jalan PD...merasa jammed kat tol Lukut ada roadblock. Sampai rumah dah pukul 2am...ermm...tido terus la....Mak Abah pun dah masuk tido....

See ya next entry....

Trip Backpackers To Melaka With Dania Part 4

Hi korang...

Kita sambung lagi...lepas je puas ronda-ronda kat area bangunan  Stadthuys yang menjadi daya tarikan di Melaka. jom baca sikit tentang bangunan Stadthuys yang sempat SA copy dari Wikipedia..untuk imbas kembali pelajaran Sejarah dulu kan...gigih sangat ni...

Stadthuys ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

The Stadthuys itu terletak dalam tembok Melaka kubu dan terletak bertentangan dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini terima kasih kepada kebodohan dan vandalisme British yang berniat jahat mengarahkan kemusnahan manakala melindungi harta benda Belanda di Asia dari Perancis, semasa Perang Napoleon.

Okey..itu je yang SA dapat kongsikan...apapun..lepas je jalan- jalan pusing- pusing tengok ragam orang..SA decided nak makan Cendol Kampung Hulu..panas- panas pekena cendol best jugak kan...Dania plak x suka cendol..ekceli SA pun tak berapa minat cendol tapi bila dah sampai sini better cuba la kan apa speciality kat sini..nak try Cendol Jam Besar orang ramai giler plak...beratur pun still tak dapat tempat duduk...so macam mana nak pi Cendol Kampung Hulu? kami dua beranak guna google maps je...laaaaa...dekat jer ngan hotel kami..tak yah nak sibuk- sibuk amik grab..jalan jer sudah,.kata backpackers kan...tak yang nak diva sangat aih...so..masuk semula ke Jonker Walk...ikut jer arahan google maps...tapi banyak pit stop la..mama nak amik gambar as usual untuk readers mama...

Part 3 di SINI


Peranakan place..lama tak makan makanan peranakan..masa ni ramai beratur nak makan kat sini...


Hehehe..ada ye stall tilik nasib...mana- mana ada sebenarnya ikut kepercayaan agama lain kan...


Mrs Korea Cheezy Hot Dog...SA amik gambar je...tak cuba beli pun...


Bangku- bangku comel untuk dijual...ada peminat tersendiri bangku- bangku ni tau...


Masjid Kampung Hulu...mungkin...tak tengok habis plak


Dia suruh ambik gambar macam ni.,..


Konon- konon dia berjalan..


Still x menepati citarasa


Then pose aje la...


Ni dia suka..


One more


SA plak..


ni pose apa nak namakan ni


Mama macam biasa la..depan anak memang segan


One more for mama


Sampai - sampai je...tengok laaaa.....beratur panjang hoke


Masa beratur naampak Ghost Museum..pasang niat nak masuk lepas minum...sekali toleh...laaaaaa...dah tutup?


Kat sini style satu tempat dan banyak stall...okey la.bleh experience...


Cendol Kampung Hulu..famous kat Melaka kan...

Pengalaman SA masuk sini..ada SOP for sure...penjarakkan sosial memang dititik beratkan kat sini..so kena ikut..jangan nak buat sesuka hati...first time kan..so semua order kat kaunter jer...SA amik Cendol Kmpung Hulu biasa je..add on jagung, laici dan ada la a few benda...tak ingat plak...ingat nak cuba cendol durian..dah dania tak makan durian plak..so...beli satu share berdua. SA up plak Kuew Tiow Goreng dan sirap ais untuk Dania..total damage kat situ RM38 lebih..murah la makan...kuew teow goreng sedap tapi pedas..makanan org Melaka pedas erk?


Pecah plak telur kuning tu ha...


ermmm...sedap..ais dia tu smooth jer...


close up sikit lagi...dah beli yang ni tetiba dania cakap mama kan nak makan cendol durian..kenapa tak beli....bertuah ni kan....geram betul...erm...malas la nak turun bawah order lain...makan jer la..


Ni Dania punya...nampak sexy kan...


Nampak tak tekstur ais dia tuh...smooth jer kan....next time boleh terjah lagi...and kali ni nak cendol Durian plak

 

Lepas jer makan...bangun keluar dari sini dan bagi laluan kat orang lain yang masih beratur plak...SA jenis tak pandai dan tak tenteram kalau tengah makan nampak orang ramai beratur...cepat jer perasaan tak sampai hati tu tiba...lepas tu kami dua beranak balik ke hotel...padahal ada jalan dekat..pi masuk ikut Jonker Walk semula...hari dah senja dah kan...Anak dara u nak kejar solat maghrib..mama eh tengah cuti first day..korang bayangkan berjalan dengan keadaan tak selesa dan emosi terganggu...Apapun we have fun la sebenarnya...nak- nak Dania....SA layankan aje apa dia nak buat....balik hotel mandi- mandi..SA layan tv dan whatsaap lepas tu terus tido...

Okey kita sambung part 5 plak..

Monday, September 28, 2020

Trip Backpackers To Melaka With Dania Part 3

Hi korang...

Tak tau bila bleh habis kisah 2 beranak ni ha bercuti. Mamanya asyik busy je lately...balik kerja pun lambat hari- hari,esok birthday dia mama tak dapat nak spend time macam selalu..selalunya mama akan amik cuti and masak untuk dia...bawak dia jenjalan..tahun ni tak dapat..maybe sambut hari Ahad kot sebab mama sibuk..harap anak dara tu faham la...hehehe....sebenarnya nak sambung lagi kisah kami dua beranak kat Melaka bulan lepas...gambar beribu kan..seboleh- boleh nak share dan tak nak miss out all the moment..so SA cuba la hari ni ok...kemalasan makin lama makin tebal...betul la org cakap..bila blogging ni..sekali kau berhenti..malas tu akan menguasai diri...naka berhenti sayang tau...nak build up nama dalam dunia blogging bukan senang...tetiba kau nak malas..tak pernah jadi macam ni...

Sambungan dari kisah kami di SINI

Lepas jer merayau- rayau ala kadar dalam cuaca panas sekitar Jonker Walk tu..kami mengikut langkah kaki..semua main terjah jer takde proper itinerary..lantak di situ...anak dara lebih kepada nak pose dan cari tempat cantik untuk Vlog dia...well...SA as usual jadi tukang amik gambar...pas tu kena marah kalau gambar tak menepati piawaian dia...geram jer...mana yang dia delete tu SA amik balik..hahahha...


berpeluh- peluh dek kepanasan...


Kurus tak mama? hahahaha....


Lately ni suka sanagt amik gambar macam ni


Pas tu macam ni ha




Ingat nak masuk Balai Seni Lukis ni...ramai plak orang...so abaikan..


Bukti panas berdenting


Ada je port best amik je gambar


Ni antara yang menepati piawaian dia la ni


wuuuuuu....panas....


Mama kalau bab guna timer memang expert...




Melaka ramai orang kan..


Jalan lagi...dan lagi...tanya dia nak naik beca tak...x nak katanyaaa...okey...


Suka sebenarnya pi Melaka...tak pernah jemu



Jalur gemilang berkibar di sepanjang Sungai Melaka


Bagi chance mama pose plak


Lepas tu dia plak..


Dia lagi...


Sekejapan jer kamu dah besar dan skrg jadi kawan mama travel


Konon- konon candid


Church


Melaka sama macam KL...jammed everywhere

Nak tak nak kena sabar la jammed2 ni kan?


Pose lagi...


Cubaan candid tak berjaya


Seronoknya naik river cruise


Antara gambar fav dia


Ni pun...


Selfie berdua..


Kat sini jer 5-6 kali shoot...


Okey...jadi la ni...penat mama dah...

Korang kalau ada anak dara yang suka bergambar macam Dania ni korang akan hadapi apa yang SA terpaksa hadap..dua beranak suka bergambar macam ni la peelnya...macam ni la jadinya...masing2 ada cara dan piawaian sendiri dalam bergambar, boleh jadi bad mood tau dia kalau gambar dia tak betul dan tak ikut spesifikasi...

Okey done bergambar area ni....lepas ni kami berdua ke Cendol Kampung Hulu pulak...mencabar gak nak ke sini...beratur panjang tapi smooth..dan kejap2 berhenti sebab ada je spot menarik depan rumah orang jadi tempat kami bergambar....sabar jer la...

See ya next entry...