Tuesday, August 18, 2020

STADIAN Class Of 95' Reunion Hiking Gunung Angsi Kuala Pilah Part 2

Hi korang....

Kita sambung part 2.

Apabila mental koyak emosi mula mengawal diri. Untuk itu kita kena ada Daya Ketahanan Mental yang kuat..Apa itu daya ketahanan mental atau 'resilience'? Daya ketahanan mental adalah satu proses yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan kesukaran, trauma atau tekanan. Haaaaa...itu la yang SA alami sebenarnya semasa berada di pertengahan Gunung Angsi. Masa tu pelbagai persoalan bermain di minda. Biasa la bila menghadapi kesukaran pasti ada unsur- unsur lain yang cuba menganggu kan..kata hati suruh turun la...turun la...tapi otak bagi signal teruskan..teruskanlah...dan kebetulan SA berselisih dengan makcik-makcik berumur lingkungan 50 tahun ke 60 tahun. Diorang pun kuat tenaga..SA yang umur 42 tahun takkan tak boleh buat. Lepas tu..terus SA nekad..apapun..aku kena habiskan jugak pendakian ni. Tunjukkan SA boleh.....

Ia membolehkan kita 'bangun semula' selepas mengalami masa yang sukar. Ini adalah satu proses berterusan yang mengambil masa serta usaha oleh individu terbabit. Mempunyai daya tahan yang baik bukan bermaksud sesorang itu tidak menghadapi tekanan langsung kerana ia adalah tindak balas normal terhadap masalah. Tetapi ia membantu kita menghadapi tekanan dengan baik tanpa menjejaskan fungsi individu tersebut dengan ketara. SA mengalami kekejangan urat sekejap. Ada kawan guide SA untuk atasi kesakitan. Mengawal pernafasan dan sentiasa positif. Sementara SA dengan diorang..cuba juga berbual, gelak ketawa dan buat lawak bodoh untuk alihkan dari terus berfikir untuk turun. Hahahaha... Dude memainkan peranan begitu jugak Lindawati dan Bruno. 





Jalan yang landai dan mendatar adalah satu kelegaan pada SA berbanding trek mendaki yang menggunakan banyak tenaga kaki. Kaki dah sakit kan..tapi semangat tu masih kuat walau peluh dah berjurai- jurai..SA jogging pun peluh tak berjurai mcm tu..




Mamat ni asyik cakap...common..sikit je lagi...dia punya sikit tu kan..rasa macam 2 minggu pun tak sampai- sampai lagi...SA dah la mental koyak..tapi layankan aje...borak- borak...supaya tak terasa masa tu sedikit lambat..


Kalau jalan macam ni je landai sepanjang masa senang skit hati...hahaha...


Sorry...candid photo...


Hambek kau...nak naik gunung sangat kan...berpeluh- peluh...baju dah lencun skit kat bahagian belakang...


Hati- hati kalau nak berpijak pada akar kayu ni..jaga langkah supaya kaki kita selamat..


yang ni menurun sikit...


Antara jalan- jalan yang disediakan untuk memudahkan perjalanan ke puncak..

Entah macam mana tiba- tiba SA injured sikit. Rasanya terkena duri pokok- pokok. Tak sakit tapi rasa pedih dan darah mula keluar...dah lap makin banyak plak darah..kebetulan Riza ada masa tu so bagi tau dia sebab dia sweeper dan jaga medic jugak. Riza call sweeper junior mintak hantar first aid kit untuk rawatan..alahhh..jauh dari nyawa pun...just tampal ngan plaster je...


luka agak pedih sebab bercampur ngan peluh kot...


lagi sapu lagi banyak plak darah...


Riza tolong tampal kan plaster


Okey settle...sweeper junior Iskandar tolong bawa kan bag SA..nasib tak berat bag tu..


teruskan lagi pejalanan


Kami tak sampai lagi puncak tapi dah ramai yang turun.


jumpa trek macam ni rasa nak nangis..sebab betis dah sakit kan...


Rehatkan diri kejap


Masa ni duk fikir...apa benda la aku buat kat tengah- tengah hutan ni...kalau duk rumah kan best..leh tgok movie ngan anak- anak buah...bergusti ngan diorang...hahaha...sekejapan je jadi negative semula..masa ni SA dah tinggalkan yang lain..SA melayan perasaan jalan sorang- sorang meniti trek. Ah lantak la..sekali aku dah terjebak dan suku nak sampai puncak..baik aku teruskan je...hahaha....


Pergh..dah nampak Senawang dah...agaknya laa...hahaha...di ketinggian tu dengan mata rabun..what u expect betul ke tak itu Senawang


Dah nampak ni maksudnya dah nak sampai puncak...okey...terus semangat berkobar- kobar semula...



Haaaa...nampak tu peluh berjurai tu?


Antara gambar yang sempat SA snap...


Tak tau pokok apa tapi cantik...tangan jangan gatal nak petik ye..pelihara khazanah alam semulajadi


Jumpa plak trek ni....mengucap panjang SA..memang nampak senang tapi sebab kaki dah sakit kan...peha dah tak tau nak cakap macam mana sakitnya tu


Okey naik ikut tali tu plak...so SA berpaut pada tali je...


Dah hampir sampai...


Minah ni mesti dah selalu naik..dia relaks je


Dah nak sampai


Akhirnyaaaaaaa.....selepas segala ayat- ayat mengarut keluar dari mulut...SA berjaya akhirnyaa...kawan- kawan lain dah lama sampai dan dah puas posing kat atas tu dah..SA baru terhegeh- hegeh sampai...


SA dah sampai di puncak Gunung Angsi 825 meter

Alhamdulillah...

Berbaloi bangun awal pagi, berbaloi sakit semua sendi- sendi..tak susah pun nak bina keyakinan diri kan...banyak SA belajar tentang diri SA semasa trip ni...Sebenarnya, tiada siapa mampu menjaga diri kita sebaik diri kita sendiri. Ini kerana kita sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita dari segi kehendak, kekuatan serta kelemahan diri.Ambil berat tentang emosi serta keperluan diri. Libatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan serta merehatkan minda.Kesihatan fizikal juga perlu dititik beratkan. Apabila kita berada dalam keadan yang baik, maka ia akan membantu kita untuk kuat ketika menghadapi kesukaran.Ini paling ketara di kalangan wanita di mana mereka sentiasa mengutamakan suami, anak-anak dan kerjaya sehingga ada kalanya mengabaikan keperluan diri sendiri.

Aktiviti yang sihat macam ni sememangnya keperluan diri sendiri. Mat Salleh cakap Me Time. SA sarankan pada wanita berkerjaya diluar sana untuk kerap melakukan aktiviti sihat macam ni..Satu kepuasan tau. Bukan apa..mula pendakian SA merungut dan jadi negative thinking kan? tapi bila dah sampai puncak...semangat untuk mendaki tu terus bercambah. Terus addicted.betul cakap sweeper kami masa tu..macam SA yang baru terjebak, bila dah ampai puncak nanti tak mustahil terus jadi addicted. Insyaallah SA akan teruskan aktiviti riadah ni...seronok...seronok sebab SA nampak golongan yang suka mendaki gunung ni ada komuniti mereka tersendiri. SA rasa kagum sangat. Terus kawan- kawan lain suggest SA ikut aktiviti yang bakal diadakan next September nanti.

Jumpa lagi next entry Part 3 ( pengalaman turun Gunung Angsi)

13 comments:

  1. Hi Izan,

    Tak mustahil kita cakap tak boleh buat. Mental dan Fizikal mesti seiring. Kecekalan bermula dari pengalaman yang menyukarkan. Bentuklah ia supaya menjadi tenang. Insyaallah... semuanya akan seperti biasa. Menjaga diri juga dapat pahala. Tapi berhati-hati tika melangkah. Pengalaman mengajar kita erti seribu kesabaran.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    dengan semangat yg kuat dan jitu...
    sampai jua di kemuncak gunung Angsi..
    tahniah dari Dude....Faris dan Fatin

    ReplyDelete
  3. wah... mcm best je tracknya... take care SA n smg kekal aktif

    ReplyDelete
  4. Hiking ni memenatkan tapi berbaloi lepas nampak pemandangan cantik dari puncaknya.

    ReplyDelete
  5. Cantik pemandangan atas tu kak, kalau dana.. memang takla nak hiking ni kak oi, bukan kegemaran masuk hutan ni

    ReplyDelete
  6. Tahniah SA berjaya hiking, saya dah lama tak hiking sejak kerja..badan pun dah sangat tak fit. hebat SA!

    ReplyDelete
  7. Wow hebanya kamu, bestkan tengok kehijauan dan hirup udara segar, so whats next plan for hiking ?

    ReplyDelete
  8. tahniah SA, hebat tu 825 meter satu jarak mendaki yang penuh cabaran pasti nya. Terbaik satu pengalaman yang pasti akan di kenang selamanya :)

    ReplyDelete
  9. first time buat memang susah. teringin nak mendaki jugak tapi takde kesempatan lagi. nak try cabar diri sndiri

    ReplyDelete
  10. WAh! Syabas SA finally sampai juga kepuncak memang satu kepuasan hanya yang alami aje faham

    ReplyDelete
  11. Subhanallah..panorama yg memukau pandangan..
    Tp bab sakit betis dan paha tu akak dpt rasakan sbb pernah hiking gunung berembun kt cameron highlands dulu

    ReplyDelete
  12. Permulaan kawan ika kata kena ada stamina and kena macam jog untuk beberapa minggu untuk kita mcm tak terkejut bila nak hiking nt hee. cantiknya view

    ReplyDelete
  13. aahhahahahha ayat setan nirojimmm masa tengah hiking tu "ape la yang aku buat tengah2 hutan ni" adalah reaksi spontan yang biasa berlaku dari pengalaman sendiri 🤣🤣🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......