Monday, August 3, 2020

Sahabat Untuk Selamanya...

Hi korang...

Ada yang dah start kerja? atau ada yang masih bercuti?seronok beraya sakan eh korang...SA dah kembali ke alam nyata...hahaha..dah start kerja hari ni...sunyi sepi je office sebab masih ramai bercuti. So hari ni tak sesibuk selalu so SA settlekan apa yang tak settle lagi...dah settle baru SA mengadap hp melayan blog ni ha..Hari ni SA nak share tentang sahabat-sahabat SA yang menceriakan hidup SA lately.

SA nak buat sedikit pengakuan la sebenarnya..beberapa puluh tahun sebelum ni...SA segan nak jumpa kawan- kawan sekolah. SA rasa macam demotivated. Boleh plak macam tu kan...then baru- baru ni SA sibuk mencari semula kawan- kawan sekolah sejak SA di serapkan ke grup whatsap sekolah. Rasa seronok kenal semula kawan- kawan walau hakikatnya SA tak ingat mereka semua sebab SA mengalami Retrograde Amnesia kan. Tapi SA bertuah sebab kawan- kawan terima SA seadanya. Hidup SA kembali ceria sejak mengenali mereka dalam group Whatsaap. Kebetulan SA pun dah jumpa beberapa orang. Walau SA tak ingat memory zaman sekolah dulu tapi mereka terima SA seadanya dan sedia membantu untuk SA ingat semula. Persepsi SA selama ni salah. Entah kenapa SA rasa down dan demotivated sebab rasa macam takde siapa peduli dengan SA. Rupanya selama ini SA silap...mereka tetap sudi berkawan dengan SA....thanks sahabat...

Jom tengok gambar-gambar yang SA share ni....


Diorang berjumpa pada Aidiladha yang lepas dimana SA tak dapat join...bencikk!!!!


seronok je kan...lepak dan borak2...


One more selfie from them


Kawan- kawan lelaki lepak mamak...SA memang tak join sebab dah malam kan...


Diorang hiking kat area Seremban..geng rajin hiking ni...


Gambar semalam...lepak kat rumah salah seorang kawan SA...ada meeting tentang agenda hiking Gunung Angsi 15hb nanti..


Usai perbincangan kami ambil gambar lagi...



Sesekali berjumpa memang seronok kan...macam- macam nak di ceritakan walau kebanyakkannya SA hanya menjadi pendengar setia sebab SA tak ingat apa- apa pun. Diorang cakap just follow the flow, kalau tak ingat takpe...cipta memory indah yang baru kata mereka. So SA move on. Kalau sebelum ni SA macam tak boleh terima hakikat kan. Ye la orang lain seronok bercerita share keseronokkan zamn sekolah dulu. SA hanya diam dan mendengar aje. Sama jugak macam dalam grup whatsaap bila mana SA hanya mampu membaca conversation mereka. Sedih kan?

Tapi takpe la...as long as mereka semua masih ingat dengan SA. As long as mereka semua masih menerima SA sebagai salah seorang sahabat mereka.

Terima kasih sahabat semua menceriakan hari- hari SA...seronok berkawan semula..seronok join pelbagai aktiviti. Salah satunya 15hb nanti ada hiking Gunung Angsi. Harap segala plan berjalan lancar. Dah lama tinggalkan aktiviti hiking...harap- harap mampu mendaki sampai puncak..tak sabar rasanya nak jumpa semua yang join...

Nanti SA share cerita tentang sambutan Aidiladha SA plak ye....banyak sangat gambar nak share..hahaha...

15 comments:

  1. saya dah masuk keje...


    wahhh mesti banyak cerita dibualkan bla jumpa geng2 lama ni...

    ReplyDelete
  2. Luv u fren ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  3. Betul, kawan-kawan SA tidak lupa SA.
    Dengar balik untuk ingat semula.

    ReplyDelete
  4. seronok jumpa kawan lama lebih2 lagi yang ingat pada kita

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yg sudi menerima kita seadanya kan?

    ReplyDelete
  6. syok jumpa kawan2 lama..tambah2 klu yang tak sombong..:)

    ReplyDelete
  7. sama lah banyak kenangan masa sekolah dulu dah tak ingat. Nasib baik kawan2 ada share gambar2 masa sekolah dulu. Nak berjumpa takde rezeki lagi

    ReplyDelete
  8. Seronok dapat jumpa kawan2 lama
    Semoga ukhuwah terus terjalin

    ReplyDelete
  9. takpe kak. semoga akak diberi pinjam ingatan sedikit oleh tuhan walau samar2. yang penting dorang semua tak lupa akk, dan akk masih dalam ingatan mereka semua :) semoga ukhuwahnya terus terjalin

    ReplyDelete
  10. Best dapat jumpa kawan-kawan sekolah. Cuma selalunya mesti tak semua ada sebab masing-masing sibuk.

    ReplyDelete
  11. Allahu..besarnya dugaan akak..alhamdulillah diorang terima seadanya dan sudi bantu mekarkan semula memori yang da hilang tu..

    ReplyDelete
  12. hehe seronok jejak balik kawan2 lama ni.. tapi kalau ajak jumpa
    rasanya saya memilih untuk tak jugak kot. x sampai seru lagi rasa nak jumpa..

    tanya2 khabar di media social sajala dulu..

    ReplyDelete
  13. terus ammi google pasal retrograde amnesia. Insyaallah..keraplah berdoa mana tau Allah izinkan SA untuk ingat kembali perkara lama.

    Ada sorang dalam gambar hiking tu macam Balkish..senior sekolah menengah ammi tu

    ReplyDelete
  14. Kalau dh berjumpa dgn kawan ni. bercerita tak ingat dunia. seronok betul mcm mcm cerita keluar :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......