Monday, August 31, 2020

Pilihan Susu Formula Untuk Keluarga. Minum Susu Dari Kanak Kanak Sampai Usia Emas



Susu adalah sajian sihat, lengkap dan seimbang yang memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan terutamanya golongan kanak- kanak. Susu mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi untuk tumbesaran golongan tersebut. Susu kaya dengan nutrisi meliputi kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi yang menjadikannya sebagai hidangan ‘lengkap dan seimbang’ iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Susu kaya kandungan nutrisi lengkap, mampu menjadi gantian kepada hidangan lain.Susu boleh disamakan dengan dua keping sandwic ayam dan sesuai bagi menggantikan menu untuk sarapan.

Untuk itu jangan malu minum susu atau menganggap minuman itu untuk kanak-kanak dan orang tua, sebaliknya sesuai untuk semua peringkat usia berdasarkan keperluan badan individu. Sebab itu susu wajib ada di rumah dan dijadikan amalan budaya minum susu kat rumah. Kenapa susu wajib ada di setiap rumah? ianya kerana terdapat banyak nutrisi terkandung di dalam susu yang mampu menyeimbangkan corak pemakanan seharian dan boleh dijadikan sajian gantian. 

Minum susu ada banyak manfaat untuk kesihatan

Susu diperkaya dengan pelbagai mikronutrisi yang tidak terdapat dalam makanan lain seperti Vitamin A, B,C D, E dan K, potassium, fosfat, folate, zat besi dan mineral lain. Kaya mengandungi vitamin dan mineral serta mempunyai banyak kelebihan tersendiri seperti untuk ketahanan tulang serta gigi.

Antara kebaikan susu, termasuk membantu mengawal tekanan darah, mencantikkan rambut, kulit, imunisasi badan, proses penghadaman dan tumbesaran.

Susu kambing  semakin popular dan menjadi pilihan ibu bapa. 

Susu kambing adalah susu yang sangat berkhasiat di mana khasiatnya adalah lebih tinggi berbanding dengan susu lembu. Di Eropah, susu kambing terkenal kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan mempunyai kualiti yang premium. Walaubagaimanapun, hal ini berbeza bagi negara-negara di Asia bahkan ada yang mengatakan bahawa ia kurang berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dengan pelbagai pendapat yang berbeza, orang ramai tentunya tertanya-tanya yang mana satukah yang benar. Yang penting susu kambing adalah selamat untuk diminum.

Jom kita lihat  kelebihan susu kambing, antaranya:-

Menguatkan tulang secara semula jadi 
Susu kambing secara semula jadinya kaya dengan kalsium. Satu gelas susu kambing mengandungi sehingga 300mg kalsium yang merupakan 1/3 daripada keperluan untuk kanak-kanak berbanding kandungan kalsium dalam susu lembu iaitu sehanyak 125mg.Kalsium baik untuk perkembangan tulang kita, mineral tulang seperti kalsium berfungsi bersama dengan fosforus untuk memelihara kesihatan tulang pada tahap yang optimum. Oleh itu, kalsium mampu mengekalkan kekuatan tulang kita dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan tulang rapuh seperti osteoporosis dan osteopenia. Bukan itu sahaja, susu kambing juga kaya dengan vitamin D yang bergabung dengan kalsium untuk meningkatkan penyerapan mineral tulang ke dalam tubuh kita.

Mengurangkan Keradangan
Walaupun sebelum populariti secara mendadak bagi formula susu kambing dan susu kambing, susu kambing segar diketahui umum sebagai kurang menghasilkan keradangan. Ini kerana susu kambing kaya dengan vitamin A, vitamin C dan vitamin E semulajadi yang penting dalam menyelaraskan sistem imun kita dan mengurangkan keradangan. Dan menurut kajian lain, susu kambing mengandungi prebiotik semulajadi yang dapat mengurangkan keradangan usus dan dengan secara tidak langsung menjadikan sistem pencernaan yang lebih sihat

Menjadikan Kulit Wajah Sihat

Susu kambing kaya dengan Trigliserida Rantaian Sederhana (MCT) yang seperti namanya, bermaksud ukuran molekulnya lebih pendek berbanding asid lemak biasa yang terdapat dalam susu lembu. Walaupun MCT secara sendirinya tidak dapat memperbaiki kulit, ia dapat membantu penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A dan vitamin E yang banyak disebut sebagai ramuan terbaik untuk memiliki kulit yang cantik.

Mudah Untuk Dicerna
Terdapat 2 aspek bagi susu kambing yang menjadikannya lebih mudah dicerna berbanding dengan susu lembu iaitu Trigliserida Rantaian Sederhana (MCT) yang telah kita sebutkan sebelum ini di mana oleh kerana rantaiannya yang lebih pendek, maka ia lebih mudah untuk dicernakan. Bahan lain dalam susu kambing yang menjadikannya lebih mudah dicerna adalah Beta-casein yang merupakan jenis casein yang dapat membentuk dadih yang lebih lembut dan kurang padat di dalam perut kita. Kedua-dua ramuan ini membolehkan susu kambing lebih mudah untuk dicernakan

Baik untuk pesakit Gastrik
PH bagi susu kambing yang telah dipasteurisasi berada di antara tahap 5-6 di mana ia lebih beralkali berbanding susu lembu yang telah dipasteurisasi. Ini adalah petanda baik bagi mereka yang mengalami masalah gastrik kerana susu biasa mungkin tidak sesuai dengan mereka kerana makanan dengan pH rendah lebih cenderung menjadikan gastrik lebih kronik.

Beberapa Jenama Susu Kambing Yang Terbaik Di Pasaran.

Terdapat beberapa produk susu kambing di pasaran dan tak mustahil ianya mendapat permintaan yang banyak dari orang ramai. Ada di kalangan anak-anak kita tidak boleh minum susu formula berasaskan susu lembu. Oleh itu kini terdapt produk susu kambing untuk memenuhi permintaan pasaran. SA sendiri mengamalkan pengambilan susu kambing. Selain rasa yang sedap, ianya sangat -sangat berkhasiat.

Berikut merupakan antara jenama popular produk susu kambing di pasaran.

1. Susu formula Wildan


Jenama tempatan yang dapat pengiktirafan antarabangsa. Dulu masa baru keluar, bahan mentahnya susu kambing organik semata mata.Sekarang ia dah campur banyak makanan lain seperti minyak canola. Jenama ini menggunakan susu yang diimport dari Holland (Negara asal susu friso gold)
Harga untuk 1 pek 500g agak mahal di pasaran.

2. Susu tepung Lazz


Salah satu jenama tempatan yang popular. Iklan pun banyak di radio dan tv. Agak popular di negara kita.  Keunikan Lazz susu kambing ialah mereka mengimportnya dari Holland, sebuah negara yang cukup hebat teknologi tenusunya. Mana taknya, ada lebih 18,000 ladang tenusu disana & 12.7 billion kg susu diproses setiap tahun.

3. Susu Khalish


Jenama khalish susu kambing memang unik kerana ia dihasilkan secara organik. Bebas bau bauan yang tak menyenangkan. Bukan senang nak dapat status organik seperti yang dikongsikan web huffpost

4. Susu Higoat
Inilah jenama pertama susu kambing tempatan yang jadi mainstream. susu ini juga tidak kurang hebat kerana mempunyai pelbagai khasiat khususnya untuk kekuatan badan, membersih dan mempertingkatkan pertambahan darah serta sesuai untuk pelbagai peringkat usia serta ibu hamil.

Lagi senarai susu kambing di pasaran Malaysia BACA DISINI https://ibusyurga.blogspot.com/2018/09/susu-kambing-terbaik-yang-paling-bagus.html

Kebaikan susu kambing untuk kesihatan dan kecantikan

Sejak dahulu lagi susu kambing sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi dan terbaik selepas susu ibu.

Terdapat beberapa khasiat di dalam susu kambing yang ternyata bagus untuk kesihatan dan mampu memenuhi nutrien dalam badan kita.

Antara khasiat yang terdapat dalam susu kambing  adalah :-

1. Baik untuk kesihatan jantung
Susu kambing adalah sumber magnesium yang baik, mineral bermanfaat untuk jantung. Magnesium membantu mengekalkan detak jantung yang teratur dan juga menghalang pembentukan bekuan darah dan meningkatkan tahap kolesterol. Magnesium juga berfungsi dengan vitamin D, yang merupakan nutrisi penting lain untuk kesihatan jantung.Susu kambing juga mengandungi lebih banyak asid lemak rantaian sederhana jika dibandingkan dengan susu lembu.Asid lemak ini dikenali untuk menurunkan tahap kolesterol dan membantu merawat penyakit koronari.

2. Sifat anti radang.
Kajian telah mendedahkan bagaimana susu kambing dapat digunakan sebagai suplemen untuk merawat keradangan pada orang. Susu boleh mencetuskan tindak balas imun semula jadi dan adaptif dalam tubuh manusia, dan ini dapat membantu memerangi keradangan.

Ciri-ciri anti-radang susu kambing boleh dikaitkan dengan sebatiannya yang disebut oligosakarida, yang boleh membantu merawat penyakit usus radang. Oligosakarida ini juga membantu mengurangkan keradangan usus, seperti kajian Sepanyol yang lain.

3. Sumber kalsium yang baik.
Susu kambing tinggi kalsium, dengan satu cawan yang menawarkan anda 327 miligram mineral. 
Ini lebih daripada apa yang ditawarkan susu lembu. Menariknya, susu kambing juga kaya dengan vitamin D - satu lagi nutrien yang meningkatkan penyerapan kalsium dan baik untuk tulang.
Dalam satu kajian, susu kambing digunakan untuk mencegah osteoporosis pada pesakit dengan arthritis rheumatoid dan hasilnya memuaskan. 

Susu kambing juga mengandungi sejenis protein yang dipanggil CSN1S2, yang telah menunjukkan kesan anti-osteoporosis. 

Susu juga menghalang demineralisasi tulang (melembutkan tulang). 

Ia juga meningkatkan perolehan tulang, yang mungkin mengalami gangguan akibat kekurangan zat besi.

4. Boleh Meningkatkan Kesihatan Otak
Kajian telah menunjukkan kandungan lipid dalam susu kambing boleh mengurangkan tahap keresahan. Susu kambing juga mengandungi asid linoleik yang diketahui mempengaruhi perkembangan otak.

5. Mempunyai Khasiat Untuk Kesihatan Rambut
Rambut kita perlu dipelihara pada tahap pH  yang seimbang supaya kekal sihat. Susu kambing boleh digunakan untuk membilas rambut dan kita boleh melihat sendiri perubahan ketara pada kesihatan rambut.


Khasiat susu kambing bukan saja untuk kesihatan, Tetapi Bagus Untuk Dunia Kecantikkan.

Zaman ini Susu kambing tidak tertakluk untuk kesihatan sahaja malahan telah di inovasikan menjadi bahan utama untuk produk kecantikkan. SA sendiri menggunakan product kecantikkan berasaskan susu kambing. Ternyata ianya sangat bagus sebab tu SA gunakan sehingga kini. Banyak produk berasaskan susu kambing yang SA guna antaranya pencuci muka dan gel mandian.

Contoh pencuci muka yang bagus di pasaran - https://nikmatterbaik.blogspot.com/2018/06/pencuci-muka-terbaik-di-watson.html?m=1

Contoh krim malam yang popular di pasaran : https://nikmatterbaik.blogspot.com/2018/01/krim-malam-terbaik-untuk-kulit-cantik.html

Berbalik kepada tabiat meminum susu, seisi keluarga sangat-sangat digalakkan minum susu kerana susu adalah sumber nutrisi penting dan paling lengkap untuk seisi keluarga kerana ia membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk orang dewasa.Malangnya, rakyat Malaysia dikatakan tidak minum susu yang mencukupi walaupun ia mempunyai banyak kelebihan.

Berdasarkan Kajian Nutrisi Orang Dewasa Malaysia (Mans) 2003, rakyat di negara ini hanya mengambil 0.14 sajian susu dan produk tenusu setiap hari bersamaan segelas seminggu. Ini bertentangan dengan cadangan pengambilan mengikut Garis Panduan Diet Malaysia iaitu satu hingga tiga gelas sehari. Oleh itu pendidikan dan pengetahuan mengenai manfaat susu perlu diberikan kepada setiap individu kerana mereka perlu tahu bahawa susu adalah minuman yang serba berkhasiat dalam bentuk sedia ada dan boleh dinikmati dengan segera atau diambil bersama makanan dan minuman lain.



Susu formula bagus untuk tumbesaran kanak kanak

Memang tidak dapat dinafikan, susu ibu atau susu badan adalah sumber susu yang paling terbaik buat penjagaan kanak kanak. Disebabkan itu, majoriti para ibu akan memilih untuk menyusukan anak dengan susu badan.
Tetapi ada segelintir para ibu yang tidak berpeluang untuk menyusukan anak dengan susu ibu ekoran gaya hidup mereka. Ini kerana ada ibu yang sibuk bekerja atau berada jauh dari si comel mereka.

Untuk itu alternatif dan penyelesaiannya, mereka perlu mencari susu formula terbaik untuk anak! 



Susu terbaik untuk anak anda mungkin bergantung kepada jenis-jenis susu formula ini.

Antara jenis susu tersebut adalah:

  • Susu lembu – Ia adalah yang paling banyak dan mudah dijumpai namun mungkin akan menimbulkan kesan alahan buat anak yang tidak sesuai.
  • Susu kambing – Kini, ia semakin popular kerana ia dipercayai lebih sesuai dan hampir sama dengan manfaat susu ibu.
  • Susu soya – Buat anak yang mengalami alahan terhadap sumber susu daripada haiwan, ini merupakan pilihan yang paling sesuai.
  • Susu formula berkeperluan khas – Dalam sesetengah kes, contohnya anak yang pramatang atau mempunyai alahan tertentu, mereka memerlukan susu formulasi khas seperti yang disarankan oleh doktor.
Jom tengok Senarai Susu Formula Terbaik Untuk anak-anak disini - http://ibusyurga.blogspot.com/2018/08/susu-formula-terbaik-untuk-bayi-senarai.html

Jenama popular susu formula untuk anak anak

Terdapat banyak jenama susu formula yang ada di pasaran untuk keperluan anak anda. SA turut sediakan beberapa link untuk anda rujuk tentang jenama susu formula untuk anak di pasaran..jom tengok antara jenama yang SA pernah guna untuk keperluan anak SA semasa anak.

jom klik link di bawah.
  1. Brand enfa grow https://ibusyurga.blogspot.com/2019/08/susu-enfagrow-enfalac-susu-formula-terbaik.html
  2. Brand dugro - https://ibusyurga.blogspot.com/2018/10/susu-dugro-malaysia-susu-formula-terbaik.html
  3. Brand Fern leaf - https://ibusyurga.blogspot.com/2019/03/susu-fernleaf-susu-formula-terbaik-kebaikan.html
  4. Brand S 26 - https://ibusyurga.blogspot.com/2019/08/susu-s26-progress-gold-langkah-1-2-3.html


Jenama susu untuk ibu mengandung

Semasa SA mengandung dahulu, SA turut mengamalkan pengambilan susu untuk anak yang SA kandung. Walaupun SA sedikit kurang suka tapi untuk kebaikkan sepanjang tempoh mengandung sememangnya SA amalkan minum susu atas nasihat doktor. Minum susu ketika mengandung memang sangat digalakkan kerana ianya penting untuk kalsium dan membantu tumbesaran anak. Pengambilan susu juga boleh membantu mengurangkan masalah ketika hamil dan mengelakkan masalah anak kurang berat. 

Jenama jenama susu ibu mengandung di pasaran. 

Terdapat banyak jenama susu yang sesuai untuk ibu mengandung di pasaran. Boleh dikatakan ramai ibu mengandung yang tidak gemar meminum susu tetapi perlu ingat susu sanagt penting untuk supaya tubuh ibu mengandung mendapat keperluan kalsium yang tinggi. Dan tidak mustahil melalui susu juga dapat membentuk atau menghasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi disamping pengambilan makanan berkhasiat yang lain.

berikut perkongsian senarai susu ibu yang popular di Malaysia
  1. Anmum Materna - https://ibusyurga.blogspot.com/2018/01/susu-anmum-materna-untuk-ibu-hamil.html
  2. Frisomum gold - https://ibusyurga.blogspot.com/2018/08/frisomum-gold-malaysia-harga-sample.html
  3. Similac mom - https://ibusyurga.blogspot.com/2018/09/similac-mom-susu-untuk-ibu-mengandung-menyusu.html

Tak semestinya kita serasi dengan jenama susu walaupun ia popular. 

Untuk pengetahuan anda tidak semua jenama susu untuk ibu mengandung sesuai untuk seseorang. sebab itu adalah sangat digalakkan agar ibu yang mengandung mendapatkan sample dan menguji kesesuaian susu tersebut. Adakala seseorang itu mengalami alergi terhadap susu. Oleh itu sanagt digalakkan agar mendapatkan sample susu atau rujuk kepada mereka yang pakar

Cara untuk mendapatkan sample susu di link ini.
  1. Mohon sampel anmum kat sini - https://ibusyurga.blogspot.com/2018/07/anmum-free-sample-4-cara-dapat-sample.html
  2. Minta pek percubaab friso mum - https://ibusyurga.blogspot.com/2018/08/frisomum-gold-malaysia-harga-sample.html

Apabila lanjut usia, pengambilan menu harian tidak lagi sama seperti ketika masih muda. Hal ini mengakibatkan tubuh memerlukan protein dan kalsium tambahan untuk melengkapi keperluan harian tubuh.Dengan kandungan protein lengkap yang terkandung dalam susu, ia membantu kepadatan jisim tulang mereka supaya tidak mudah rapuh atau patah.

Walau berapa pun usia anda, jangan abaikan pengambilan susu dalam rutin harian dan pastikan ia diambil dengan secukupnya.Manfaat susu bagi kanak-kanak, remaja,  dewasa atau lanjut usia  adalah untuk memelihara sel dan jaringan dalam tubuh. Ia juga bermanfaat sebagai pencegahan penyakit seperti osteoporosis, kanser usus besar dan sebagainya.

Pengambilan susu setiap hari boleh memenuhi jurang nutrien dalam pengambilan makanan. Oleh itu, lengkapkan nutrisi keluarga anda dengan pengambilan susu  untuk hidup lebih sihat dan lebih riang.

Jom sama- sama amalkan minum susu agar keluarga kita lebih sihat.


3 comments:

  1. Ika tak suka minum susu. tapi tgk sini banyak jugak pilihan susu ya SA. hm nak try la nanti.

    ReplyDelete
  2. memang bagus susu ni untuk tumbesaran tulang kan...tapi da besar ni kenapa la malas nau nak minum susu...huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah