Hi korang...
Semalam SA sempat masak untuk makan malam..seawal pukul 6 petang SA dh bersiap sedia kat dapur...hujan seharian semalam kan dari subuh...Badan dh penat sangat sebenarnya tapi memansangkan Mak Abah tak sihat so SA kena la lupakan sekejap kepenatan..sebenarnya lega tengok Mak Abah dah beransur sihat. SA dh boleh kerja hari ni...walau hati tu tak sepenuhnya senang mengenangkan keduanya kat rumah.
So hari ni SA nak share dengan korang resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Keli...ada peminat ikan keli ke kat sini? Tak semua suka ikan keli kan sebab paras rupa dia tu yang buat org geli..sebenarnya ikan keli ni sedap kalau pandai masaknya..kaya dengan Omega...SA
Jom tengok Resepi
Bahan- Bahan
- Ikan keli 2 ekor (Abah Siang kan)
- Cili Api 15 biji ( boleh lebihkan kalau suka pedas)
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- Limau Kasturi 4 biji ( diambil jusnya)
- Santan 1/2 kilo
Cara- Cara masak di gambar ye
Yang dh masak
Ikan keli yg belum belum disiang..
Di siang dan dipotong-potong ke 3/4 bahagian
Basuh ikan keli dengan limau kasturi untuk buang lendir dan dan hanyirnya
limau dipotong dua dan di gosok atau ramas pada ikan..lendirnya akan keluar banyak and cepat2 basuh..basuh sampai betul-betul bersih
Masukkan ikan keli dan bahan yg ditumbuk..pasangkan api dan biar seketika, proses ni org NS panggil kecutkan ikan
Masukkan Santan..kacau perlahan supaya tekstur ikan keli tak rosak..kacau selalu supaya tidak pecah minyak...kacau sampai menggelegak .
Bila dh menggelegak..masukkan jus limau dari 4 biji limau tadi..tujuan selain utk rasa yang sedap, limau itu untuk hilangkan hanyir
perasakan garam dan tutup api...
Dah siap...senangkan?
Separuh orang suka goreng garing ikan keli..ada yang suka ikan keli goreng berlada...korang boleh cuba masak lemak cili cara SA. Kalau rajin bleh salai...pun sedap gak..SA pernah cuba masak kari dan masak asam pedas..pun sedap jugak..apatah lagi kalau dibakar ..Banyak sebenarnya cara-cara masak ikan keli...nanti kalau SA rajin..SA up resepi lain menggunakan ikan keli...
Selamat mencuba!!
ammi sorang je dalam family yg tak makan ikan keli. ntahlah takleh nak makan.
ReplyDeleteSalam Kak
ReplyDeleteits eMMe again! sihat sis?
Miss my blog n blogwalking la...
kalau balik nogori, mmg koli ni dorg salai dlu...mmg feveret menu laa blk kg motuo ramai2... perghh!!! ni yg tgk , rasa nak balik kg ni...
Lemak cili api,asam pedas,goreng kunyet dah..tapi kari belum pernah cuba..hehehe
ReplyDeleteNampak sedap tapi saya tak makan ikan keli😅.
ReplyDeleteIkan keli ni wak suka buat ikan kering
ReplyDeletecik nor haritu salai dlu baru buat masak lmak..:)
ReplyDeleteKita tak pernah masak sendiri ikan keli, kalau di kedai, nampak masak cili api ni, memang tu la yg kita capai
ReplyDeleteOhh kena letak limau rupanya, boleh cuba lepas ni
ReplyDeleteAnak anak Lya suka keli berlado kak. Yang masak cili api lum cuba lagi. Tapi setakat ni mmg tak buat sendiri biasa bel jer hehehe .
ReplyDeleteaku tak reti masak keli..selalu makan kat kedai aje weiiii
ReplyDeletesedap ni. pekena plak dengan ikan kering dan sambal. perghhh
ReplyDeletesuka makan ikan keli goreng berlada, kalau masak lain memang kureng sikit..hehe
ReplyDeleteAdubhhh akak ni.... Favvvv kitaaaa niiii.. Sedapnya kak oiiii
ReplyDeletesedapnya..kita suka ikan keli msk lemak lagi dr masak sambal
ReplyDeleteTak pernah makan sebab tak makan. ikan masak lemak cili api memang sedap kak. ikan tu memang wajib letak limau dan bersihkan sebersihnya. tak hanyir baru sedap makan.
ReplyDeletehurmm bila la saya nak jadi hantu ikan keli macam kawan2 saya ek...kurang sikit makan ikan ni sebab family pun tak makan...tapi kalo ada dihidang, dia sekor aje, kita makan aje...
ReplyDeleteFail kalau bab siang ikan keli. Ikan lain takpe lagi hehe. ikan keli ni sebab dia bermisai kot tu jadi mcm geli hehe
ReplyDelete