Wednesday, July 15, 2020

Novel Fauziah Ashari Untuk Special Top Komentator Blog SA

Hi korang...

Nak tau tak apa yang SA dah buat last week? SA terbeli lagi novel baru..hahaha....dah la confident beli..eh..eh..ada novel baru..apaaaa...sekali sampai rumah tengok novel yang beli sebelum tu eh..eh...alaaaaaaa...sama plak...dua2 tajuk yang sama dan penulis of course la sama kan, SA ingat nak letgo...letak kat FB tapi takde respon...ada plak PM suruh hadiahkan aje kat diorang kan...alaaa...hehehe..lepas tu SA teringat plak Top Komentator yang dah lama SA stopkan...

So.... untuk itu SA nak jadikan novel ni sebagai hadiah Top Komentator sempena birthday SA bulan lepas. Tapi SA nak bagi pada hujung bulan Ogos nanti. So start sekarang korang dah boleh komen semula banyak- banyak dan jadi Top Komentator Special Blog SA. Untuk sekali ni je tau...bukan untuk every month...almaklumlah PKPP ni kan...ekonomi blom stabil sepenuhnya....korang bleh komen semua entry SA baik yang baru mahupun yang lama....


Sinopsis Tercagarnya Akad ku

NUR AIRIS dan ZUFAR HANNAN bersatu tanpa cinta. Seorang mengelak daripada perkahwinan ‘cina buta’ manakala seorang kerana wang ringgit. Namun, sejauh mana kudrat Airis mengelak setelah empat tahun dia tinggalkan Zufar tatkala lelaki itu memburunya hingga sanggup menjadi drebar dan bodyguardnya atas arahan Datuk Jae.

-When I need you, I just close my eyes and I’m with you, Nur Airis. No one could kill me except you.-

Airis hentikan langkah. Menghayati setiap bait ayat tertera di skrin telefonnya. Belum sempat skrin telefonnya gelap, satu mesej diterimanya lagi.

-Toleh belakang.-

Sebaik Airis toleh, dia lihat Zufar sedang pejamkan mata. ‘When I need you I just close my eyes and I’m with you’. Rasa terngiang-ngiang ujaran tersebut daripada bibir Zufar. Airis menyimpan senyum.
“Abang Han!”
Airis dan Zufar sama-sama terkejut. Airis pandang Suhaila yang menjerit tadi. Zufar juga spontan buka matanya. Kacau betul budak Ila ni! Potong stim!
“Cik Naira suruh basuh sikit keretanya. Ada tahi burung kata dia. Pukul tiga Cik Naira nak keluar.”
Waktu sama Zufar buka WhatsApp daripada Airis sambil mata terbias ke arah Airis dalam kotak lif yang hampir tertutup pintunya.

-I feel like flying-

NAMUN masih suaminyakah Zufar ini apabila dia tinggal di banglo milik majikannya manakala Zufar di kuarters pekerja? Di kawasan sama yang digelar Tanah Yumnaa…

“Awak berdendam?” – Airis
“Kalau berdendam, layak kan?” – Zufar

SIAPA Zufar sebenarnya tatkala hati kecil Airis berkata… Awak sesuatu, Zufar. Awak sesuatu sangat. Cool like ais, hot like lava, valiant like a killer, sweet like...like... ah...lori tumpah gula…

13 comments:

  1. Wah! bestnya siapa yang dapat.
    Mrs. A suka jugak baca novel FA ni

    ReplyDelete
  2. Wow bestnya suke novel. Fauziah Ashari pulak tu.

    ReplyDelete
  3. wahhh..tahniah buat yg bertuah..
    sy kurang minat genre novel ni hehe dulu2 ja minat

    ReplyDelete
  4. novel baru ke ni kak? dah lama ak follow novel fauziah ashari

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk yng bertuah nanti.
    Wak dah tak baca novel.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah nampak lagi novel beliau yang ni.

    ReplyDelete
  7. lamanya tak beli novel tulisan fauziah ashari nih... dana suka baca novel2 dia

    ReplyDelete
  8. Congratulations in advance... Siapa lah yg bertuah tu ek

    ReplyDelete
  9. cam menarik citernya..lama dh tak baca novel...

    ReplyDelete
  10. wahhh peminat novel kena grab ni.

    ReplyDelete
  11. perghhhh nak kene komen banyak2 ke ni? hahahahha

    ReplyDelete
  12. Tak pernah baca lagi ni. nak cuba nasib boleh tak SA :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......