Tuesday, July 14, 2020

MH17: Teka-Teki Yang Belum Selesai

MH17~Bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine Berkongsi Hasil Siasatan Persendirian Dalam Dokumentari





Hi korang,


Masih ingat dengan tragedi yang menggemparkan dan mendapat liputan yang cukup meluas di seluruh dunia?Sedar tak sedar dah 6 tahun kan tragedi MH17 tu berlalu.. sampai sekarang, kita masih tak tau apa yang sebenarnya berlaku dan entah bila akan selesai.

Rasanya belum habis terkejut dengan berita MH370 yang hilang, dunia dikejutkan pula dengan  berita tragedi MH17 terhempas. Seluruh dunia bersedih dengan tragedi ini.

SA sendiri pun kadang- kadang  bingung, tak faham kenapa tiba2 dua pesawat kita jadi bualan masyarakat dunia dalam tempoh sesingkat itu. Apatah lagi perasaan ahli keluarga mangsa terlibat. Pasti sampai sekarang masih tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa mereka. Pasti tidak dapat menerima hakikat sebuah kehilangan kan? Tak dapat SA bayangkan kalau tragedi itu menimpa salah seorang ahli keluarga atau orang tersayang. Memang trauma tak akan hilang.

Kawasan Pesawat MH17 terhempas


Kalau yang MH370 itu sampai ke sudah memang tidak dapat dikesan. Berita tentang cebisan kapal terbang yang dijumpai pun palsu. Macam2 spekulasi. Ada yg cakap disorok jinlah. Sebab tu macam- macam jenis bomoh kita tengok tampil memberi tilikan masing-masing, haha itu lawak.

Berbalik pada MH17, walaupun kalau hendak dibandingkan dengan MH370, sekurang-kurangnya kita tahu apa nasib penumpang dan kru MH17 sebab memang ada kesan yang tinggal, Cumanya kita tak tahu apa cerita sebenarnya di sebalik tragedi ini..kan?

Sebab tu pelbagai pihak tampil dengan teori dan hasil siasatan persendirian masing-masing. Termasuklah seorang bekas pegawai dari Cawangan Khas Ukraine yang bernama Vasily Prozorov ni. Beliau telah cuba menghebahkan hasil siasatan beliau menerusi sebuah dokumentari yang dihasilkan. Beliau berharap, rakyat Malaysia boleh melihat keputusan laporan dari perspektif lain pula

Vasily Prozorov, bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks” mengumumkan penerbitan dokumentari berjudul “MH17: Mencari Kebenaran” yang memfokuskan tentang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. 


Vasily Prozorov, bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU)



Walaupun pihak berkuasa Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia di wilayah Donbass, Ukraine atas kejadian tersebut dengan pembabitan kerajaan Rusia, Prozorov mempunyai teori lain. 

“Kebanyakan penyiasat persendirian menyedari pelbagai kelemahan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kiev. Oleh itu, saya memulakan siasatan sendiri untuk mencari maklumat yang tidak dinyatakan dalam laporan tersebut,” kata Prozorov yang pernah berkhidmat dalam SBU selama lebih 15 tahun. 

Prozorov dan beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai projek tersebut yang memakan masa kira-kira 5 bulan untuk disiapkan. “Terdapat banyak persoalan yang misteri dalam tragedi MH17 ini. Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut? Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini?  Mengapa Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik? Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus selepas siasatan? Siapa pula yang mengaku sebagai pegawai khas British?” kata Prozorov lagi. “Oleh itu, saya percaya dokumentari ini boleh membuka mata masyarakat untuk terus berfikir tentang perkara yang sebelum ini tidak terlintas di minda”.

Proses siasatan dijalankan  dan kerja- kerja pembersihan sisa-sisa pesawat MH17


Prozorov juga mendapat hak eksklusif maklumat orang dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi Boeing tersebut. Sepanjang siasatan, beliau mengkaji banyak laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan kerajaan Ukraine dan menemu ramah ramai saksi. Dokumentari ini turut mengandungi perspektif beliau sepanjang perkhidmatannya dalam SBU. 

Dokumentari yang berdurasi kira-kira 40 minit tersebut dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat bersama. Dalam bahagian kedua, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan tragedi MH17.

Video dokumentari MH17 Search Of True

Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma di laman sesawang dan platform Youtube dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Cina, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Sehingga hari ini, dokumentari tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 2 juta penonton. 

Mengenai Vasily Prozorov

Vasily Prozorov merupakan bekas pegawai di Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU). Beliau telah berkhidmat di SBU sehingga Januari 2018. Beliau telah bekerjasama dengan pihak Perkhidmatan Khas Rusia atas sebab motif ideologi sejak April 2014 dengan mendedahkan aktiviti jenayah badan politik dan ketenteraan Ukraine terhadap rakyatnya.

Mengenai Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”

Vasily Prozorov menubuhkan Pusat Siasatan UkrLeaks pada tahun 2019. Laman sesawang ini mengandungi hasil penulisan dan temu ramah dengan ramai wartawan. Beliau menggemari topik berkaitan salah guna kuasa, jenayah berkaitan peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Dokumentari tersebut boleh ditonton di: 

Atau menerusi Youtube:

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: 

Vasily Prozorov 
Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”
Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com

14 comments:

  1. masa berlakunya 2 insiden ni..setiap hari tanpa jemu tengok berita, dengar berita di radio. betullah SA...tak terbayang kalau salah sorang ahli keluarga kita yg terlibat.

    ReplyDelete
  2. Iris x suka naik kapal terbang sbb tragedi ni la.
    takut mcm mh 370 nanti. tu la ayat dia. jenuh pujuk..suruh baca doa semua.
    abis x naik kapal terbang, nak naik apa lagi balik? masa dok bkk dulu la.

    ReplyDelete
  3. Tula,, tertanya2 apa jadi kat MH370, Apa jadi kat MH17 sebelum terhempas. Ada agenda apa2 ke.. Macam2 duk pikir. Pastu teringat plak, macamana la kehidupan family mereka sekarang

    ReplyDelete
  4. Salam takziah pada semua waris mangsa..

    ReplyDelete
  5. sedih sangat, tapi lagi sedih ke MH370 yang hilang entah ke mana...

    ReplyDelete
  6. Tahun 2014, tahun duka buat kita :(

    Apapun sentiasa panjatkan doa utk crew/penumpang kedua2 pesawat serta keluarga mereka. Kehilangan org tersayang sgt perit, apatah lagi tragedi sebegini.

    ReplyDelete
  7. semoga keadilan ada buat mereka yang terlibat

    ReplyDelete
  8. Bila ingat balik kejadian ni rasa sedih sangat2. Terkejut pon ada tapi kisahnya habis gtu jer takde berita apa2 setwlah bertahun2. Ternanti2 juga apa kesudahannya last2 senyap gtu jer ..

    ReplyDelete
  9. Sedih bila ingat insiden MH17 nie. macam-macam spekulasi. Lagi sedih MH370 yang sampai ke hari nie takde berita. Tak tahu apa yang terjadi sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  10. Sedih bila mengenangkan MH17, begitu juga MH370 yang masih misteri.

    ReplyDelete
  11. masyaAllah...sekejapnya masa berlalu...tak sangka dah 6 tahun...kalau diingat kembali peristiwa ni memang sedih dan menyayat hati...lagi2 la kes MH370 dulu tu...pun sama jugak...misteri yang tak terungkai...

    ReplyDelete
  12. Dah bertahun tragedi ngeri MH370 & MH17. Tapi masih banyak persoalan yang masih belum terjawab. Apa sekalipun terjadi disebaliknya semoga semuanya akan terungkai.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......