Wednesday, July 22, 2020

Hobi & Novel Untukmu Cinta Karya Dr Avelyn Rose

Hi korang...

Hari ni dah Rabu kan...ikutkan nak buat Wordless Wednesday tapi macam tak biasa plak...ada tengok kawan- kawan buat WW tu siap ada part by part macam menarik plak. Tapi orang sibuk selalu macam SA ni susah nak monitor kan...so beranan je la nak buat entry WW....selalu akan terlepas pandang...so better buat story yang biasa buat...sebenarnya dah lama tak up pasal Akasia MRT kan...engagement SA untuk Akasia MRT pun dah zero. Ada follower tertanya- tanya pasal ni tapi tu la..entah bila nak publish macam sebelum MCO dulu..walau ianya real story dan SA selesa share mini novel macam tu...ianya mendapat sambutan. Ada jugak novelis berminat nak jadikan mini novel online..tapi SA blom rasa nak jual citer tu..nanti la..kalau ada benefit untuk dua- dua pihak SA akan pertimbangkan. 

so hari ni SA nak citer pasal novel baru yang SA terbeli baru- baru ni...novel karya Dr Evelyn Rose. Beliau merupakan penulis novel The Wedding Breaker yang ceritanya diadaptasi ke drama akasia tahun bila SA tak pasti cuma tajuk drama tu di tukar ke ARIANNA ROSE. Drama lakonan Fathia Latiff dan Keith Foo. Kalau baca novel tu memang best giler...SA sedang baca citer terbaru Untukmu Cinta ni..jalan citer agak santai dan sesuai dengan jiwa SA..nanti korang baca sinopsis yang SA letak kat bawah ni ye...Novel ni pun sesuai untuk pencinta alam semulajadi...









Sinopsis Untukmu Cinta

Cinta. Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci.Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr Eve.

Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.

' Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ' - Orkid

Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ?

Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid.

Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.

Saat itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia hormati.

Walaupun Orkid seringkali menolak cinta Arman dan Ramadhan, mereka seringkali bertemu tanpa dirancang. Kata ibu Orkid, ' Kalau tak dirancang, mungkin suratan ? '

Saat hati Orkid benar - benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya ?

Saat hati terluka
Saat jiwa diuji
Siapakah yang kekal menyintai ?


10 comments:

  1. Rajinnya lah baca novel..macam best je tu kan?

    ReplyDelete
  2. Tak pernah baca lagi novel yang ni. Drama Ariana Rose tu pernah tengok dulu.

    ReplyDelete
  3. Dah dr dah writer ni...mcm menariks..

    ReplyDelete
  4. PC dah termakan umpan ni bila baca sinopsisnya pun dah rasa best.

    ReplyDelete
  5. Kak Sue jarang baca novel macam nie, selalu lebih kepada cerita seram SA.. sesekali baca novel macam nie best juga ya..

    ReplyDelete
  6. teringat dulu cerita Arianna Rose tu viral gila kan...lagunya pun viral dan menang di AJL..

    ReplyDelete
  7. cerita arianna rose ammi tak tengok. baru nak gi cari kat youtube ha..

    ReplyDelete
  8. novel ni agak pricey kan. hehe tapi tgk je la mampu hehe nak beli and baca kemudian la hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah