Thursday, July 30, 2020

Anak-Anak Buah Berkumpul...

Hi korang...

Dah ada kat kampung? SA dh balik petang semalam lagi ..dan dan  ni kesibukan berganda memasak juadah untuk hari raya Aidiladha. . penat tak tau nak cakap macam mana dh..ikutkan SA x cuti tau..kerja..tapi last minute semalam boss ckp hari ni dia cuti so SA pun cuti la...hahaha...

So hari ni rumah SA riuh rendah dengan 8 orang anak-anak buah yang semakin membesar..termasuk la anak dara SA so semuaa sekali ada 9 orang...meriah rumah hari ni...ada 6 perempuan dan 3 orang lelaki...



Semua dah besar-besar..tahun depan sure lagi besar...tak tau la kalau ada ada yang nak tambah lagi anak kan...bagi meriah sikit keluarga SA ni...nak harap SA memang takde la..cukup la Dania tu sorang...itupun rasa macam dh ramai sangat dh tu..hahaha..nanti SA akan update kisah pre Aidiladha SA denga  persiapan masakan raya ye...penat sangat ni.. insha'Allah SA update cepat....

Wednesday, July 29, 2020

WW: Ootd Serba Hitam Hari Ni....

Hi korang...

2 hari lagi nak raya Aidiladha kan...korang ada yang dah start cuti ke? SA masih kerja hari ni...tapi kerja last la..esok SA start cuti dah..mulanya tak nak cuti sebab cuti dah takde..nasib Boss cakap dia cuti esok...so SA pun cuti je la..malas nak fikir bab cuti tahun yang dah surut tu..hahahaha....lepas ni kalau nak cuti amik MC ok tak? aci tak?hahaha....

Hari ni SA nyer Ootd pakai serba hitam...baju peplum dan skirt hitam...dah rasa macam Mak Esah plak semuanya hitam ha...macam berkabung je..kalau cakap SA sedang berkabung perasaan boleh tak? hehehe...

SA ada cipta mini novel kat FB tau...baru dapat idea dan jalan cerita...part 1 sedikit sedih la...entah kenapa rasa macam banyak idea lak last week...sambil- sambil menaip jalan cerita terus meleleh jer airmata...rasa macam sebak...rasa menjiwai sangat...nanti SA copy letak kat bawah eh..korang kalau ada yang follow SA kat FB tu komen- komen la skit...blom ada komen lagi sebab ramai yang menanti kesudahan cerita Adam kan...hehehe...itupun masih dalam draft...susah nak siapkan sebab Adam ada kat Sarawak sekarang...ada yang suruh show off wajah Adam...Adam tak bagi greenlight lagi...nanti la...benda membabitkan gambar orang ni susah sikit nak tayang kan...



New Mini Novel ( Chapter 1)
Sila sediakan tisu part ni sedih skit🤭🤭

AKU YANG TERSAKITI

Hujan gerimis...Gadis itu termenung sayu di tepi jendela. Entah apa yang direnungkan entah apa yg difikirkan...anak-anak jiran leka bermain basikal. Tak kira hujan..riuh rendah bergurau senda. Tanpa sedar gadis itu mengalirkan airmata. Hiba sangat hatinya...terkenang pada sebuah kekecewaan...kecewa yang dipendam sekian lama...waktu itu...disaat hujan gerimis ini lah..hati nya kecewa dengan lelaki idaman.

Teringat memori penuh emosi itu...tanpa sedar..tanpa dia minta, airmatanya mengalir laju

L : Hi you....buat apa tu...
P: Hi syg....tak buat apa ..nape...
L : You pergi mana hari ni syg...
P : Tak kemana pun...duduk rumah je kot..malas nak keluar..
L : Jom jumpa.....
P : Bila?
L : Kejap lagi...i on da way ambil you...
P : Okey i siap skrg..agak-agak pukul berapa sampai?
L : sebelum pukul 6 i sampai...x sabar nak jumpa you
P : Okey i tunggu kat rumah....

Usai bersiap...si gadis menanti dan terus menanti...1/2 jam menanti...jam dh menunjukkan pukul 6 petang...bayang si pujaan hati tak muncul tiba..cuba hubungi telefon bimbit tiada jawapan..pesanan ringkas berkali-kali dihantar tidak berjawab..tepat pukul 6.50 petang lelaki idamannya sampai...girang tak terkata hatinya...masuk aje kereta tiada teguran apatah lagi senyuman dari pujaan hatinya...si dia mendiamkan diri. Terpancar riak tidak gembira pada wajah lelaki itu...apa berlaku? Si gadis tidak berani bertanya.

L : Kita keluar kejap aje la...pukul 7.30 i hantar u balik ye syg...kita ronda dekat-dekat je.
P: 7.30?
L : Ye ...kita ronda-ronda kejap je...i just nak jumpa u..lepas ni ada benda lain yg i nak buat..

Tiada kata yg terluah dari mulut si gadis..hatinya hancur luluh tapi dia tetap melemparkan senyuman....perasaan girang yg di pendam sekian lama hancur...luluh hati tak terkata..empangan mata hampir pecah tapi dia masih bertahan...tangan yg dipegang bagai tiada rasa apa..tiada kasih yang mengalir di jiwa..

L : Takpe kan syg...kita keluar sekejap je ni...
P: Takpe la....i'm ok ( jawabnya lemah)
L : Okey....jom i hantar you balik...
P : Okey....

Si gadis dihantar pulang...1/2 jam pertemuan...tak sempat berbual panjang...tak sempat meluah kerinduan ..inikah sebuah pilihan buat si gadis ..jejaka idaman berlalu tanpa rasa belas dan kasihan...tiada kata-kata malah sebuah senyuman indah ditinggalkan...berlalu tanpa sempat meninggalkan kenangan manis..sayu hati tidak dapat ditahan...

"Tangisan adalah cara mata berbicara ketika mulut terbungkam, tak sanggup menjelaskan betapa hancurnya hati ini."

Hanya itu yg tersirat di hatinya...ini jalan yg dia pilih..dan kerana ini juga...dia nekad melangkah pergi..dari mengharapkan sesuatu yg tidak pasti ...

BERSAMBUNG.....

Nanti SA akan sambung part 2.

Selamat hari raya Aidiladha korang...

Kepada yang dah start balik kampung tu...hati- hati di jalanraya...

Tuesday, July 28, 2020

SA Terkena Dengan Kisah Cinta Rolex Abah Kau.....

Hi korang...

Pagi- pagi lagi SA dah terkena kat FB...perkongsian ni menarik sampai SA tak sedar sebenarnya ianya hanya gurauan dan rekaan semata- mata. See betapa kusutnya fikiran SA sampai tertipu...hahahaha....jom la baca...Dan SA percaya ianya ada kena mengena dengan kisah viral baru- baru ni...Kisah Gold Digger yang melibatkan seseorang....wallahualam....


Suami orang.

Aku sendiri pernah bercinta dengan suami orang. Masa tu masih muda. Umur dalam 19-20 camtu. He supported me financially, no doubt.

Tagline, "Tak hensem takpe. Janji kaya".

Betul lah tu. Ex BF aku tu gemuk, berjalan 200 meter pun dah mengah, hitam, dah tua, rambut pun beruban. Nak berjumpa pun sorok-sorok either at the book store or expensive cafe. Yelah, dah suami orang and well known person juga.

Dia cakap dia dah nak divorce dengan wife (now ex wife). Padahal menipu. Kantoi sebab aku terserempak dengan dia duk shopping dengan wife dia dekat butik LV.

Aku pun masuk juga butik tu. Dia terkejut macam nampak pontianak. Aku tak buat apa pun. Masa wife dia duk ralit pilih purse, dia datang sebelah aku. Dia cakap,
"I temankan wife je. Last before cerai kan. U nak apa-apa ke? Pilih la. Nanti send gambar kat i. I belikan".

Aku tengok bini dia atas bawah. Perfect. Cantik. Kulit putih mulus. Body cantik.

After cuci mata tengok diorang berdua, aku keluar macam tu je. Then aku hantar gambar kat dia. Gambar middle finger aku.

Since that day, ex bf aku tu hari-hari call. Beriya2 pujuk. Selang sehari hantar hadiah and bunga kat ofis. Gigih natang gemok tu. Padahal aku dah ada bf lain dah.

Selang beberapa bulan, wife dia text aku. Nak jumpa. Aku okay je. Aku ingat lagi, kitorang jumpa di La Brasserie, The Legend Hotel (now, Sunway Putra Hotel)

His wife was very kind and polite. She was very sorry sebab dia tahu husband dia masih ganggu aku. Dia cakap dia dah lali dengan perangai laki dia. Memang dia tunggu masa je nak cerai. Katanya lagi, laki dia hidup senang pun atas ehsan bapak dia.

She was planning untuk jatuhkan suami dia tu. Dia minta tolong i untuk jayakan plan dia.

Heh.

Begitulah kisah yang aku reka🤣🤣. Mana-mana director yang nak skrip or storyline, boleh contact aku. Boleh tayang kat slot Drama Sangat.

Tajuk drama, "Cinta Rolex Abah Kau".

Kredit : MrsMoon MJ

#copypaste 😆
#thanksforreading
#akubukangolddigger

Sunday, July 26, 2020

Random Photo This Week

Hi korang...

Jumpa lagi untuk random photo session sebab SA nak delete gamabr dalam hp...selamat hari minggu korang...happy weekend . buat apa tu...ada yg pi berjalan or short vacay ke? SA x berani nak berjalan sangat sebab Covid-19 masih ada di luar sana kan..kes pun dah ada semula...menakutkan...so weekend SA habiskan masa kat rumah je la...kebetulan SA baru kebah demam...

2 hari  SA demam...sebab 3 hari berturut-turut kena hujan masa balik kerja..kalah jugak akhirnya SA dengan hujan..ikitkan kalau demam boleh je balik kan..x perlu ada kat opis tapi SA tahankan diri dari balik...makan ubat...waktu rehat SA bantai tido..haha..terus kebah..bukan apa korang..kalau badan panas dan suhu panas...memang susah nak lepas kaunter checking suhu kat KL Sentral..sebab tu SA  cepat-cepat makan ubat....


Jom tengok gambar



Gambar pagi semalam..lambat sikit sampai office...jalan jammed teruk nak ke MRT


Stress je muka sebab dh lambat


Hari Khamis..


Bohtea baru limited edition


Selfie skit..letak kat opis je..senang nak buat air


Hari-hari bz


SA buat diet IF 15 jam...pukul 10am sarap roti bakar 2 keping


Lepak pantry makan roti bakar..sorang-sorang


Sarapan ntah bila x ingat..nasi lemak telur rebus dengan paru goreng


Balik kerja hari Rabu


Stock novel kat rumah sewa..sekua dh habis baca


Memory dgn kawan-kawan 2016..ramai dh leaving


pemandangan pagi dari dar MRT..ni kat TTDI


Menu Sabtu...semalam..adik masak..


pagi Jumaat masa ni dah seram-seram sejuk


Rehat Jumaat panjang..so kita tido dulu...


Semalam demam teruk kat rumah


Tiara tengah taksub dengan bakul


Memang main bakul je sepanjang hari


Kacau kakak Dania makan


Bendi Abah 


SA suka part harvest...


pokok peria dh start menjalar


Ulam pegaga dah banyak


Bayam Brazil yg selamat setakat ni

Itu je random photo untuk minggu ni...esok dah start kerja dan esok serta minggu akan datang akan ada gambar- gambar lain kan...nak delete je gambar rasa sayang plak..so better jadikan satu entry kan..so xde la terabai blog ni...kalau bleh SA nak terus consistent update blog...

Saturday, July 25, 2020

Masker Muka Mudah Dan Murah Cara SA...

Hi korang...

Hari ni SA nak ajak korang manjakan muka dengan masker buat sendiri menggunakan bahan yang mudah dan murah. Ye..ini masker yang SA buat sendiri dan dh amalkan dari dulu lagi cuma sejak pandai beli masker moden ni amalan yang  traditional dilupakan terus..lupa daratan kan..sebenarnya masker dari bahan semulajadi lagi bagus sebab natural kan..so hari ni SA nak kongsi dnegan korang cara SA manjakan muka ..

Pampered muka cara SA...masker buat sendiri guna bahan yg ada kat rumah je..cuma beli bedak sejuk je td...bahan semua senang dan murah je..SA cuma kuarkan modal beli bedak sejuk tu je..bancuh satu bekas bedak sejuk tu untuk guna lama..boleh simpan dalam fridge...lagi best guna nanti sebab sejuk je sapu kat muka...

Bahan-bahan

1. Bedak sejuk (yg biji2 tu)
2. 1/2 biji lemon ( ambil jus sahaja)
3. 1 biji telur ambik putihnya
4. Madu 2 sudu besar

Bancuh semua bahan sampai sebati dan pekat.
Sapukan pada seluruh wajah..relaxed dan biarkan kering..dah kering terus basuh muka. Nak lagi sempoi boleh guna sampai pagi just make sure semut/lipas tak hurung muka korang😆😆😆


Bancuh dalam bekas


Sapu kan di muka dan relaxed, kosongkan minda...


Bila dh kering kerus cuci

SA basuh dengan muka lepas masker betul-betul kering...kalau dulu SA pakai terus sampai pagi..tapi SA ada tambah madu kan..takut plak kalau semut atau lipas hurung muka...semut tu mungkin xde la dalam rumah ni..tapi risau lipas je..SA ni dah la penakut lipas..x pasal2 je nanti kan...

So ini cara SA jaga muka...sejak breakout muka ni SA memang guna masker macam ni je..so far alhamdulillah...SA memang pakai time weekend..memandangkan SA ada adacuh banyak..satu bekas bedak sejuk RM1 tu...so SA simpan siap2 dalam fridge..guna 2 kali sehari...pagi dan dalam every weekend..nanti nak bawa balik rumah sewa la ..bleh pakai setiap malam kan...hehehe..dh breakout muka baru sibuk nak guna petua org lama...

Selamat mencuba ye..

Friday, July 24, 2020

Orang Demam Makan Laksa Batu Kurau

Hi korang..

2-3 hari ni SA balik kerja dalam hujan...seminggu ni memang petang je hujan kan...SA kalah akhirnya bila hari ni sampai kat office je SA dah sakit2 badan..sendi2 dah rasa lain macam dan tekak dah mula tak sedap...lepas buka puasa IF tadi SA cepat- cepat makan ubat dan rehat pukul 12.30 tengahari tadi SA terus tido kat bilik rawatan. Memang lena SA tido sampai tak sedar pun msg ke apa ke yang masuk..cuma dh pesan dengan Kak Shuhaida Kabdy untuk call SA kalau laksa yang SA order tu dah sampai. Hahaha...ye..SA beli laksa dari Kak Sue hari ni dan Kak Sue gunakan rider untuk hantar kat SA...nasib masa sampai tadi SA dah bangun tido dah..biasa la Jumaat kan rehat panjang..SA x join pun kawan- kawan makan kat port biasa. Memang SA demam sangat la tu..hehehe..ikutkan kalau demam kena la balik kan..SA x nak balik sebab takut tak lepas masa polis check suhu kat KL Sentral nanti..sebab tu gigih makan ubat dulu, makan vitamin dan rehat je..ni baru lepas makan dan sekali lagi makan ubat. 

So..sekian lama merindui Laksa Batu Kurau Kak Shuhaida Kabdy, Akhirnya hari ni SA dapat gak makan laksa tu. Memang suka sanagt- sangat. Rasa memang tak lari la..tak pedas sangat pun tapi ada cili potong jugak..memang bersungguh SA makan sehingga ke titisan yang terakhir. Bukti ada kat gambar bawah tu..hahaha....


Bungkusan yang sampai...SA beli 2 bekas laksa...satu SA makan..satu lagi SA sedekah kat kakak cleaner..rezeki elok di kongsi bersama kan...


Rupa paras Laksa Batu Kurau...


Sedap...


Orang demam ha makan laksa untuk lunch


Jemput makan semua


Sedap hingga ke titisan yang terakhir


Kak Sue titipkan juga Jus Durian Belanda dan Jus Kedondong

Alhamdulillah rezeki SA hari ni dapat makan Laksa Batu Kurau. Memang sedap la di tekak SA yang sememangnya hantu laksa ni...next time boleh la order lagi. Terima kasih buat Kak Shuhaida Kabdy. Open order hari ni dan SA cepat2 request order..terima kasih juga untuk dua2 jus tu..tak minum lagi...harap mampu sejukkan badan SA ni...

Thursday, July 23, 2020

KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17


KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17

Mengingatkan Ikatan Erat Sesama Kita




BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) telah melancarkan Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend sempena Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17.

Reka bentuk menarik kanister tersebut menghidupkan tema Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17 tahun ini iaitu Antara Satu Sama Lain (Together with One Another), yang melaungkan betapa pentingnya hubungan dan kolaborasi dalam memacu industri seni ke tahap yang lebih gemilang. Selaras dengan itu, ia juga memberi penghargaan kepada ikatan yang erat serta sokongan padu sesama para penghibur, kru produksi, penerbit dan semua rakan dalam industri yang mengangkat martabat seni dan menggalakkan perjuangan kreatif di medan ini. Tepat pada masanya, tema ini cukup relevan lebih-lebih lagi dengan cabaran semasa yang melanda industri seni persembahan akibat pandemik Covid-19.



Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend dengan reka bentuk segar ‘buruj angkasa’ membangkitkan rasa tenang kepada yang melihatnya. Penuh bermakna, motif buruj ini menjadi simbol jalinan persahabatan yang memberi sinar kepada setiap insan, umpama bintang menerangi langit malam. Ia juga mengingatkan kita tentang ketenangan yang dirasai dalam menikmati secawan teh yang enak; ada kalanya melambangkan bermulanya persahabatan yang baharu, dan pada masa yang lain ia menghangatkan jiwa dan membawa kita melayari keindahan malam. 

Oleh itu, konsep reka bentuk buruj angkasa ini menekankan betapa kita memerlukan ikatan antara satu sama lain dalam kehidupan kita. Malah, ia jelas terserlah dalam hidup kemasyarakatan kita dalam bersama-sama memerangi wabak pandemik yang telah melanda Malaysia dan seluruh dunia. Sememangnya, kita memerlukan antara satu sama lain dalam melayari bahtera kehidupan, dalam susah mahupun senang, bersama menghadapi gelora tidak kira apa pun jua.

Selain mendapatkan kanister edisi terhad ini, saban tahun, pencinta tegar teh juga dapat menikmati Uncang Teh Piramid BOH Cameronian Gold Blend eksklusif yang disajikan oleh BOH bagi meraikan Anugerah Seni Cameronian BOH.




BOH Cameronian Gold Blend merupakan teh ‘signature’ BOH yang diadun dari pucuk lembut Jat Manipuri dan Rajghur, ditanam di Ladang Teh Boh di Cameron Highlands untuk menghasilkan  secawan teh BOH yang kaya dengan rasa, beraroma lagi menyegarkan.

Tambahan lagi, setiap kanister edisi terhad BOH Cameronian Gold Blend mengandungi 15 Uncang Teh Piramid yang mudah terbiodegradasi. Dengan harga RM 15.00, ia boleh didapati di Kedai Online BOH, www.bohtea.com, dan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berakhir, ia juga boleh didapati di Pusat Teh Sungei Palas BOH di Cameron Highlands.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah Seni BOH Cameronian, layari www.kakiseni.org/awards manakala maklumat lanjut tentang Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend pula boleh didapati di www.bohtea.com.


Tentang Anugerah Seni BOH Cameronian
Sejak tahun 2002, Anugerah Seni BOH Cameronian meraikan seni persembahan terbaik dari tahun sebelumnya. Diasaskan oleh Kakiseni, laman web online Malaysia yang ditujukan khas terhadap seni, ia merupakan satu-satunya anugerah di Malaysia yang mengadili persembahan muzik, tarian, teater dan teater muzikal yang disajikan secara langsung atau “live”. Anugerah Seni BOH Cameronian didedikasikan untuk menaikkan martabat seni persembahan di Malaysia di samping mengiktiraf sumbangan artis berlainan genre dalam seni persembahan.

Tentang Kakiseni
Di Kakiseni, kami percaya bahawa perlunya lebih banyak seni persembahan tanah air yang dibawa ke tengah agar lebih ramai khalayak dapat turut serta untuk menyumbangkan idea dan perspektif mereka dalam sesi ‘dialog’ yang sama, sekaligus menjanjikan sebuah pengalaman yang lebih bermakna. Sejak tahun 2001, Kakiseni dikemudikan oleh para professional kreatif yang tekad untuk menjadikan ianya sebuah realiti. Ia menjadi tanggungjawab kami untuk mengembangkan lagi seni persembahan di Malaysia dan menyebarkannya ke serata dunia. Oleh itu, kami terlibat dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan meramaikan sokongan dan menaikkan penghargaan terhadap seni persembahan, mempertingkatkan kemahiran anak seni dan kualiti persembahan mereka, serta memperjuangkan seni kepada badan kerajaan dan perniagaan di Malaysia.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.kakiseni.com.  

Wednesday, July 22, 2020

Hobi & Novel Untukmu Cinta Karya Dr Avelyn Rose

Hi korang...

Hari ni dah Rabu kan...ikutkan nak buat Wordless Wednesday tapi macam tak biasa plak...ada tengok kawan- kawan buat WW tu siap ada part by part macam menarik plak. Tapi orang sibuk selalu macam SA ni susah nak monitor kan...so beranan je la nak buat entry WW....selalu akan terlepas pandang...so better buat story yang biasa buat...sebenarnya dah lama tak up pasal Akasia MRT kan...engagement SA untuk Akasia MRT pun dah zero. Ada follower tertanya- tanya pasal ni tapi tu la..entah bila nak publish macam sebelum MCO dulu..walau ianya real story dan SA selesa share mini novel macam tu...ianya mendapat sambutan. Ada jugak novelis berminat nak jadikan mini novel online..tapi SA blom rasa nak jual citer tu..nanti la..kalau ada benefit untuk dua- dua pihak SA akan pertimbangkan. 

so hari ni SA nak citer pasal novel baru yang SA terbeli baru- baru ni...novel karya Dr Evelyn Rose. Beliau merupakan penulis novel The Wedding Breaker yang ceritanya diadaptasi ke drama akasia tahun bila SA tak pasti cuma tajuk drama tu di tukar ke ARIANNA ROSE. Drama lakonan Fathia Latiff dan Keith Foo. Kalau baca novel tu memang best giler...SA sedang baca citer terbaru Untukmu Cinta ni..jalan citer agak santai dan sesuai dengan jiwa SA..nanti korang baca sinopsis yang SA letak kat bawah ni ye...Novel ni pun sesuai untuk pencinta alam semulajadi...









Sinopsis Untukmu Cinta

Cinta. Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci.Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr Eve.

Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.

' Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ' - Orkid

Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ?

Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid.

Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.

Saat itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia hormati.

Walaupun Orkid seringkali menolak cinta Arman dan Ramadhan, mereka seringkali bertemu tanpa dirancang. Kata ibu Orkid, ' Kalau tak dirancang, mungkin suratan ? '

Saat hati Orkid benar - benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya ?

Saat hati terluka
Saat jiwa diuji
Siapakah yang kekal menyintai ?


Tuesday, July 21, 2020

Gundah

Hi korang..

Sekarang SA suka sangat dengar lagu Gundah by Ernie Zakri ni...sedap betul lagu ni di telinga SA..memang tak pernah tak dengar...Hari - hari SA akan tengok muzik video dia..lakonan dalam muzik video tu pun best sangat. 

Entah tak tau kenapa la kalau dengar lagu Ernie Zakri ni pasti terbuai- buai perasaan lepas tu rasa sebak...menghayati sangat lirik lagu Gundah ni....





GUNDAH ~ ERNIE ZAKRI

Cinta yang kau beri ku penuh rasa
Lelah rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata-kata
Dunia hancur punah retak sejuta

Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa

Akulah rindu yang kau bawa pergi
Tenggelam bersama senja hari
Dan malam ku penuh dengan emosi
Ku pendamkan walau parah ku sembunyi

Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya
Biar pudar semua
Agar jiwa ini tiada rasa

Telah ku gagah bertahan
Namun rapuhnya
Tapi ku rela
Jiwa ku bersamamu

Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku satu

Simpan segalanya
Teguh agar tiada rasa

Monday, July 20, 2020

Steak Las Vacas Pasti Tidak Mengecewakan....

Hi korang...


Kalau korang dah lama follow blog SA ni mesti korang dah tau SA ni sebenarnya penggemar steak. Dan sebelum sebelum ni dalam sebulan pasti 2 kali SA akan pekena steak...sebelum- sebelum ni la..tapi since SA sensorang sekarang lama gak la SA tak makan steak..nak plak SA sedang berpantang untuk next check up bulan 1 nanti...ekceli bukan la berpantang terus tak boleh makan daging...cuma tidak ambil daging secara kerap..kalau teringin sangat tu SA langgar jugak la pantang...letih la asyik makan ikan, ayam dengan sayur kan...ada masa SA  nak gak makan seafood dan daging.Cuma tidak secara kerap macam dulu la...uric asid SA pun dah turun banyak masa check up bulan lepas...

Hari ni SA nak share tempat atau lokasi favourite SA kalau makan Steak. Kira all time fav SA la ni selain steakhouse yang lain. SA suka makan kat Las Vacas di Mont Kiara. Sebab apa SA suka makan kat sini? Sebab daging yang segar dan masakan dia yang sangat tip top. Selain hidangan steak yang sedap, Las Vacas juga merupakan kedai daging premium yang menyediakan daging frozen yang berkualiti tinggi mengikut potongan dan citarasa pelanggan. Memang sedikit mahal la daging kat sini. Semua daging adalah yang di import dari negara luar. Las Vacas sememangnya menjadi tumpuan pencinta- pencinta steak. Tak kisah apa occasion pun dan semestinya ketika perayaan...Las Vacas sangat terkenal kerana mereka merupakan pembekal daging premium dan kedai daging yang istimewa. Semua kedainya diuruskan oleh pakar daging dan pencinta daging dengan menampilkan pemotongan daging yang berkualiti dan luar biasa.


source from google


Daging di ruang pameran untuk dijual...ada wagyu, ribeye, striploin dan macam- macam potongan lagi


pilihan SA - tak ingat nama menu ni... Range price > RM50-RM100 untuk satu hidangan

Kat sini SA suka makan Lamb Chop, Ribeye Steak dan combo meal macam kat atas tu...meat & shrimp..tapi diingatkan..bukan makan selalu eh...sesekali takpe..selain harga yang sedikit mahal dah tentu- tentu sedap sangat kan tetapi ingat..bukan makan selalu dan kena jaga kesihatan kan...ikutkan hati nak makan wagyu...tapi korang tau je la daging wagyu mahal nak mati kan...Jangan risau ye..Las Vacas adalah Best Of Halal Meat Shop. Ni dah terasa nak makan steak lagi dah ni..Kena pi la ni kat Mont Kiara...last SA makan rasanya hujung tahun lepas tapi kat cawangan Glomac. Kalau diberi pilihan SA memang pilih yang kat Mont Kiara sebab tak crowded. Masakan chef kat sini lagi best ikut selera SA la...kalau korang nak tau diorang hanya masak steak menggunakan Olive oil,salt and pepper je dan dimasak mengikut selera korang..macam daging steak SA lebih prefer Medium atau Medium Well..Bagi pencinta steak..harga tidak menjadi masalah asalkan dapat menikmati steak mengikut selera dan menepati citarasa.


source from google


Update : Harga mengikut berat 100g 


Restaurant Name: La Vacas Meat Shop
Location: LG, Mont Kiara Shoplex
Kuala Lumpur.
Tel: +603 6205 2258
Opening Hours: Mondays 6pm to 10pm; Tuesdays to Sundays 10am – 10pm
Contact Person and details: Yunus Dayan (part owner).
Website: http://www.lasvacasmeat.com
Email: yusof.lasvacas@gmail.com

Halal Checklist:
Muslim Owned: Y
Halal Certified: N ( they served liquor)
100% Halal Ingredients: Y
Cleanliness Grade – A

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah