Wednesday, June 17, 2020

Resepi Daging Bakar Danok Mudah Dan Sedap

Hi korang..

Bulan puasa hari tu adik SA yang bongsu tu makan bukan main lagi...pas tu siap whatsaap kat grup family bagi orang terliur..masa ni dia best la dapat daging wagyu boss husband dia bagi..2 keping besar plak tu..korang pun tau la kan daging premium macam ni berapa harga di pasaran...SA suka je makan daging2 premiun dan tak ralat pun kalau berhabis duit sikit. Bukan selalu ye..kalau selalu tak mampu la SA...kadang- kadang bila teringin je..

SA x tau resepi adik bongsu SA guna dan yang penting dia pun google gak tu,..SA plak baru- baru ni cari gak la kat Jaya Grocer daging premium tapi bukan jenis wagyu...jenis yang grass fed macam tu..seketul berapa ratus gram berat ntah harga dalam RM70++..so SA dah survey dan SA nak beli nanti nak bawak balik Seremban. Nak bakar macam yang ada kat resepi bawah tu...korang kalau nak buat pun boleh cuba guna resepi tu..yang tu senang je SA tengok...cuma SA buat nanti SA nak bakar guna oven je...SA x confident kalau masak atas kuali ajaib...heheh...

SA guna gambar dari adik bongsu SA ye...maaf kalau gambar tu buat korang terliur....






Bahan- Bahan

1. Daging
2. Bawang putih
3. Lada hitam
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Garam
7. Gula
8. Cili api hijau dan merah
9. Sos ikan
10. Daun ketumbar
11. Air limau nipis


Cara-cara membuatnya:

1. Potongkan beberapa daging (kaau x nak potong pun boleh) dan perapkan bersama bawang putih yang telah ditumbuk, lada hitam, sos tiram, dan sedikit kicap, garam dan gula.

2. Selepas daging diperap ( seeloknya erap semalaman), bakarkan daging atas pan dan setelah dibakar potong daging kepada kepingan .

3. Kemudian, sediakan sos thai pula dengan masukkan 7 ulas bawang putih, 5 cili api merah dan hijau dan tumbuk halus bahan-bahan ini.

4. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan 2 sudu sos tiram dan 3 atau 4 sudu sos ikan.

5. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu air limau nipis dengan 2 sudu gula dan secubit garam.

6. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang digunting halus dan kacau kesemua bahan tersebut dan siap.


Jom kita buat daging bakar Danok!!!

Selamat mencuba

17 comments:

  1. memang terliur melihat kejadiannya.

    ReplyDelete
  2. Adik akak keje kt hypermarket penang..dia dpt beli daging wagyu
    dgn harga rm60 lbh berbanding harga asal rm160 lbh..

    ReplyDelete
  3. wow...sedap tu. dah lama tak makan daging bakar ni

    ReplyDelete
  4. waww... haritu try buat. pastu tgh dok bakar buat benda lain smpai lupa pasai ni.

    terus jadi daging bangladesh. hahaha

    ReplyDelete
  5. daging bakar kolin suka makan dengan air asam buh kerisik

    ReplyDelete
  6. uiiiiiiii... kecur air liur nengok nye

    ReplyDelete
  7. menggodanya daging akak tuh,....

    ReplyDelete
  8. perghhh juicy gila daging dia...adeiii terliur kitaa

    ReplyDelete
  9. sedapnya. nampak moist.. kami baru beli kambing perap 1kilo 2 hari habis kami makan time lunch.

    ReplyDelete
  10. perghhhh
    nampak menyelerakan
    sedapnya!

    ReplyDelete
  11. Makkk aiii, terliur den nengok pepagi ni uittt..sedapnyaaa juicy sangat!!

    ReplyDelete
  12. Pernah makan daging bakar danok masa singgah danok dulu. tapi lupa dah rasa dia. tapi rasa dia memang sedap lah. ada resepi ni boleh lah cuba kot nak mengimbas kembali rasa dia :)

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaa kak SA, okay dah save resipi ni siap siap nanti nak try buat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......