Hi korang..
Bulan puasa hari tu adik SA yang bongsu tu makan bukan main lagi...pas tu siap whatsaap kat grup family bagi orang terliur..masa ni dia best la dapat daging wagyu boss husband dia bagi..2 keping besar plak tu..korang pun tau la kan daging premium macam ni berapa harga di pasaran...SA suka je makan daging2 premiun dan tak ralat pun kalau berhabis duit sikit. Bukan selalu ye..kalau selalu tak mampu la SA...kadang- kadang bila teringin je..
SA x tau resepi adik bongsu SA guna dan yang penting dia pun google gak tu,..SA plak baru- baru ni cari gak la kat Jaya Grocer daging premium tapi bukan jenis wagyu...jenis yang grass fed macam tu..seketul berapa ratus gram berat ntah harga dalam RM70++..so SA dah survey dan SA nak beli nanti nak bawak balik Seremban. Nak bakar macam yang ada kat resepi bawah tu...korang kalau nak buat pun boleh cuba guna resepi tu..yang tu senang je SA tengok...cuma SA buat nanti SA nak bakar guna oven je...SA x confident kalau masak atas kuali ajaib...heheh...
SA guna gambar dari adik bongsu SA ye...maaf kalau gambar tu buat korang terliur....
Bahan- Bahan
1. Daging
2. Bawang putih
3. Lada hitam
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Garam
7. Gula
8. Cili api hijau dan merah
9. Sos ikan
10. Daun ketumbar
11. Air limau nipis
Cara-cara membuatnya:
1. Potongkan beberapa daging (kaau x nak potong pun boleh) dan perapkan bersama bawang putih yang telah ditumbuk, lada hitam, sos tiram, dan sedikit kicap, garam dan gula.
2. Selepas daging diperap ( seeloknya erap semalaman), bakarkan daging atas pan dan setelah dibakar potong daging kepada kepingan .
3. Kemudian, sediakan sos thai pula dengan masukkan 7 ulas bawang putih, 5 cili api merah dan hijau dan tumbuk halus bahan-bahan ini.
4. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan 2 sudu sos tiram dan 3 atau 4 sudu sos ikan.
5. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu air limau nipis dengan 2 sudu gula dan secubit garam.
6. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang digunting halus dan kacau kesemua bahan tersebut dan siap.
Credit resepi > https://www.thevocket.com/resipi-daging-bakar-danok-yang-pasti-membuat-anda-terliur/
Jom kita buat daging bakar Danok!!!
Selamat mencuba
wowww... kegemaran saya
ReplyDeletememang terliur melihat kejadiannya.
ReplyDeleteNampak sedap.
ReplyDeleteTengok gambar dah tau sedap
ReplyDeleteAdik akak keje kt hypermarket penang..dia dpt beli daging wagyu
ReplyDeletedgn harga rm60 lbh berbanding harga asal rm160 lbh..
wow...sedap tu. dah lama tak makan daging bakar ni
ReplyDeletewaww... haritu try buat. pastu tgh dok bakar buat benda lain smpai lupa pasai ni.
ReplyDeleteterus jadi daging bangladesh. hahaha
daging bakar kolin suka makan dengan air asam buh kerisik
ReplyDeleteuiiiiiiii... kecur air liur nengok nye
ReplyDeletemenggodanya daging akak tuh,....
ReplyDeleteperghhh juicy gila daging dia...adeiii terliur kitaa
ReplyDeletesedapnya. nampak moist.. kami baru beli kambing perap 1kilo 2 hari habis kami makan time lunch.
ReplyDeleteperghhhh
ReplyDeletenampak menyelerakan
sedapnya!
Makkk aiii, terliur den nengok pepagi ni uittt..sedapnyaaa juicy sangat!!
ReplyDeletePernah makan daging bakar danok masa singgah danok dulu. tapi lupa dah rasa dia. tapi rasa dia memang sedap lah. ada resepi ni boleh lah cuba kot nak mengimbas kembali rasa dia :)
ReplyDeletewah sedapnya
ReplyDeletenak sikit
hihihi
Sedapnyaa kak SA, okay dah save resipi ni siap siap nanti nak try buat.
ReplyDelete