Monday, June 8, 2020

Penghantaran Tanpa Sentuhan Oleh Foodpanda Semasa MCO Merupakan Pergerakan Yang Hebat

Penghantaran Tanpa Sentuhan Merupakan Inisiatif FoodPanda Bagi Memutuskan Rantaian Covid-19 Di Negara Kita


Hi korang



Sepanjang MCO berlangsung di negara kita selama lebih kurang 3 bulan. Pelbagai inisiatif dilakukan oleh platform Food Delivery iaitu platform penghantaran makanan melalui talian yang terdapat di setiap pelusuk Negara kita. Platform ini sangat- sangat membantu rakyat Malaysia dalam memudahkan urusan seharian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan

Selain memudahkan dan meringankan beban kita semua ianya juga sangat membantu golongan yang berniaga yang memerlukan perkhidmatan penghantaran segera bagi memenuhi keperluan penduduk Malaysia di pelbagai tempat di seluruh negara yang mempunyai liputan perkhidmatan penghantaran melalui talian ini. Dengan platform atas talian ini amat membantu para peniaga yang terjejas terus dengan pandemik Covid-19. 

Antara platform perkhidmatan penghantaran melalui talian yang paling popular adalah FoodPanda. FoodPanda merupakan sebuah platform pasaran penghantaran makanan mudah alih dari Jerman yang beribu pusat di Berlin, Jerman. Kini FoodPanda melebarkan sayapnya apabila ianya terdapat di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon mudah alih juga dari laman sesawang. Perkhidmatan FoodPanda kini mendapat tempat dan menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya pada musim MCO ini. Perkhidmatan ini mendapat pilihan paling popular dan ditempah setiap hari oleh rakyat di seluruh Malaysia.

FoodPanda memproses dan menghantar pesanan terus ke restoran yang menjadi rakan kongsi, yang kemudiannya menghantarkan pesanan tersebut kepada pelanggan. Perkhidmatan ini boleh digunakan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih yang sangat mudah serta mesra pelanggan.


Baru- baru ini sepanjang MCO atau Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia akibat Covid-19, dan atas permintaan platform penghantaran makanan. FoodPanda melancarkan inisiatif "Penghantaran Tanpa Sentuhan"bagi mengurangkan risiko dan kurangkan interaksi antara individu.

Inisiatif ini mendapat sambutan hebat oleh rakyat Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan penghantaran dalam talian ini sepanjang tempoh MCO walau terpaksa mematuhi SOP ketika mendapatkan perkhidmatan Penghantaran Tanpa Sentuh oleh FoodPanda. Amalan atau norma baru perlu diikuti oleh semua rakyat Malaysia bagi memeutuskan rantaian virus Covid -19. Sememangnya pandemik Covid- 19 ini merupakan situasi yang sangat sulit di seluruh dunia terutamanya di Negara kita.



Menurut FoodPanda, langkah-langkah baru diperkenalkan untuk keselamatan yang lebih tinggi dan untuk memastikan pelanggan merasa lebih selesa ketika menggunakan perkhidmatan mereka.Semasa proses pesanan pelanggan harus memberitahu wakil penghantar makanan atau riders bahawa mereka memilih untuk Penghantaran Tanpa Sentuhan. Apabila makanan tiba, pesanan makananan tersebut akan ditempatkan di tempat khas yang ditentukan di rumah atau pejabat dan sudah pasti pelanggan akan diberitahu bahawa makanan atau pesanan mereka telah tiba. Ini penting agar objektif dan inisiatif Penghantaran Tanpa Sentuhan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Jarak minimum 1 meter antara wakil penghantar makanan atau rider dan pelanggan akan dijaga, seperti kebiasaan pelanggan juga perlu membuat pengesahan bahawa makanan mereka telah dihantar. Untuk mengurangkan interaksi atau sentuhan, pelanggan juga diminta untuk memilih pembayaran dalam talian. Ini sangat memudahkan untuk kedua- dua pihak.

Selain memastikan keselamatan pelanggan, pihak pengurusan FoodPanda turut menitik beratkan keselamatan wakil penghantar makanan atau rider mereka. Foodpanda juga menyediakan pembersih tangan dan topeng secara percuma di pusat wakil penghantar makanan mereka. SOP yang telah ditetapkan perlu diikut oleh setiap wakil penghantar makanan

Platform penghantaran makanan dalam talian juga telah menyampaikan nasihat dan notis pemberitahuan terbaru kepada rakan restoran mereka dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai amalan kesihatan dan keselamatan yang wajib diamalkan. FoodPanda mengatakan bahawa mereka sangat komited dalam menyokong wakil penghantar makanan, rakan restoran dan pelanggan yang dihargai ketika mereka melalui masa-masa sukar bersama sebagai satu komuniti  dan tidak mengira bangsa atau agama.

Selain itu, menariknya platform FoodPanda ini sangat- sangat membantu anak- anak muda atau mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid -19 dimana banyak peluang pekerjaan dibuka untuk mereka menjadi salah seorang wakil penghantar makanan FoodPanda. Platform ini membantu mereka yang terjejas pendapatan menjana pendapatan demi mengubah kehidupan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Wakil penghantar makanan yang telah sah bekerja dengan FoodPanda perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Mereka juga boleh memilih samada bekerja sepenuh masa atau separuh masa. Malah ramai juga wakil penghantar makanan FoodPanda yang memilih untuk bekerja separuh masa dan membuat 2 pekerjaan sehari dengan memilih platform ni untuk menambah pendapatan. Semoga platform FoodPanda ini menjadi platform untuk mereka khususnya anak- anak muda yang ingin membina kerjaya.

9 comments:

  1. Kalau berada di batch 1 ...income boleh cecah 2k lbh seminggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..kena rajin dan komited la kan kak....usaha tangga kejayaan

      Delete
  2. Peluang pekerjaan tambahan kepada yang berminat

    ReplyDelete
  3. Tak pernah order guna food panda.... abb kqt sini food panda tak masuk. Kat opis pula bawah opis kedai makan

    ReplyDelete
  4. Bagus SOP sebegini...
    ianya membantu kita putuskan rangkaian covid 19.. ♥

    ReplyDelete
  5. bagus, siapa yang patuhi SOP, harus kita sokong...

    ReplyDelete
  6. Kita pun suka delivery makanan terus kat rumah jer wakakaka senang duduk semua sampai...

    ReplyDelete
  7. mudah kan kak tak perlu keluar rumah pun

    ReplyDelete
  8. Belum pernah order lagi dengan Food Panda nie SA. Tapi bagus lah ada servis gini kan, tak payah kita nak keluar rumah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......