Wednesday, May 6, 2020

Jangan Degil.....

Hi korang...

Hari ni SA nak sentuh sikit tentang mematuhi arahan PKP....Jangan degil… kita perlu beri kerjasama baik dengan pihak kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ni. Vaksin masih belum ada kan...SA berharap sangat..janganlah ada yang degil..masih ramai yang tidak endah especially selepas pihak kerajaan melonggarkan syarat PKP. Stay calm dan terus bekerjasama untuk terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini agar tidak lagi wujud kluster baru seterusnya dapat memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.

Rakyat Malaysia perlu mengambil sikap tanggungjawab dan set mentaliti kelas pertama dalam tindakan bagi mematuhi arahan. Tidak adil untuk kami semua yang berdisiplin. Kami rela lupakan apa yang menjadi kebiasaan tapi mereka yang degil ni...seolah- olah takde hati dan perasaan kan...




Sekiranya masih ramai yang berdegil, bagaimana kita dapat membantu kerajaan dalam menangani permasalahan iniKegagalan kita patuh arahan PKP effectnya akan memperlihatkan peningkatan kes, keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan. 

Kami yang terpaksa bekerja ini mempertaruhkan nyawa kami. Dengan keluarga di rumah yang juga bakal terdedah dengan virus yang "mungkin"kami bawa. Segala SOP yang ditetapkan kerajaan kami ikuti. Memang leceh tapi untuk kebaikan kita semua. Perjalanan  untuk ke office SA terpaksa tempuh banyak sekatan untuk pemeriksaan suhu. Sehari total laluan yang SA lalui 6 laluan. Kagum dengan petugas frontliner yang bertungkus lumus bertugas. Tugas kita hanya perlu bekerjasama dan patuhi arahan...insyaallah kita menang...

Kawan- kawan semua...jangan lupa pastikan ada face mask dan hand sanitizer. Guna selalu...cuci tangan dengan kerap..

Semoga kita semua selamat menempuhi dugaan.....

Berhati- hati semua...perjuangan kita belum berakhir...

14 comments:

  1. Akak pun tak faham dgn org2 mcm ni..bkn susah pun kena dok rumah kalau takda keperluan mendesak...nk jgk keluar,penuh keteta..

    ReplyDelete
  2. betul sis, kerajaan br bg kelonggaran sikit, berdondong keluar, siap bwk anak kecik

    ReplyDelete
  3. Lagi cepat dunia dapat tangani wabak, dapatlah kembali normal. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

    ReplyDelete
  4. Sepertinya sudah ada yang lupa syarat.Itu yang sangat membimbangkan dan menyedihkan.

    ReplyDelete
  5. Kann SA, bila kata semua dah ada kelonggaran, dan dan semua nak ke sana ke sini...siap terus masuk soping mall bagai adeiii...

    ReplyDelete
  6. saya melihat golongan tua ( 70~80 ) selalumya tak ikut ( tak tahu? ) akan prosedur pkp di tempat awam. mereka berebut membeli juadah puasa seperti tidak ada apa-apa berlaku. tidak memakai mask. Memegang kuih dengan tangan, belek belek, kemudian bila tak berkenan meletakkannya semula di bekas.

    rasa kasihan dengan mereka ini...

    ReplyDelete
  7. timm pun masih xkluar klau xda urusan penting..

    ReplyDelete
  8. hari ni first time saya akan keluar ke tempat lebih 10 km untuk "bekerja" as blogger..aduhh, dalam hati memang masih risau...

    ReplyDelete
  9. sedih semalam tengok ada orang bawak anak beli barang dapur. Husnuzon jewlah anggap takde orang jaga anak dia

    ReplyDelete
  10. semua org kena ada kesedaran

    ReplyDelete
  11. Yang mana ikut tu bgauslah kan kak. Yang tak ikut arahan tu yang buat geram

    ReplyDelete
  12. Selamat mengamalkan 'the new normal'

    ReplyDelete
  13. kita dok rumah jer kak..kluar pun time barang dapur habis..:)

    ReplyDelete
  14. Nice article thanks this post share if you want to see my website than click here

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......