Monday, May 4, 2020

First Day Bekerja Selepas Hampir 2 bulan PKP

Hi korang...

Hari ini dalam sejarah dimana 4 May 2020 sebahagian pekerja swasta dan am telah dibenarkan untuk bekerja. Pada mulanya perasaan sangat bercampur baur. Risaukan dengan keselamatan SA yang ada parent yang tak sihat kat rumah. SA tawakal je la mengikut kehendak management yang nak semua masuk kerja semula tapi kena la ikut rapat SOP yang telah ditetapkan. Takpe la SA anggap ini semua dugaan. Perjalanan SA sangat mudah pagi ni. Alhamdulillah bas ada dan ada penjarakkan dalam bas dimana hanya 20 orang penumpang sahaja dalam bas. Seorang duduk 1 kerusi.


Ni masa sampai kat LRT, kena check suhu..dan ada penjarakkan, hanya 30 penumpang sahaja dibenarkan naik LRT pada satu- satu masa


Ini penumpang dari MRT plak...


Masa dalam MRT


Office SA


Yeay...SA selamat sampai masuk office pukul 7.30 am...harus la balik 4.30 pm kang


I'm a happy mustard lady today


Dah jom mulakan kerja..

Balik kang SA terpaksa naik komuter

Esok sebelum naik bas SA nak tanya abang bas tu la..kalau balik naik bas macam mana kan...sebab apa tau...SA dapat info pagi ni yang KTM Komuter tak buat marking dalam komuter. Ramai orang dalam train x ikut SOP...bahaya kan kalau macam tu...buat apa SA nak suakan leher kat tempat yang boleh buat kita tak selamat. Ye tak? Berpesta dangdut virus covid 19 tu dalam komuter. Haih...menakutkan....Korang semua doakan semua urusan SA dipermudahkan ye...baru masuk kerja SA dah apply cuti dah....mak SA tak sihat so SA kena la cuti...

12 comments:

  1. selamat kembali keje..arini rmi dh start kj blk kn...kita masih work from home..take care SA

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali berkerja kak SA..
    Smeoga dipermudahkan..
    Sha pun dah mula ke pejabat start last week..

    ReplyDelete
  3. stay safe... standby sanitizer..

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan untuk kembali bekerja, Kak SA.

    ReplyDelete
  5. bagusnya dalam MRT pun ada pelekat untuk tanda jarak...selamat bekerja kak, jaga diri baik2...

    ReplyDelete
  6. Jaga diri. Ya kita sendiri kena proaktif kentang kesihatan diri.

    ReplyDelete
  7. Mesti mula2 rasa pelik,kan..dgn suasana baru

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali bekerja dan selamat bercuti pulak nanti..hehe😁

    ReplyDelete
  9. take care kak. Nebes tak pergi kerja time PKP? huhuh.

    ReplyDelete
  10. cantiknya SA :) Take care tau SA..

    ReplyDelete
  11. Didoakan SA selamat bertugas kembali dan dijauhi dr jangkitan wabak covid19 ni... semoga dipelihara Allah swt... Hati2 ya... be safe

    ReplyDelete
  12. Selamat bertugas kak. Jaga diri ye.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah