Sunday, May 31, 2020

Set La' Chefz CJ Wow Shop Dah Sampai..Tapi......

Hi korang...

Hari ni hari happy Mak SA sebab periuk Glass Cookpot yang SA order untuk mak hari tu dah sampai..bukan main suka hati dia...cuma sayangnya periuk paling kecik pecah berderai. Cepat-cepat SA call CJ Wow Shop nak tau condition and report kerosakan. Bagusnya memang la depa mintak maaf berulang-ulang kali dan SA decided untuk pulangkan dan dapatkan full payment semula cuma Mak SA x nak...nak jugak set tu sebab nak mintak ganti x boleh, set ni dah sold out dan pihak astro tak restock lagi. Sebelum SA proceed dengan pemulangan product dan duit, SA tanya mak betul-betul..Mak cakap mak nak jugak periuk tu..so amik je la dan CJ wow shop bagi 9 hari kalau SA berubah fikiran. 

Aduhai omak den...sabar je la..nanti petang sat lagi SA pi  cari la set ni kat Parkson, Dapat beli yg kecik pun ok la kalau murah...gantikan balik bagi cukup set tu...kesian plak tengok muka mak sedikit frustrated. SA kalau boleh x nak Mak tak happy. Ikutkan mmg boleh je mintak ganti tp stok takde..so kena la cari plan lain


set paling kecik yg pecah dalam kotak choc tu


Sampai2 je terus buka


SA buka mmg tgok dh berderai dlm tu kecuali tutup dia yg elok kukuh


Sabar je la kan


Hancur luluh hati tengok pecah


Berderai


Satu set siap dengan free gift


Benda tak jangka kan...bukan semua barangan kaca ni bagus beli online. Pasti akan jadi masalah macam ni...nak salahkan courier service pun x boleh sebab ada je sticker fragile. Benda nak jadi kan..bila tengok periuk paling kecik tu berderai...agak2 selamat ke kalau masak atas api periuk ni? risau plak SA..hahaha...adoi....

So cakap kat mak...dh beli periuk ni jangan mengada nak simpan...guna je nanti..beli mahal-mahal pas tu simpan...apooooo...kan? kalau beli pas tu simpan baik x yah beli..kaca simpan lama-lama pun pecah gak nanti kan?

Saturday, May 30, 2020

Berbicara Tentang Perasaan...


Apa dalam hati Seorang SA?

Tiada rahsia hati, Tiada perasaan istimewa..Tak tahu nak luahkan macam mana..Seorang SA yang kian di mamah usia...Kian jauh dari mempunyai sebarang perasaan istimewa, Seorang SA yang sentiasa diuji kehidupannya. 

Seorang yang hanya berkongsi tentang kegembiraan..terlalu kedekut berkongsi tentang perasaan..terlalu mementingkan apa yang diberi keutamaan..Terlalu lali dengan cabaran kehidupan, Kian kebal dengan sebarang cemuhan, Namun jangan disangka seorang SA yang kuat hatinya tidak pernah menitiskan airmata kesedihan. Berbicara tentang hati..tiada yang mampu faham apa yang dialami, Berbicara tentang Hati tiada siapa yang mampu memahami..

Bersabar lah hati... insha'Allah..pahit akan manis akhirnya...bertabahlah duhai hati....

Wednesday, May 27, 2020

Raya PKPB SA...

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah...dh 4 hari kita merayakan Aidilfitri dengan norma baru kan..SA dan keluarga sambut dalam keadaan sederhana. Hanya ada persiapan biasa juadah hari raya. Baju raya pun pakai baju tahun lepas yang yang tak sempat SA pakai...befitu juga Dania. Dan kami semua putuskan untuk bersederhana. Kali ni SA sambut raya dengan mak abah, dania dan adik SA serta anak dia si Dida. 

Memandangkan gambar persiapan raya terlampau banyak so SA up dulu gambar pagi raya kami...percaya tak Raya SA hanya pada hari raya pertama je...Raya ke 2 sampai la sekarang SA x beraya apa pun


Abah & Mak SA


SA dan anak bertuah SA ni..Ainnul Dania Huda


Mommy Dida dan Dida


Family Adik SA si Lisa


Family Adik Bongsu

Yang kurang takde gambar raya adik lelaki SA yang kat Muar tu yang takde. Dia x bergambar di pagi raya pun.. so tetap tak complete jugak gambar raya SA. Ikutkan raya tahun ni semua kat rumah SA..Tapi dah PKPB ni...makanya kena la kami semua berpisah ikut arahan kerajaan. Pagi -pagi lepas bermaaf-maafan kami buat Video Call..itu je la penghubung kami melepaskan rindu..semoga tahun hadapan kami dapat berjumpa kembali...aminn..

Sunday, May 24, 2020

Ucapan Selamat Hari Raya Dari SA Buat Semua...


Assalammualaikum..

Akhirnya kini tiba masanya kita semua menyambut hari kemenangan setelah 30 hari berpuasa. Alhamdulillah..sambutan raya kita tahun ni sangat berlainan dari kebiasaan di mana kita menyambutnya dalam keadaan PKPB yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sejarah dalam kehidupan kita kan?First time kita melalui sambutan perayaan dalam norma baru. 

Sempena hari yang mulia ini. SA memohon ampun dan maaf andai selama SA mengenali kalian semua SA ada terkasar bahasa, tersilap kata dan mungkin tanpa sengaja menyakiti hati anda semua. Jauh dari sudut hati SA mohon keampunan. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin...

Jaga diri.. #kitajagakita

Friday, May 22, 2020

Apabila Dapur SA Merajuk..Kena La Beli Baru..

Hi korang..

Ahad lepas SA dan adik SA pi kedai elektrik kat area Seremban untuk meneruskan misi pencarian mencari dapur untuk gantikan dapur yang sedia ada sebab yang sedia ada tu dah rosak satu tungku. Selama berbulan- bulan pakai satu tungku je...dah jumpa dapur baru ni rasa lega sikit sebab tugas masak memasak jadi senang. Ingat nak pakai je sampai lunyai tapi mak dah mula bising, nak raya nanti nak masak cane la apa la...so..SA mengalah la beli yang baru...


SOP kena sentiasa ikut


Kedai elektrik pun kena beratur kalau nak masuk


Selfie jap


SA pilih yang ni...

Gelabah jugak la sebenarnya masa ni...sebab tak tau ukuran kat kitchen kabinet SA...adoi tak terfikir pun masa tu sebab ingat nak ukuran dapur je, nasib cina tu ok suruh ambik dulu, bayar dan kalau tak ngam ngan kitchen kabinet boleh tukar semula...nasib baik kan....balik rumah terus cuba masukkan atas kitchen kabinet, alhamdulillah..memang ngam- ngam muat...legaaa..so tak yah buat kerja dua kali...lega dah tukar dapur...so aktiviti masak memasak menjadisemakin lancar so tak perlu dah masak awal- awal.RM650 terbang untuk dapur kaca ni....ada warranty setahun. 


Thursday, May 21, 2020

Dugaan Ramadhan 25 -27

Hi korang..

Memang betul- betul dugaan travel ulang alik Seremban- KL , KL- Seremban di mana SA akhirnya demam panas. Cuak jugak la tetiba boleh demam plak lepas dh pelbagai kaedah SA guna untuk sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit di musim-musim Covid 19 ni. Tewas jugak akhirnya bila tonsil SA perit dan merah menjadi asbab kepada demam panas ni..ikutkan memang dh kantoi pada petang Isnin tu dimana SA x dibenarkan masuk KL Sentral sebab suhu tinggi. Tapi SA x rasa demam pun..puas gak la SA yakinkan polis tu yg SA x demam dan sebab cuaca panas masa jalan dari office ke KL Sentral. Yakin dengan alasan SA terus dapat masuk KL Sentral. Disebab kan tu jugak la SA kena berdiri dari KL ke Seremban..Allah je yg tau macam mana penatnya SA...Rasa nak tercabut semua tulang.

Sebaliknya lepas mandi kat rumah SA menggigil kesejukkan...pelik plak masa tu..nak buka puasa dah ni..dh kenapa menggigil kan..sudahnya check suhu...terus 37.6°c. Hurm..memang ada potential demam dan  confirm kalau pi kerja Selasa tu mmg tak lepas especially naik naik bas.


Tak nampak macam demam kan? nampak macam muka penat


Pagi Selasa terus pi jumpa doctor family kami...masa tu x demam dh cuma dedar je skit...





Hasilnya dapat la ubat sebeban. bertabahlah SA di kuarantin selama 2 hari bermula Selasa oleh adik SA, mommy si Dida tu. Bukan apa cuma sebagai langkah pencegahan agar demam SA x berjangkit pada mak yang x sihat tu..kisahnya plak Mak SA risau sampai nangis-nangis ingat SA kena covid 19 sebab SA ada bagi tau pasal sebab SA demam ni satu team boss suruh work from home sebagai langkah berjaga-jaga. Kecoh jugak la masa tu...satu department kecoh rasanya. Padahal SA demam biasa je..alhamdulillah semalam diorang dh start kerja semula la lepas SA bagi clearance yang SA hanya demam biasa . Dalam musim-musim Covid 19 ni..memang bahaya kalau rasa x sihat waima hanya demam biasa aje pun. Penyakit ni silent killer kan...kita kita x nampak kumannya tapi ianya sangat bahaya...

Korang kat luar sana tu..keep on jaga diri. Stay health, Stay at home dan kita jaga kita. Kita belum menang lagi ye... Masih panjang lagi perjalanan kita...sama-sama kita kita berjuang memutuskan rantaian Covid 19 ni...duduk rumah...

Monday, May 18, 2020

Renungkan Seketika....

Kita tahu insan-insan kesayangan sihat walafiat pun dah syukur sangat-sangat... Jangan berani sangat dengan benda yang kita tak nampak ni... Jaga diri dan kesihatan baik-baik okei😘😘😘😘

(Sila bayang dalam kepala 😏)

Orang tu Covid19 +ve tapi tak tahu dia +ve
Dia pergi beraya rumah jiran sebelah. Duduk kat sofa. Lepas 30 minit. Siap makan. Siap minum. Dia balik.

Awak pun datang umah jiran sebelah (umah jiran yang +ve covid19 tu pergi tadi). Awak pun duduk sofa dia duduk tadi. Koman koman pun mesti letak tangan kat sisi sofa ye dak?
(Ingat ya, covid19 merebak melalui sentuhan).

Awak pun dah siap beraya kat situ. Next house. Awak Sentuh pulak sofa umah jiran lain. Pastu jiran lain bertandang pulak ke situ selepas awak. Awak tolong sebar. Yang sebelum awak tadi pun dah tolong sebar.

Awak kemana lepas pergi rumah beberapa jiran? Awak balik rumah. Sentuh pulak perabot, pinggan mangkuk kat umah. Kat rumah ada mak ayah adik beradik dan lain-lain. Habis satu family dapat hadiah raya berupa jangkitan Covid19.

Maka begitulah jangkitan berterusan secara silang di kawasan kejiranan situ. Dan seterusnya ke kejiranan lain.

Selepas 14 hari, didapati kluster kejiranan dikesan. Awak salah seorang juga yang positif.

Kesimpulan :
Kalau rasa tak bahaya, silalah bertandang ke rumah jiran.

Kalau saya? Baik duduk di rumah aje lah. Tak perlu terima tetamu. Tak perlu jadi tetamu. Tunggu biar covid19 ni betul betul 0 dulu kat Malaysia. Rasa seram terbayang situasi beraya tu. Jaga ahli keluarga kita. Ibu bapa kita yang dah berumur. Adik adik atau anak anak yang masih kecil.

Gov bagi limit 20 orang mungkin sekadar nak bagi rakyat rasa lega dan bertenang. Tapi kita boleh fikir sendiri situasi melibatkan kita.

Akhir kata,
 #kitajagakita.
 #stayathome.
 Pikir2 lah sendiri!!!!..

Cnp

Saturday, May 16, 2020

Printcious Melancarkan Rekaan T-shirt Unik Dalam Usaha Mengingatkan Masyarakat Untuk Mengambil Langkah Pencegahan

Hasil dana RM 50,000 akan disumbangkan kepada dua badan kebajikan termasuk

MERCY Malaysia

Printcious sebuah platfom e-dagang terkemuka yang berkepakaran dalam cenderamata dan hadiah rekaan sendiri telah melancarkan rekaan unik T-shirt dalam usaha mereka untuk mendidik masyarakat mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19. Melalui hasil jualan barangan terhad ini, RM 50,000 akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia dan sebuah badan kebajikan yang tidak dinyatakan sebagai usaha untuk melawan wabak Covid-19. Protokol keselamatan yang telah diamalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti membasuh tangan dan penjarakan sosial telah diangkat sebagai tema untuk tujuan ini oleh Printcious dengan harapan agar masyarakat terus kekal berjaga-jaga terutamanya apabila kerajaan telah membenarkan fleksibiliti untuk perniagaan beroperasi semula. 


“Pada masa ini, terdapat keperluan untuk semua orang memainkan peranan mereka dalam melawan Covid-19 dengan memanfaatkan kekuatan unik mereka. Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat”, menurut Vincent Tong, Ketua Pegawai Eksekutif Printcious.


“Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka. Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,” beliau menambah. Pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan.
Untuk kempen istimewa yang berlangsung daripada pertengahan Mei sehingga akhir Julai 2020, Printcious telah menghasilkan 6 rekaan T-shirt kreatif diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan. T-shirt putih berkolar bulat ini dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL.




Selain T-shirt, kempen ini turut menrangkumi tote bag dengan rekaan yang sama. Printcious berhasrat untuk mencapai sasaran hasil jualan untuk 1,000 unit t-shirt dan 1,000 unit tote bag bagi meraih dana.




Printcious menawarkan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. Pembelian boleh dibuat secara atas talian melalui: https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness  

Thursday, May 14, 2020

Pagi- Pagi Dapat Lagu Jiwang Dari Adam

Hi korang...

Sihat ke hari ni? SA macam biasa la sihat tu memang sihat...cumanya pagi ni hati ada tak tenteram sikit lepas dapat email dari Adam pagi ni. Aduhai...hari tu baru je jumpa dia kat Klinik kat opis SA ni..jumpa secara kebetulan dan bukan berjanji. Kebetulan dia pun jumpa doktor jugak..kami borak- borak macma biasa jer la..takde la apa pun..tapiiiii....pagi ni dapat plak email dari dia...dia bagi SA lagu..Apa hal plak bagi lagu JAMPI Hael Husaini tu kat SA. Aduhai...mula- mula memang rasa macam berbunga tapi bila fikir balik rasa macam annoyingnyaaa....merah padam muka SA...

SA bukan la tak suka ngan Aadam tu dna bukan la suka plak.tapi bab hati ni kita tak boleh nak paksa kan..tak tau SA nak terangkan macma mana lagi..just go with the flow la...ok tak?kalau ada jodoh tu..siapa SA nak menolak qada dan qadar allah kan..kira macam kalau benar Adam jodohku...dekatkanlah...kalau bukan seeloknya dijauhkan gittewww.....


Muka tak tau nak kata happy ke apa dapat lagu jiwang...berderau darah tau...



Paling tak tahan ngan hashtag tu ha....pening oiii,,sukati je nak combine nama SA ngan nama dia...aduhai kenapa la jiwang karat sangat si Adam ni...SA bukan apa..takut tak terlayan nanti...SA tau la sebab SA nyer jarak usia ngan Adam terlalu jauh kan...sebab tu SA susah sikit nak cair..dapat lagu jiwang karat ni lagi la buat SA x tau nak kata apa..mampu malu dan merah muka je la..nasib baik pakai face mask kan..kalau tak..aduiiii sure kena perli sepanjang masa..

Korang rasa macam mana? Adam tu bagi lagu sebab apa? ke sebab dia tercabar dengan email2 and request orang yang nak rekemen SA jadi kakak ipar la..madu la...kot?

Adoiii...lawak la....

Wednesday, May 13, 2020

Seorang SA Yang Busy


 “Write it on your heart that every day is the best day in the year.”

Salam sayang dari SA..

Kebusyan melanda....tak sempat nak buat

Entry panjang-panjang..

Don't miss me ya......✌️✌️✌️

Tuesday, May 12, 2020

Orang Sibuk Beli Baju Raya, SA Sibuk Cari Baju Kerja

Hi Korang...

SA senyap jer 2-3 hari ni kan..haha..kemalasan melanda bukan main lagi..so pagi ni sampai office awal and SA amik kesempatan nak up1 entry sementara blom start kerja. Hari ni SA agak bz skit sebab nak pindah workstation again and again. Ada new restructure untuk department ni...officially SA kena pindah level lain tapi sementara waktu boss SA nak SA duduk depan dia plak kat level lain..rindu ler tu...hahaha...

Semalam kan...SA buat kerja giler yang akhirnya padan dengan muka SA sendiri. SA pergi Palm Mall Seremban sorang- sorang semata- mata nak cari baju kerja. Ye la SA dah 2 bulan lebih tak balik rumah sewa sedangkan semua barang- barang SA ada kat rumah sewa tau. Dari baju kerja sampai lah barangan make-up SA. Stressnya tak boleh balik sana.ikutkan hati nak ajak adik pi sana angkut segala baju dan barang- barang yang ada...tapi tak leh rentas negeri plak..haih...sabar jer la...bila la semua ni nak berakhir kan..SA dengar sampai hujung tahun..

Semalam SA beratur lama giler kat Padini Palm Mall, kul 11 SA dah ada kat situ sedangkan kedai katanya buka pada pukul 12 tengahari...jenuh la SA keluar barisan dan jalan- jalan tempat lain dulu. Nak pi Branded Outlet plak pun beratur panjang giler..nyesal plak keluar barisan. SA ni sejenis x suka menunggu lama kan...lepas tu SA gigih pi AEON beli barang- barang lain.


Panjang kan beraturnya...depan tu satu family ramai giler tau...siap bawak budak- budak kecik plak lagi...


akhirnya dapat masuk dan SA terus grab apa yang nampak berkenan di hati


Ada sehelai jer seluar yang berkenan di hati...size M ..sudahnya baju jer muat...seluar tu tak leh cantum..huwaaaa...

Sudahnya..kena la SA pi tukar balik size nanti...confident level tinggi macam tu la...sabar jer la erk....salesman tu semalam ckp bleh tukar dalam masa 14 hari janji ada resit..hahahaha...balik rumah naik grab terus mandi apa segala lepas tu terduduk...terduduk kepenatan, terbaring...pergh memang taubat la lepas ni SA takkan pi la beratur panjang- panjang macam tu...dah la berdiri kan...apa yang SA kagum pihak Padini memang menjaga penjarakkan sosial dimana hanya 5 orang pelanggan je dibenarkan masuk dalam kedai. Penat semalam memang tak boleh bawak bincang dan SA tido awal dalm pukul 9.30pm. Tak sembahyang terawih pun sebab penat...terasa rugi kat situ...

Friday, May 8, 2020

Menu Berbuka Ramadhan 14..

Hi korang...

Rasa macam sekejapan jer kita puasa kan...hari ni dah hari yang ke 15 dah kan...pejam celik pejam celik jer dah 15 hari...tak lama je lagi nak raya..tapi SA x leh bayang kita beraya dalam suasana PKP nanti...kalau boleh x nak fikir macam mana...tunggu je la masa tu nanti..so semalam SA x  masak..haha..adik SA, mommy si Dida yang masak...semalam masak goreng-goreng je sebab dh beberapa hari masak lauk berkuah..SA senang sikit bila adik ada kat rumah...dia pun masak sedap...

jom la kita tengok masakan yang adik SA masak..SA bagi jugak la gambar masakan adik2 lain yang diorang kirim semalam...melampau-lampau gambar diorang semalam..eh jom la tgok gambar....


Mee goreng basah campur kerang


Mee goreng mamak untuk Dania


Ikan talapia 3 rasa


Sambal kerang...


Sambal ayam

Kat bawah ni gambar kiriman adik -adik SA...korang jangan terliur tau..SA share sbb untuk korang refer kalau xde idea nak masak je ..


Ikan cencaru bakar sumbat belakang dari si bongsu


Kari kepala ikan jenahak dari si bongsu jugak


Masak Lemak Cili Api Udang campur nenas dari si adik lelaki di Muar


Bubur som som..dari adik no 3


Sagu gula melaka


popia sira


Murtabak maggi


Sayur labu masak lemak putih

Melampau kan masakan diorang...sabar jer la...so hari ni SA plan nak buat cucur udang plak..lauk lain x tau nak masak apa..rasanya ada burung puyuh tu...maybe bleh buat goreng berempah kot..tengok la kang cane...SA tak plan lagi...tghari kang la tengok apa yg ada..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah