Wednesday, April 1, 2020

Urusan Perubatan Mak Di IJN

Hi korang...

Semalam SA call IJN...kebetulan plak SA memang kena ambil ubat untuk mak pada 10hb so SA call untuk dapatkan info macam mana nak pergi ambil ubat mak ni..dengan tengah PKP plak masa ni kan....so SA decided nak mintak IJN deliver ubat tu by post dan kena request thru website diorang. Tak lama lepas tu dapat jawapan kat email..jadi masalah la kat pihak SA...ubat mak tu tak leh di pos...sebab dalam banyak2 ubat tu ada ubat insulin mak yang very sensitive..kena sentiasa dalam keadaan sejuk...so ubat mak memang tak layak untuk di pos...



Bagus team pharmacy IJN, cepat diorang buat kerja dan reply kat SA. Bila PKP ni semua kerja jadi terbatas sama dengaan pergerakkan...sedikit susah tapi SA yakin semua ni sementara sahaja. Sekarang pun kita di fasa ke 2 PKP untuk lagi 2 minggu kan...masa PM umumkan extend lagi 2 minggu tu SA rasa frust sangat. Bukan tak suka duduk rumah dan buat kerja dari rumah. Cuma kita yang dah biasa lepas bebas ni memang bila berkurung macam ni..tak tau nak buat apa dah. Badan yang sihat jadi tak sihat..letih oii duduk rumah...dengan tak keluar ke mana- mana. Mengadap dinding jerk...tv, dapur...huiii...13 days more to go...rasa macam lam gile lagi..itu kalau tak extend..kalau extend lagi?

8 comments:

  1. susah jugak ek kalau macam ni...tak semua benda boleh pos macam benda lain..jadi kena pergi ambil jugak la ek..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan untuk dapatkan ubat mak Kak SA.

    ReplyDelete
  3. ye kak, lemau dah ni tak boleh keluar..walau kerja rumah takpernah habis huhu

    ReplyDelete
  4. Insyaallah semua ni hanya sementara. Doa dalam sabar. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

    ReplyDelete
  5. Semoga mak SA kembali pulih..akak faham sgt perasaan org2 yg sakit ni..

    ReplyDelete
  6. Nampak gayanya SA kena turun IJN jugaklah ya, semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga. Aaminn...
    harap jangan extend lagilah dan harap juga masa tu dah bebas covid-19. kalau masa ada, rasa macam tak yakin lagi nak keluar bebas.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......