Hi korang....
Antara aktiviti SA kat rumah sepanjang RMO ni adalah memanjakan muka. Kalau sebelum ni seminggu sekali je SA manjakan muka dengan face mask...tapi sejak dua tiga menjak ni SA rajin buat seminggu 3 kali..nak pulak cuaca tengah panas sekarang kan...so kulit muka cepat berminyak dan jerawat dah mula tumbuh. Nak plak kulit muka SA ni sensitif skit kan.
Bila dah pakai face mask ni rasa stress berkurung kat rumah tu terus hilang...face mask pilihan SA sememangnya dari Althea Korea. Stock face mask SA masih banyak dan kulit muka SA sememangnya sesuai dengan product Althea ni. Skincare pun bakal habis end of April nanti. Nak order boleh je bila- bila masa tapi tu la tengah RMO ni kan, tak tau plak kalau- kalau penghantaran dari oversea masih berjalan seperti biasa..Nanti nak tanya la Tammy Lim...Untuk face mask SA kali ni, SA pilih Sparkle Me Bright keluaran Althea.
Selain tu SA ada gak main mekap- mekap. Saje nak isi masa lapang. Tapi SA main mekap- mekap takde buat heavy mekap. Takde buat video pun. Amik gambar untuk buat story di FB dan Whatsaap Story je...SA tepek la jugak kat sini eh. Mekap SA simple je masa ni...nanti nak buat lagi la...hahahaha...sekarang memang banyak post banyak gambar kat story je...nak letak banyak- banyak kat FB kang takut kena kecam...ada gak la letak kat IG timeline..esok lusa la kot kalau tak busy dengan kerja office SA nak main- main mekap lagi...tapi amik gambar biasanya kat dalam bilik je la...hahahaha.....
Hari ni dah RMO day 15
Stay at home
Jangan ingkar arahan PKP ye......
Masa ni boleh belai muka atau buat perkara lain lama-lama.
ReplyDeleteanak kita suka kalau suruh main makup-makup ni....hehehehe....banyak sangat masa terluang...
ReplyDeleteproduk althea ni la yang saya berminat nak beli dulu tu, masa tu cepat gilerr habis...tak nyempat2 nak beli..lepas tu da lupa, ni baru ingat balik bila baca entri akak..
ReplyDeleteIngatkan mask covid 19 tadi.
ReplyDeletemasa ni lah banyak untuk memanjakan diri dengan penjagaan kulit muka. bolehlah pakai sheet mask althea yang sedia ada tu :)
ReplyDeleteBetul SA..saya pun sebelum ni busy nak belek2 muka ni. yang tahu cuci muka pas tu tepek mekap. tapi sejak RMO ni, kemain rajin belek muka..baru la pasan muka cam kusam je, kulit muka pun macam adeh..haha..terus rajin ber 'serum pulak..x miss tepek serum sblm tidur.haha..nmpk tak tahap kerajinan tgh RMO ni..
ReplyDeletebetull..saya pun pakai mask time RMO ni
ReplyDeletemasa ni la nak jaga muka.
ReplyDeleteaida maintain jaga kan muka anak2.
mask. cream mlm. cream siang.
time skola, diorang ke laut jaga muka.
diri sendiri, mcm biasa je, SA. lebih kurang.