Wednesday, April 8, 2020

Izinkan Ku Pergi ~ Damya Hanna

Hi korang....

Hari ni takde apa SA nak publish..rasa macam alaaa bosannya..hari ni dah day 22 dah kan...6 days o go kalau lockdown ni tak dipanjangkan lagi...hari ni SA rasa boring sangat...tengah susun- susun novel yang sebeban x baca lagi..terjumpa plak novel dari novelist fav SA iaitu Damya Hanna. Novel dia tak pernah x best la sebenarnya. Adakala bila dah seronok sangat membaca sampai kisah yang dipaparkan meninggalkan kesan di hati SA..itu yang menghayati dan seterusnya akan terbawak- bawak emosi. Style SA sebelum ni akan letakkan diri SA dalam penceritaan supaya more menghayati..hahaha..baru seronokbaca kan..macama gambar kat bawah ni,,,SA pergi mana- mana bekalan novel mmg sentiasa ada..especially kalau membawa diri ke tempat orang...novel memang tak pernah tercicir..mesti bawak...SA jenis x suka buang masa..ada masa elok penuhkan dengan membaca..





Sinopsis

Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.

Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.

Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Dalam benci, sejujurnya ada rindu. Biarpun luka yang tertoreh di hati begitu parah namun perasaan mereka tidak pernah mati. Tetapi disebabkan ego dan harga diri yang ada dalam jiwa masing-masing, Atiyah mahupun Zuhairi tidak mahu mengalah. Maka, perlukah mereka mempertaruhkan cinta suci mereka demi kenangan lalu yang memedihkan?


Nanti SA share novel lain plak ye......

Stay tune...

10 comments:

  1. pernah juga baca novel tulisan damya hanna..memang best novel2 dia...tapi novel yang saya baca dari sebelum pkp sampai hari ni belum habis baca lagi ni..hahahhahaha

    ReplyDelete
  2. mcm menarik juga ni....rietta xpernah baca lg....

    ReplyDelete
  3. Saya selalunya membaca novel online je kalau keluar. Tapi kalau kat rumah, memang baca yang hardcopy.

    ReplyDelete
  4. dulu rajin juga beli novel damya hanna ni tapi tak baca lagi novel ni. novel dia yg paling latest ke ni akak?

    ReplyDelete
  5. nak pergi mana tu kak? saya izinkan...hehehe

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak baca buku, setelah sumber bacaan beralih ke internet nie..

    ReplyDelete
  7. Ala novel Damya Hanna ni tak ada lagi.. Kena beli online nampak gaya

    ReplyDelete
  8. novel2 melayu ni insyallah happy ending semua kan ? hihi..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......