Hi korang...
Adik SA cuti seminggu sempena MCO ni, dia bergilir- giler ngan colleague dia kat klinik. So minggu ni turn adik SA bercuti. Isnin lepas dia dah pi IJN amikkan ubat mak..biasa SA yang amik ubat mak tapi kali ni dia plak pergi.Sebenarnya SA nak citer bab nasi ayam ni..mak SA memang dah sebut- sebut dah beberapa hari tapi memandangkan semua sibuk kan...baru semalam dapat buat. SA plak semalam sibuk dengan meeting dan kerja office..so tak dapat nak tolong dia masak...semua dia buat sorang dan dibantu Dania. Alhamdulillah sedap nasi ayam air tangan dia. Sampai mak ulang- ulang kali makan...kejap-kejap meratah ayam..Nasib baik memang buat lebih ayam tu...puas la mak makan bawak sampai ke malam pun mak masih berselera makan...Lega tengok mak ada selera nak makan...sebelum ni mak susah nak makan sebab makan ubat apa ntah. Ubat tu kena kunyah dengan nasi sekali...la ni doktor dah tukarkan ubat dah..nampak dia ok dan dah berselera makan dah...kalau tak tu kang susah tengok dia makan sikit je...
Nampak sedap..tgh type ni pun terliur lagi...tak tau la cane dia masak...SA bab nasi ayam ni failed skit..setakat nak makan biasa- biasa tu boleh la.tapi adik SA ni buat macam nak jual plak....
Ayam memang buat bahagian Whole leg, tender, juicy...uiiii...sodap...
Nasi ayam...
Soup pun sodap
Kuah sos ni pun sodap
Ada daun bawang
Kicap
Sayur timun jepun
Salad...tomato je takde...
Petang dia buat plak burger malaysia ni...alahaiii..acaner nak diet kalau macam ni ha...
Hot dog goreng plak...
Kalau adik SA ni ada kat rumah memang dia rajin gak masak...lega skit SA sebab apa tau...SA tengah WFH kan..so adakala kerja banyak nak buat...mengadap laptop je so tak dapat nak masak sedap- sedap...Sabtu Ahad boleh la masak sedap...Ada adik SA ni ringan sikit beban...kadang je la SA tolong- tolong apa yang patut...takde la nak biar dia sorang buat..So next week turn SA plak amik alih masak...sementara dia cuti ni dia la masak...masakan dia selalunya simple..tapi sedap dan habis utk time2 tu jugak...malam kena la masak lain....sabar jer la kan...macam mana badan masing- masing tak membulat..hari-hari makan sedap....Tang mana specialnya nasi ayam ni?Haaaa....rahsia katanya..SA pun tak tau dan tak jumpa apa yang special...
eh eh sama la kak menu kita hari ni! dan samaaa, bukan saya yang masak! hahahhaa!
ReplyDeletehousemate yang masak, dia pestime nak try buat nasi ayam..alhamdulillah menjadi dan sedap juga...
terliur nye kak ^_^ btw singgah sini sempena PKP
ReplyDeleteMemang susah nak diet kalau hari2 masak sedap macam tu.
ReplyDeleteHai,jemput dengr lgu bru saya!
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html
Saya suka nasi ayam. Memang susah nak cari yang betul-betul sedap.
ReplyDeleteCantik kejadian ayamnya.
ReplyDeleteSekali hadap boleh licin ni.
Alahai.. Sedapnya nasi ayam.. Lma xmkn.. 😊
ReplyDeleteNi yang nak buat nasik ayam nie👆🐔
ReplyDeletelastweek pn menu nasi ayam MIL masak utk berbuka puasa
ReplyDeleteSedapnyaa nasi ayam my fav ni
ReplyDelete