Korang semua seia maklum kan start esok akan diadakan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia seluruh negara selama 14 hari..Ikutkan SA tak suka sebenarnya situasi ni..eh bukan SA je tak suka...ramai yang tak suka kan...pergerakan tak bebas macam dulu...Memandangkan peningkatan angka pesakit Covid-19 naik mendadak so keputusan ini yang terpaksa Perdana Menteri ambil untuk kita membasmi penyakit ni kan...
SA nyer office tutup dari 18-31hb, 14 hari tu oiii....aduyaiii...mereput la kat rumah...SA decided balik Seremban je sebab rumah sewa takde pape pun..tv takde apa segala takde..housemate pun semua balik kampung pagi tadi...SA x kisah la ada larangan x boleh balik kampung ke apa..mana lagi plak SA nak tuju kan...dah la kita ni duk bujang....memang tak hidup la SA kalau duduk rumah sewa kan....
Mereput la SA 14 hari kat umah nanti
Majlis perkahwinan adik sepupu SA pun terpaksa ditangguhkan, SA dan adik beradik dah share sewa homestay untuk 3 hari 2 malam pun terpaksa burn the cost. Macam ni la bila booked dengan AirBnb kan...ada term & condition dia...memang tak boleh buat apa terpaksa cancel...
Whatsapp dari Mak Teh SA beritahu tentang penangguhan majlis perkahwinan...
Assalamualaikum W.B.T.
Berdasarkan *Perintah Kawalan Pergerakan* berkenaan dengan *Covid-19* , dukacita dimaklumkan bahawa
*Majlis Perkahwinan anak kami pada tarikh 28/3/2020
*NURFADZREEN BINTI AZMAN DGN MOHD MUBARAK BIN SHAHREL*
*DITANGGUHKAN* sementara sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada Tuan/Puan di atas segala yang terjadi.
Kami berharap Allah sentiasa merahmati kita dan seluruh umat manusia di dunia terutama sekali di Malaysia. Doa kami juga agar Penularan Virus Covid-19 dapat dikawal.. Aamiin..
Akhir kalam, segala kekurangan datangnya dari pihak kami dan segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T.
Allah S.W.T adalah sebaik- baik perancang.
Assalamualaikum W.B.T
*AZMAN BIN SIDEK
&
ROZIDAH BINTI MUSTAFA*
Mak SA pun dalam kesedihan sebab kan penangguhan majlis perkahwinan ni...puas la pujuk....nasib akhirnya mak faham...ye la dah lama dia tak berjalan kan...insyaallah nanti dah habis segala masalah Covid-19 ni...sebelum hujung tahun boleh la bawak dia pergi berjalan kejap...kesian plak kat dia frustrated..kalau tak memang trip ni trip family...Semoga kita semua dilindungi dari virus Covid-19 ni...SA doakan kita semua kekal sihat...dijauhkan lah dari segala virus...jaga diri ye korang..patuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini....
moga virus ni cepat berlalu dari Malaysia..dan keadaan kembali seperti sebelum ni. bebas bergerak. Memang seronok cuti 14 hari tapi tak boleh ke mana-mana. duk rumah je..memang saya melayan Netflix je lah dari pagi ke pagi..
ReplyDeleteHarapnya keadaan akan kembali pulih.. semoga kita semua dilindungi.. Aamiin
ReplyDeleteTak pa 14 hari ni moh kita baca novel sebanyak yang boleh.
ReplyDeleteAllah adalah sebaik baik perancang... Habis musim wabak nnt kita jalan2 ye
ReplyDeletesama lah, adik lecturer kita pun sepatutnya majlis sabtu ni, kena tunda jugak la nampaknya...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin
ReplyDeleteTak boleh buat apa.
ReplyDeletehampir semua majlis kawin sepanjang minggu ni bermula hari ni terpaksa ditangguhkan..majlis sepupu saya pun sama...nak buat macamana kan bukan saje2..ni untuk keselamatan bersama jugak. Apapun doa yang baik-baik.
ReplyDeletebyk event/ majlis kena batal kn..nasibaik wedding sedara lastweek sempat lagi...tu pn masa masuk ballroom smua tetamu diorang bg sanitizer dlu
ReplyDeletealahai. dugaan bagi yg nak buat kenduri kawin, kan.
ReplyDeletebiras aida pun involve. kaum keluarga dia ada nak kawinkan anak.
tangguh.
nikah dulu. buat kecil2an antara diorang je. tak jemput org luar.