Tuesday, March 24, 2020

Menu Dari Ahad Sampai Hari Ni.....

Hi korang...

Lupa plak nak up menu sepanjang Ahad sampai hari ni Selasa..diam tak diam hari ni dah hari ke 7, aktiviti yang paling aktif dilakukan ketika ini adalah memasak. Memang ni la rutin SA setiap hari kecuali Ahad hari tu sebab adik SA mommy si Dida yang amik turn masak sepanjang hari. Rehat sikit la SA Ahad tu. bila dah berkurung ni semua kena bekerjasama kan, tolong menolong. Bila berkurung ni hubungan adik beradik jadi rapat. Semua ambil berat.

Eh jom la kita tengok apa yang SA masak dan koleksi masakan untuk 3 hari.


Kari Ayam tanpa santan air tangan mak


Sambal udang petai...takde udang besar dapat udang kertas pun jadi la..


Sayur kangkung goreng


Sambal ikan bilis garing air tangan mommy Dida


Siakap Stim Limau


Sotong Goreng Tepung

Yang ni menu hari ni dan dari airtangan SA sendiri..walau tengah WFH aktiviti memasak tetap kena teruskan.


Ikan kembung berlada


Sup sayur


Telur dadar tomato

Inilah menu yang dapat SA up untuk hari ni..menu sepanjang hari dari Ahad sampai hari ni. Bila hari- hari memasak memang buntu kadang- kadang nak masak apa..mana yang up kat grup family tanya idea tu yang SA masak..esok x tau la nak masak apa plak....awal pagi esok la fikir..rasanya macam nak uat sambal sardin, sambal belacan dan sayur kangkung rebus....huiii sedapnyaaaa....eh..tengok la apa yang jadi esok kan?setakat ni idea ada je lagi cuma kadang- kadang macam penat plak...lepas ni sure nak kena diet balik ni..risau badan makin naik bila duduk rumah. Tekak ni kalau kat rumah sewa bukan main behave plak dia lagi

8 comments:

  1. Nampak sedap2 belaka
    macam mana nak diet ni

    ReplyDelete
  2. Memang susah nak diet kalau hari2 menu sedap😂.

    ReplyDelete
  3. OMG! Sedap-sedap semuanya SA. Musim kena dok rumah ni macam-macam menu nak reka. Stay safe sis.

    ReplyDelete
  4. semuanya sedap2..membangkitkan selera makan..hihi

    ReplyDelete
  5. Sedap sedap menu akak sekeluarga. Seronok makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  6. yeee, saya pun dah sampai saat-saat buntu nak masak apa ni...hahahah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah