Hi korang..
SA dh habis baca satu lagi novel, macam biasa la SA cuba habiskan novel yg banyak kat rumah Seremban..Damya Hanna antara novelist yang SA suka nukilannya...jom tengok sinopsis...best jalan cerita ni..novel ni agak lama dah dan SA x pasti ada dipasaran lagi atau tak..maybe ada jual online kat website Alaf21 kot..
Penulis : DAMYA HANNA
Harga : RM25.00
Tarikh Terbitan : 20 March 2012
Sinopsis
Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.
Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.
Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.
dah lama baca novel ni tapi tak ingat jalan ceritanya..hehe
ReplyDeleteMacam ada misteri pula.
ReplyDeletebanyak pula rahasia ayahnya tu ye kak
ReplyDeletebiarkan misteri dirungkai. hehe. selamat membaca novel, SA ^_^
ReplyDeleteAdoiii aoalah rahsia yang ayah dia simpan tuh.
ReplyDeleterajin.
ReplyDeleteaida sejenis x sabar baca novel :)
baca last chapter terus ha ha ha ha ha...
lama x baca novel. cita korea pun curi2 tgk..
ReplyDeletebusy mengemas...
banyaknya novel2 lama yang belum pernah dibaca lagi...
ReplyDelete