Thursday, February 13, 2020

Sinopsis Camelia~Samarinda TV3

Hi korang...

SA baru nak share sinopsis cerita Camelia yang sebelum ni ditayangkan di slot Samarinda TV3. Sebelum ni SA tak follow cerita ni tapi terjebak dengan kawan office yang asyik cerita pasal cerita ni so SA pun follow la..tak habis lagi pun sebenarnya..jalan cerita dia menarik sangat..pandai Ain Indruce bawak watak antagonis dia...

Jom SA share sinopsis...lepas ni nak sambung lagi cerita ni..nasib boleh tengok kat phone..pasal ni jugak la SA lambat tido malam..hehehe...lepas tu bising tak cukup tido...just nak inform la SA dh settle maraton citer Camelia ni cumanya ending citer ni SAx berapa best..x tau nak cakap kenapa x best..x cukup impact dia pada SA..awal cerita sampai episode 14 dh cantik dan jalan citer dia cuma ending je macam ada yg kurang..


SINOPSIS CAMELIA

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

JUDUL : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2020.
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Malik
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
Ain Edruce sebagai Marina
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
Qistina Raisah sebagai Marina
Puteri Balqis sebagai Mariam
Redzwan Adha sebagai Malik

9 comments:

  1. Sekarang cerita pasal masalah psikologi pula.

    ReplyDelete
  2. Syaza perasan nowadays punya drama banyak menceritakan tentang mental issues. Baguslah, supaya public sedar ada dalam kalangan kita tanpa sedar ada masalah2 tu kan :)

    ReplyDelete
  3. Sakit hati dengan Marina tu kak. Tak habis2 nak lebih dari Mariam tu. Ish Kita yang emo pulak

    ReplyDelete
  4. Kak Sue pun tak layan juga cita nie.. nanti nak try lah tengok..

    ReplyDelete
  5. Ok nanti nak tengok rakam siap-siap he he he

    ReplyDelete
  6. benci tgk drama ni..ngn kita2 jadi physyco..haha

    ReplyDelete
  7. layan gak cita ni..on & off. Iris suka..dia la tukang cerita kalau ada yg termiss out.

    ReplyDelete
  8. Sampai kesudah tak tengok drama ni.. Tgk kdg kdg je tuh pun 2 3 episod lepas tu nan hado

    ReplyDelete
  9. a'ah la.
    baru teringat nak tgk citer ni.
    aida x tgk live di tv.
    repeat kat utube jer.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah