Hi korang...
Ini cerita last week kot rasanya..hahaha...lupa plak nak share...sebenarnya last week ada main masak- masak ngan housemate..kami dah dah tinggal 3 orang kat rumah..housemate yang sebelum ni dah pindah dah..ada lagi sorang budak baru juga tapi SA tak pernah jumpa lagi..ye la SA pi kerja pagi matahari tak keluar lagi..balik kerja plak dia pun tak balik kerja lagi...so tak sempat nak berkenalan..so tinggal la kami bertiga..so SA sempat la masak 2 jenis lauk dan housemate dah masak lauk lain...Kalau SA balik lambat memang diorang makan berdua je la...housemate plak memang jenis masak sebab dia pun bawak bekal pi kerja kan...
Lauk kami malam tu
Tumis air kobis ngan carrot
Telur dadar SA masak
Ikan selar goreng SA yang goreng
Kicap cili dan bawang perah limau nipis untuk cicah ikan goreng SA buat
Ikan selar bakar housemate masak..
Rasanya kejadian ni masa hari Rabu minggu lepas...SA plak x masak lebih sebab SA ada makan- makan sempena farewell boss SA yang pencen tu..sekarang kami jarang makan sama sebab SA balik lambat selalu..kadang sempat masak untuk bekal je..lepas tu SA tak makan dah sebab dah makan pukul 6 petang..tak tau la bila dapat makan sama- sama semula..semalam SA balik pun dah lambat..sempat basuh baju je..lepas tu housemate dah tido dah...itulah kehidupan SA kat rumah sewa..takde yang menarik pun..excitement pun takde..dulu boleh gak tengok tv...la ni masing2 tgok netflix je la kat handphone..
Ingat nanti nak masak lagi la makan sama- sama..minggu depan kot kalau tak busy kat department baru...
seronok dapat makan sama2 dapat merapatkan ukhwah sesama housemate :)
ReplyDeleteseronok jugak masak dan makan ramai2 ni kan SA, cuma tulah kekangan masa pulak kan... masing-masing masa kerja tak sama
ReplyDeletemenu simple but nampak sedap je...
ReplyDeleteMasak sama-sama boleh eratkan silaturrahmi. Kenal dapat ketika borak.
ReplyDeletebest ada housemate sekepala macam ni. Kalau Cik Nor dlu..yg sbilik jer sekepala..yg lain tgk muka mcm nak marah..huhu
ReplyDeleteMesti riuh rendah time masak tu..
ReplyDeletewah makan ramai2 ni memang lah sangat best. sebab makan berebut. jadi bertambah2 nasi ^_^
ReplyDeletedapat housemate yang sekepala memang best
ReplyDeleteWak kalau takde lauk, telur dadar pun cukup.
ReplyDeleteDapat rumate yang sekepala best SA.
ReplyDeleteKalo di negeri awak itu ikan tongkallah
ReplyDeleteSeronok masak ramai ramai
ReplyDeleteaida ada gak memori masak2 dgn housemate.
ReplyDeletedulu time berkelana keje di jb.
serumah ada 5 org. semua para isteri yg jauh dari suami :)
seronok.
sempat la merasa sebulan Ramadhan. masak2 utk berbuka dan bersahur.
best!