Tuesday, February 18, 2020

Al Fatihah ~ Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung



PELAKON Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

12 comments:

  1. alfatihah..tu la terbaca brita ni time bfast td..pernah jmpa die time tu mkn2 kt bukit jelutong tp die ngan ank & parent, wife die tkde time tu

    ReplyDelete
  2. Innalilahiwainnailaihirojiun..
    Salam takziah buat seluruh ahli keluarga..

    Terkejut juga baca kat group WA...

    ReplyDelete
  3. innalillahiwaninnailahirojiunn..
    baya saya arwah ni.

    ReplyDelete
  4. buka je pc td terus nampak berita pasal ni.
    salam takziah buat BCL sekeluarga
    alfatihah

    ReplyDelete
  5. Allahu...innalillahi wa inna ilaihi rajiuun....terkejutnya dapat tahu berita ni..moga BCL dan family tabah menghadapi ujian kehilangan..

    ReplyDelete
  6. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. alfatihah

    ReplyDelete
  7. Innalillah. Moga rohnya bersama orang yang beriman.

    ReplyDelete
  8. Innalilah.. semoga ditempatkan bersama orang yang diredhai Allah. Terkejut juga baca berita pagi tadi SA..

    ReplyDelete
  9. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau..

    ReplyDelete
  10. Innalillahiwainnailaihirojiuun. Tak sangka bila dengar berita ni

    ReplyDelete
  11. Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Al-fatihah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......