Monday, February 10, 2020

Abam Bocey Meninggal..Tiada Lagi Gemuk Is Awesome....

Assalammualaikum...

Negara kehilangan pelawak yang disayangi ramai...Alfatihah buat Abam Bocey...sesungguhnya berita ini amat menyedihkan dan memeranjatkan semua peminatnya di Malaysia...semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....



PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

15 comments:

  1. Memang terkejut. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. innalilah...Moga Allah menempatkan pelawak kesukaan saya di kalangan orang2 beriman...amin...

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. Kita yang tak kenal rapat pun rasa sedih, tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga dan rakan-rakan arwah. Orang baik memang Tuhan ambil dulu kan. Alfatihah

    ReplyDelete
  5. salam takziah buat keluarga Abam, ramai yang sayang arwah kan SA

    ReplyDelete
  6. salam takziah untuk keluarga Abam. Terkejut sangat.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainna ilaihi rojiun mmg terkejut sgt tadi bila baca Berita ni

    ReplyDelete
  8. langit pun mendung sepanjang hari ni..
    semoga tenang disana dan insyallah ditempatkan dalam kalangan dikasihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.
      awan berat. just hujan tak turun membasahi bumi jer.

      Delete
  9. memang terkejut dengar berita ni. kematiannya dirasai rmai org..umur sebaya ida..Allah..takziah pada keluarga Abam

    ReplyDelete
  10. terkejut dpt brita ni smlm..alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  11. al-fatihah untuk arwah abam bocey

    ReplyDelete
  12. Masa tahu arwah meninggal terkejut jugak saya kak. Dah lah masa tu orang semua sibuk dengan AJL 34 kan. Sekali bila berita abam bocey meninggal kecoh semua sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. sgt terkejut.
      pepagi dah heboh dlm grup wasap Aida, mimie.
      mcm tak percaya pun ada.

      Delete
  13. sayuuuuu :(
    moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
    kagum dgn arwah.
    kebaikan arwah. terbuka tgn dia bersedekah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......