Saturday, February 29, 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.


Dalam kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok.

“Istana Negara hari ini menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

“Selepas mendapat representasi semua, pada hebat Seri Padu, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiadddin (Muhyiddin) Md Yassin,” katanya.

Menu Sarapan 29 February 2020

Hi korang...

Sape birthday hari ni? anniversary ke...tahun ni tahun lompat kan..Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.

Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.

So..ada ke readers dan follower SA lahir hari ni? Rare kan.....

So apa aktiviti korang hari ni? SA biasa la pagi bangun pi jogging ..lepas tu buat sarapan...hari ni tema tema masakan untuk sarapan very the easy peasy...buat cekodok je..cicah dengan tempoyak cili dan left over kari ikam kembung malam tadi...huiiii sodap......


Cekodok ikan bilis


Tempoyak cili


Left over kari ikan kembung...

SA ada masalah buat cekodok ikan bilis atau apa cekodok sekali pun..tepung gandum sekarang ni macam xde kualiti...kejadiannya keras...korang perasan x? ke kena campur bancuhan tu dengan tepung jagung...baru dia lembut. Adakala SA campur telur kalau nak tekstur cekodok tu lembut. Tak pun SA letak mauripan skit...pelik tau...tapi dh buat...liat atau keras macam mana pun tetap kena makan la kan....takkan nak buang....ye tak?

Korang kalau tau cara macam mana nak lembutkan tepung cekodok share kat sini eh...bukan apa..Mak SA tu dh la xde gigi .guna gigi palsu..so x nikmat dia nak makan..kesian kat dia...

Friday, February 28, 2020

Dikelilingi Anak Buah On Weekend..

Hi korang....

Weekend lepas SA jumpa diorang ni semua....ada yang balik...so tak la boring..anak dara SA tu macam biasa la weekend memang memerap dalam bilik study...2-3 kali SA tinjau memang dia leka study...turun bawah pun untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang je...riuh rendah rumah kalau anak- anak buah balik...baik lelaki baik perempuan semua melasak...lari sana sini dan yang pastinya akan bergaduh jugak la..biasa la nama pun budak- budak kan....

Masa lepak- lepak kat depan tv tetiba rasa nak pi jogging...terus cakap..siapa nak teman mama pergi jogging...wahhh...Dida ngan Opick melompat- lompat..tak padan kecik si Opick tu...nak ikut....SA x bagi Opick ikut sebab susah nak control dia kang...dia suka lari meluru laju tak terdaya SA nak mengejarnya...tak jadi jogging SA kang..tapi dia nak ikut jugak...ibu dia pun cakap bawak la mama.....aduhai..dia buat muka kesian plak masa tu...terus SA cakap Opick kalau nak ikut mama kena kiss mama dulu....terus dia kisss....sabar jer la....ajak jugak la kakak Dania...senang dia nak tengok - tengokkan adik2 sepupu dia main permainan while mama jogging 3-4 round padang permainan tu...


Dida dan Opick


Si bujang SA yang lasak yarabbi ni...


bukan main suka main gelongsor


Mamalong diorang jogging...brisk walk..sampai berjurai- jurai peluh...lega rasa dapat jogging


Dengan Tiara adik si Opick...SA nak tido di kacau...dia ni boleh tahan lasak gak ni

Itu lah rutin SA time weekend kalau tak kemana...minggu ni tak tau la diorang ni balik ke tak...kalau tak balik sunyi la rumah...bila balik riuh rendah...minggu ni SA takde agenda kat rumah..tak tau la..biasanya aktiviti adhoc..maybe masak- masak...maybe nak buat popia sayur Dania request...maybe nak buat mee goreng kerang ke...eh..banyak plak agenda..x tau la lagi..kalau ada entry update dari SA tu ada la aktiviti...

Kisah akasia MRT SA pun makin hangat...post pasal tu je cecah banyak betul likes and komen...tapi tu la..masih ada kesinambungan la selagi tak jumpa point sebenar mamat tu kan..maybe dia nak kenal..atau mungkinkah dia agent insurance macam yang SA kena sebelum2 ni...atau dia mmg suka tgok perempuan membaca..eh..x tau la...kita tunggu lagi la eh...hari ni jumpa dia tapi dia dah naik train dan SA lewat seminit pintu train dah tutup...wakaka...takde la rasa frust ke apa sebab dari dalam train mamat tu senyum dan lambai kat SA..hahahaa....so to be continue la nampaknya....korang yang mengikuti kisah ni sila sabar tunggu sambungan part 5 eh.....hahahaha...

Thursday, February 27, 2020

Novel Fixi TELAGA Nukilan Ex Officemate Khairi Mohamad

Hi korang,

Pernah baca novel Fixi?

Buku Fixi bukan lagi satu jenama yang boleh dipandang enteng. Selepas empat tahun ditubuhkan dan puluhan senarai bestseller, kini karya-karyanya mampu berdiri sebaris dengan penerbitan utama lain di Malaysia. Khas buat mereka yang tidak biasa dengan penerbit novel urban kontemporari ini, sebenarnya ada banyak aje novel di pasaran. Rakan sekerja SA sendiri merupakan penulis untuk novel Fixi ni. So sebagai sokongan SA beli novel terbaru beliau iaitu TELAGA. SA tak sempat dan takde masa langsung nak pergi PBAKL baru- baru ni..so Khairi Mohamad datang ke office SA hantarkan novel- novel kepada kengkawan. Cumanya SA tak sempat jumpa dia la..kalau tak sure boleh bergambar dengan dia...Sebelum ni Khairi Mohamad merupakan salah seorang Engineer kat sini dan baru jer sebulan menamatkan perjuangan beliau sebagai Engineer..



Untuk pembaca matang katanya...tapi SA penakut..macam mana?


Sedikit tandatangan


Ni la penulisnya...


Muka orang happy dah tak kerja lagi..hahaha..

Buat Khairi Mohamad, thanks for the novel...nanti kakak baca ye...semoga kakak kuat semangat baca novel ni..dah beli tanda support for sure kena baca la kan...lepas ni boleh cari novel- novel dia yang lain plak...memang tau dia penulis novel tapi tak pernah beli lagi..

Novel Fixi ni setanding dengan novel- novel cinta yang lain juga kalau korang nak tau. Novel fixi ni telah digarap menjadi adaptasi di layar perak oleh Grand Brilliance. Antaranya adalah ‘Pecah’ dan ‘KL Zombi’ yang ditayangkan pada tahun 2013. Haaa menarik kan..mana tau lepas ni ada plak naskah baru novel- novel Fixi dijadikan drama adaptasi...

Slot Akasia MRT

Hi korang...

SA nak share kat sini tentang slot akasia MRT yang SA alami 2 hari kebelakangan ni...ikutkan hari ni patut masuk part 3 dah....kalau korang follow SA kat FB sure korang perasan timeline SA hangat skit 2-3 hari ni...tak pernah- pernah post SA cecah beratus like dan beratus komen...2 hari ni cecah uolls..hahaha...ini bukan cerita rekaan eh...ini betul- betulan tau.....bukan kisah syok sendiri macam ada yang msg SA kat messenger. Ada sorang hamba allah ni cakap SA nampak macam menggeletis sangat up cerita macam tu better kekalkan status SA yang clean je takde sebarang issue...Allah....SA up benda betul apa yang terjadi je pun ada yang cakap SA macam tu..amboii...tak sayang mulut nampak..SA buat status pun bukan nak tunjuk SA gatal ke, menggeletis ke...SA cuma share dengan readers dan followers SA benda yang pada SA kelakar, benda kelakar yang terjadi dalam hidup SA selama 42 tahun ni kan....alaaa...relax la..SA tau la SA dah tua...tua tak semestinya tak leh nak happy- happy kan....sedey la kalau nak bermuram durja je....

Meh tengok post SA yang SA up 2 hari ni....


Part 1 - Selasa


Part 2 - Rabu


Part 3 Tergantung hari ni...

Buat yang msg SA tu dan cakap SA macam tu...takpe la..SA tau awak readers dan followers SA...thanks support SA selama ni...SA tak kisah dan tak kecik hati pun dengan ayat awak..SA anggap sebagai satu nasihat buat SA...terima kasih atas keprihatinan awak...kalau awak baca entry SA hari ni...SA maafkan awak dan SA tak berkecil hati pun sebab SA rasa SA tak buat salah pun...SA up post tu hanya untuk hiburan...itulah namanya media sosial...platform ni hanya untuk hiburan, bukan untuk terlalu serius..mungkin maksud awak tu betul dan ada baiknya tapi jangan amik serius sangat...ok?

So part 3 tergantung hari ni...SA lambat naik MRT sebab area Sungai Buloh jammed teruk hari ni...SA naik MRT pukul 8.10 pagi ni...selalunya dalam 7.55 pagi SA dan naik MRT dah...kita tengok kesudahan Akasia ni macam mana...masih panjang atau terhenti begitu sahaja...buat readers SA..sabar..kita tunggu esok ye......apakah ada sambungan siri akasia MRT ni?

Wednesday, February 26, 2020

Sinopsis Bukan Dia Tapi Aku ~ Eka Fahara

Hi korang..

Yeay SA dah habis baca dah novel yang ke 5 untuk bulan ni...jalan cerita best cuma ada la sedikit typo yang pada SA sedikit pun tak mengganggu pembacaan SA...novel yang ni SA berjaya habiskan dalam masa 2 hari...now dah start dengan novel lain plak...


Tajuk : Bukan Dia Tapi Aku
Penulis : Eka Fahara
Penerbit: Alaf 21
Harga : RM25.00




Sinopsis

Pernikahan Zariq Fahri dan Lisa Erina terjadi tanpa dirancang. Disebabkan satu kemalangan kereta, Zariq menikahi Lisa tanpa kerelaan hati gadis itu. Hakikatnya Zariq lupa bahawa Lisa merupakan kekasih Iqbal, sahabatnya. Namun disebabkan cintanya pada gadis itu sudah tidak dapat ditahan, inilah peluang yang perlu diambil. Dia mahu bertanggungjawab atas kemalangan itu.

Lisa pula terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami kerana desakan ibu bapanya. Dia cuba menyambut huluran kasih Zariq namun dia tidak mampu. Jiwanya sering dibelenggu rasa bersalah kerana Nadira, kawan baiknya sendiri menyukai lelaki itu. Dia takut dituduh perampas!

Hatinya pula tidak tenang bila wajah Iqbal yang jauh di perantauan sering bermain di matanya. Bayangan Nadira pula muncul dalam igauan ngerinya. Sampai bila dia harus menyembunyikan status mereka daripada Nadira dan Iqbal?

Apabila keikhlasan hati dan jodoh tidak bertemu di garisan takdir, wajarkah taat dan setia dijadikan pilihan? Lisa dalam dilema.

WW: Apa Itu Cinta?

Hi korang..

Cinta..

Apa itu cinta?Satu perkataan yang dieja dengan tiga huruf konsonan dan dua huruf vokal. Dengan lima huruf, percaya atau tidak, perkataan inilah yang dibicarakan oleh setiap manusia di seluruh dunia. Semua orang perlukan cinta. Semua orang mahukan cinta. Bagaimana dengan SA? Adakah SA juga perlukan cinta? Bagi orang selain SA, jatuh cinta sesuatu yang sangat mudah. Hanya digerakkan dengan naluri dan sedikit nafsu tanpa perlu adanya alasan dan dan ulasan. Yang ada hanya kegembiraan dan harapan. kata orang cinta itu datang dengan sendirinya dalam hati. Datangnya membawa bahagia dan kegembiraan dalam hidup.



Namun adakalanya cinta perlu dicari. Ringkasnya untuk bahagia kita perlukan cinta. Jadi haruskah SA mencari? Bagaimana nak mencari sedangkan SA tidak tahu rupa bentuk cinta. 

Apakah cinta itu Mitos?

SA tak percaya ke pada kewujudan Cinta?

Maaf..pada SA cinta itu hanya mitos. Mungkin disebabkan SA gagal dalam bercinta ia memberi impak yang besar. Cinta memberi harapan palsu kepada yang berharap, memberikan nama pada rasa teruja, rasa  yang didorong oleh hormon dalam suatu jangka masa tertentu.

Tetapi, sekiranya Cinta itu mitos semata, mengapa ada yang berbahagia kerana cinta? kenapa masih ramai yang berharap pada kewujudan dan keajaibannya?


Nukilan insan yang pernah terluka kerana CINTA.....Suria Amanda

Tuesday, February 25, 2020

Butang Blazer Tercabut, SA Menjahit Kat Office...

Hi korang..

Ekceli Jumaat lepas butang blazer SA ni tercabut...mencari jugak benang dan jarum..tapi ari tu pindah workstation tak tau letak mana dah...kat rumah sewa SA memang ada jarum dan benang..satu box..terus bawak pi opis..hahaha...sampai je tadi SA terus jahit balik butang yang tercabut tu..nak masukkan benang kat jarum punya la susah..tak masuk- masuk..geram je...pas tu tengah jahit tercucuk jari plak....alahai....nampak sangat dah lama tak menjahit kan..sakit giler tercucuk jari...sabar je la hati...


Masa mula2 jahit..kang kalau tgh jahit macam mana plak nak dapat gambar macam ni kan...


Dah siap...


Baru bleh pakai semula...hahaha...

Kat office ni sejuk aircond..sebab tu SA pakai blazer..kat luar cuaca panas terik..bawak sampai ke rumah malam- malam memang panas..siap berpeluh SA memalam..dan malam tadi tak pernah- pernah SA buat...pukul 1am SA basahkan satu badan...baru la bleh nyenyak tido..kalau tak...confirm sampai pagi SA tak dapat tido...
Berbalik pada hal menjahit kat opis pagi tadi..sebenarnya jarum dan benang ni sangat penting dan kena ada kat office, kita tak tahu kadang- kadang emergency kan...seluar terkoyak ke..baju terkoyak ke..sekurang-kurangnya boleh membantu...pernah la kawan lelaki kat office ni terkoyak seluarnya...then dia tak reti menjahit..memang dia mintak tolong SA la..eh macam mana plak kan? SA suruh dia pi toilet, buka seluar tu..then suruh kawan lelaki lain ambil seluar dia dan SA tolong jahitkan..takkan SA nak suruh dia buka seluar depan SA plak kan?tak logik plak jadinya....

Menu Hari Ahad Dapur Suriaamanda

Hi korang...

Ahad lepas SA sempat masak sikit untuk tengahari dan petang SA masak untuk bekal hari Isnin....hari Ahad SA x kemana pun..keluar sekejap pergi Zemart beli lauk untuk masak tengahari...SA beli Ikan Siakap..Mak teringin nak makan ikan siakap masak lemak cili api campur petai kikis...petai kikis? ye...petai tu tak dibuang kulitnya tapi di kikis luaran kulit tu..nanti la akalu SA ada masa SA tunjuk kat sini. Kebetulan besan Perlis dia bagi petai banyak...meriah la lauk pauk letak petai...

Jom la kita tengok gambar...SA busy membawang minggu ni....so..tak banyak entry SA up..nak plak takde langsung entry review tahun ni...dan takde jemputan dah..maybe SA dah mengalami zaman kejatuhan...so takde dah jemputan apa2 pun...kalau ada pun tak dapat pergi sebab SA kerja...event banyak hari biasa..kalau weekend pun tak dapat nak pergi sebab ada tanggungjawab lain kan....


Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Campur Petai Kikis


Ayam Goreng untuk anak- anak


Sayur bayam goreng


Sambal sotong petai untuk bekal


Asingkan sikit untuk bekal


Ikan Selar Papan goreng berlada...amik seketul je untuk bekal 

Lately ni SA jarang- jarang bawa bekal pergi kerja...kemalasan pun ye jugak...lagi satu kat rumah sewa SA x sempat lagi nak beli apa pun keperluan dapur..ada beras je sikit beli pek kecik...tengok la kalau balik awal kerja SA masak la untuk bekal...takde masa nak singgah beli barang asah..bawang apa segala pun dah tinggal sikit tu...SA hanya akan bawa bekal untuk makan tengahari je...pagi SA sekarang amalkan makan roti wholemeal..dan petang pun makan roti..malam SA memang tak makan..last meal SA sblom kul 8 malam...sekarang inch dah banyak kurang..berat masih mantain 59kg - 60kg..hahaha...

Monday, February 24, 2020

Aidan Di Serang Chicken Pox...

Hi korang..

Kesiannya Aidan....luluh hati tengok dia kena chicken pox ni...tak boleh elak kan..memang seumur hidup pasti kena sekali...ada jugak yang kena 2 kali...chicken pox ni biar kena time kecik..jangan la kena time besar..cacat muka dan badan...ada jer kengkawan SA kena time dh besar dan pernah ada kawan SA kena time dia pregnant...kesian betul...

So Khamis lepas dapat message dari Ibu si Aidan...risaunya SA...kesian tengok dia dalam gambar ni sebab chicken pox tu ada tumbuh area mata...macam- macam petua yang atuk dan uwan dia sebut...tapi knowing Aidan dia langsung tak nak sapu ubat..pergi klinik pun dia bantai meraung satu dunia sampai muntah- muntah. Tak paham kenapa dia takut sangat pi klinik..nasib baik dah lama sikit dia ok bila doktor pandai pujuk budak- budak...


Ibu dia cakap habis la satu badan termasuk la kat kawan bebird dia...kesian anak bujang mama ni...dah la seminggu tak jumpa dia...rindu mama nak peluk dia..tapi tu la..x nak berjangkit dengan yang lain makanya simpan la rindu kat Aidan ni...sepanjang masa SA akan voice call dia je...dalam pada kena chicken pox tu dia lasak jugak..macam tak sakit langsung...

Semalam rakan Doc SA iaitu Doctor FB Khairul Faizie ada share checklist chicken pox...meh baca meh...

Chicken pox checklist:

1- Jangan mandi.
Mandi la woii....busuk tak mandi. Segala kulit kering tu kau tak mandi macam mana nak bersih. Kau tak mandi dan garu2 kulit tu yang boleh menyebabkan punca no (2) & (3) ie bernanah & parut hitam.

2- Jangan makan telur, nanti nanah.
Telur masuk perut, dihadam. Tak tahu lah kalau kau makan telur, telur tu terus pergi kat kulit.

3- Jangan makan kicap, nanti parut hitam.
Pun sama, kicap masuk ke perut, tak tahulah kicap tu dari mulut kau telan terus meresap dalam kulit.

4- Jangan makan benda berminyak / bergoreng. Paling power, jangan ada orang masak goreng2 dalam rumah.
Eloklah, sempena kena chicken pox kau insaf nak kurangkan minyak dalam masakan. Dah elok chicken pox nanti terus istiqomah ya amalan makan macam ni.

5- Nak minum air kelapa.
Minum lah, takde hal. Tapi air lain macam teh tarik, milo ais, sirap bandung & bobba tea pun boleh minum. Paling ringkas, sihat & murah - air kosong je dik.

Haaa...kisahnya...xde pantang larang pun bab chicken pox ni...yang penting kena jaga kebersihan je untuk proses healing yang cepat...kalau dulu memang la masa SA kena...semua tak boleh makan...makanan bergoreng apa segala memang tak boleh...curi2 makan tak boleh...bengang tau..the best part time tu la diorang kat rumah makan sedap- sedap...roti canai la..apa la..SA plak kena makan yang rebus- rebus je...rupanya semua tu takde kena mengena. Eh ingat lagi tau mak abah tak bagi SA mandi...huwaaaaaa.....SA kena game rupanya...stressss...bila citer kat mak abah malam tadi kan...diorang bantai gelak....sampai hati tau....

Sunday, February 23, 2020

Apabila Mark Adam Jawab Salam SA

Hi korang...

Semalam bukan main pemalas nak update blog...hari ni rajin skit sebab SA dah x pening dah...semalam migrain skit....hari ni Saa buat quick update ye...semalam SA ada ada k kat fb kawan SA si Saiful Azmi Jamsari tu...sapa tu? Alaaa..yg selebriti 999 ngan Citer seram kat TV3 tu...dia ni dulu PR artis aan SA kenal dia pun masa SA jadi PR dulu...kami selalu bekerjasama..so kawan la sampai sekarang..

Dipendekkan cerita Saiful ada up gambar dengan Mark Adam dan anggota kumpulan Zero yg SA lupa nama dia..sorry..SA komen suruh kirim salam kat Mark Adam sbb SA minat dia...and x sangka plak dia record Mark Adam jawab salam...perghhhh....




Nasib la SA cuma bleh screenshot je..x leh nak copy video letak kat sini...thanks Abam Saiful....seronok kakak semalam...thanks to Mark Adam too...diorang ada teater komedi Seram hujung bulan ni kat Istana Budaya.. insha'Allah kalau ada kelapangan boleh la pergi...All the best to Mark Adam and the rest...seronok betul dia jawab salam...hahaha...

Friday, February 21, 2020

Sinopsis Novel Aku Ada Dia ~ Lynn Alyna

Hi korang..

SA dah habis sebuah lagi novel best keluaran Kaki Novel..dan ada jugak tertumpah air mata ni ha..as usual bila terlalu menghayati...

Tajuk : Aku Ada Dia
Penulis : Lynn Allyna
Harga : RM22.00



Ayu Harlina pasrah. Demi anaknya, dia rela melepaskan Engku Fareez. Enam tahun berlalu... dan takdir menemukan mereka sekali lagi. Walaupun cinta masih ada di hati mereka, tapi keadaan menghalang.

Engku Fareez berusaha untuk memujuk, tapi hati Ayu Harlina masih ragu-ragu. Cukuplah dia rasa rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu hancur. Dia tak mahu jadi parasit yang mungkin akan hancurkan rumah tangga orang lain pula.

“Abang... jangan main-main boleh tak?” Dia tak suka dan tak selesa bercakap tentang hati dan perasaan dengan Engku Fareez. Keadaan dah berubah. Mereka bukannya suami isteri macam dulu. Tolonglah faham.

“Abang tak main-main. Sejak kali pertama abang jumpa Ayu dua minggu lepas, abang rasa makin rindu. Macam dah tak boleh ditahan-tahan. Kalau dulu, tak boleh jumpa sebab tak tahu Ayu kat mana, tapi bila dah jumpa semula ni memang abang tak mahu lepaskan peluang.” Jujur sahaja Engku Fareez membuat pengakuan.

“Abang... jangan buat Ayu rasa serba salah boleh tak? Abang dah ada keluarga sendiri, kita dah tak boleh jumpa macam ni. Kalau Hayfa atau keluarga Hayfa tahu macam mana? Kalau bonda abang tahu macam mana? Ayu tak sanggup kalau apa-apa jadi kat Hanania. Ayu tak sanggup, abang.”

“Ayu tak rindukan abang ke?”

Tapi mampukah dia menahan hati yang masih sarat dengan cinta? Siapa Sarah? Dan apa kaitan Hayfa dan Tengku Soraya dalam kehidupan mereka?

“Cintai Dia. Percayalah pada-Nya. Kerana Dia akan sentiasa ada untukmu.”

Bila Hati Tersentuh...

Hi korang...

Tajuk hari ni macam sesuatu plak kan...bab hati tersentuh ni bukan boleh dibuat main...ye hati SA sedang tersentuh atas beberapa kejadian yang menimpa..apa kejadian tu tak perlu la SA jelaskan kat sini...cuma sebagai seorang wanita, ada masa kita perlukan perhatian, perlukan kawan- kawan sekeliling untuk berbual mesra, berkongsi cerita sehingga la sampai satu ketika kawan yang dikatakan baik dengan kita walau tak lama kenal cakap kita macam- macam dan kata- kata nya sangat menyentuh hati...itu yang terjadi pada SA...rasa sedih sangat...rasa macam kau kawan dengan aku hanya nak menyakitkan hati aku ke...aku ni tempat kau lepaskan masalah aje ke sampai bila aku ada masalah dan cuba berkongsi aku kau kata poyo...mungkin pada dia ayat tu hanya satu gurauan tapi ada lagi ayat yang menyentuh hati yang dia lemparkan tanpa sedar atau dalam sedar...allahu...nampaknya kalau itu pandangan dia terhadap SA...baik SA jauhkan diri...sebab SA tak perlukan negative vibes dalam hidup SA. Takde kawan pun takpe..SA tak kisah...



SA malas nak rasa sedih sangat..SA nak lupakan dan malas nak ambil pusing..rasanya macam dah banyak SA bazir masa sejak mengenali dia...mungkin ada sebab dia kawan ngan SA...zaman sekarang susah kita nak percaya dalam bab berkawan..tak kisah la lelaki atau perempuan...kita cuma perlu lebih berhati- hati...luar sana ada ramai je yang cuba ambil kesempatan, ada je yang cuba menyakitkan hati..tak ada yang jujur dalam berkawan..ada keperluan dia cari la kita..takde keperluan dia sakitkan hati kita dan berlalu pergi...sifat manusia macam ni memang ramai...

Serius SA bangun sedikit lewat pagi ni...biasa pukul 6 pagi SA dah automatik bangun dah..pagi ni tersedar dah pukul 6.35 pagi...memang kelam kabut la bersiap...SA sempat pakai foundation je...selebihnya SA touch up kat office, nasib ada bag mekap kat office. SA pergi kerja pakai mask muka so orang tak perasan sangat SA tak mekap...

So korang...bila kita baik orang dekat..orang nak sangat berkawan..tapi tak selamanya...sebab kita tak tau tujuan orang tu...bila dah lama berkawan baru nampak tembelang...kita ni hanya dijadikan tempat untuk meluahkan masalah..bila kita pula ditempat dia..kita dikatakan macam- macam...sedih betul hati...ikutkan tak boleh terima apa yang dia katakan pada SA...tapi takpe la..SA dah biasa di didik untuk sentiasa memaafkan...SA maafkan dia..terima kasih sebab dia sudi menjadi kawan sekejap dalam hidup SA...elok la SA jauhkan diri..sebab pada SA dia menjadi kawan hanya untuk kepentingan...

SA  bukan antara wanita yang kuat, apabila diuji dengan kata- kata yang menyakitkan...SA hanya mampu MENANGIS untuk SA luahkan rasa itu...

Insyaallah....i'll be ok....

Thursday, February 20, 2020

KFC Promo RM20 Sempena 20022020

Hi korang...

Hari ni KFC buat promosi RM20 snack plate kan...SA pun makan gak KFC hari ni...patut makan lunch terus bawak ke teatime sebab lambat..kesian adik Intern kena beratur lama giler...dari kul 12 sampai pukul 3 lebih kot...kesian betul kat dia..rasa macam penderaan plak...eh..bukan penderaan..rasa macam buli plak..tapi bukan SA punya sorang...team kami yang punya...dia pun ok je masa kami mintak dia pergi belikan..


Ada 6 kotak..sayangnya kami x dapat roti tapi digantikan dengan french fries..


Mine

Memang sana- sini KFC penuh hari ni...ramai beratur..ada yang beratur sampai keluar outlet...gigih erk...kalau SA memang x gigih la nak beratur lama..ada jer kawan- kawan office SA yang beratur..nasib SA buat collection tadi..then tu yang suruh adik intern pi beli...dari sejam ke sejam tunggu tak balik- balik...risau gak..rupanya saf dia beratur panjang katanya...pandai dia buat lawak...ni la dia orang Malaysia kan..bab viral tu memang laju je....

Selfie 20022020 Simpan Sebagai Kenangan


Hi korang...

Tarikh hari ni cantik sangat kan...ramai yang meraikan hari istimewa hari ni...asa yang sambut hari lahir, ada yang melahirkan anak, ada yang bertunang dan ada juga nikah hari ni..tahniah buat korang semua...ada dua orang artis yang kahwin kan hari ni...Emma Maembong dan Zahirah Mc Wilson..

SA takde pun meraikan apa2 yang istimewa hari ni...hanya bersyukur masih dipanjangkan umur untuk bekerja dan berbakti kepada kedua-dua parent SA, untuk anak tunggal kesayangan dan tanggungjawab SA sebagai pekerja. Apa yang SA pohonkan pada allah swt agar SA terus diberikan kesihatan yang berpanjangan dan diberikan rezeki yang meluas...

So..korang ada ke meraikan hari-hari istimewa hari ni?

Wednesday, February 19, 2020

SA Dah Dapatkan Suntikan Vaccine Influenza

Hi korang...

Semalam SA dan rakan -rakan sekerja selamat mengambil suntikan vaksin influenza. Sekarang tengah banyak kes influenza A kan...so ramai yang dh kena...alternatif dari dari pihak syarikt mengadakan sessi vaccination ni untuk staff-staff yang ingin mendapatkan suntikkan. Suntikan vaksin ni kita boleh ambil setahun sekali tau..SA since dah elok dari H1N1 dulu memang ambil vaksin tapi bila perlu je la..ini dah kali ke 3 SA dapatkan suntikan..lepas ni nak buat untuk Dania plak...

Tak sakit ke cucuk vaksin ni? takde la sakit sebenarnya..malah rasa macam x sedar je jarum tu masuk kat lengan..tapi effect selepas tu. Semalam SA rasa lenguh -lenguh badan, nak demam, sakit kepala, loya dan dan mu dan kena cirit birit jugak..sekali semua SA tapau..pelik plak..sebelum ni just rasa nak demam je kalau amik suntikan ni...apapun harap ianya x berpanjangan...




SA pun x sedar sebenarnya ada gambar SA ni ha..kawan office SA yang curi -curi snap rupanya..sabar je la..nasib masa ni senonoh skit gambar..kalau x senonoh memang SA x share la..pas tu kawan SA  si cantik manis Paris Asyikin komen kat IG kata SA ni dah kurus sangat..takut dia x cam kalau jumpa nanti katanya...hahaha...kurus ke? kenapa SA x rasa kurus pun erk? berat maintain je...celah mana yang kurus kun x tau la SA...maybe inch je berkurang kot...Jangan beri harapan palsu ye Paris..hahaha..maybe dalam gambar je kot nampak kurus..yang benarnya x kurus pun...

So korang yang masih belum dapatkan suntikan Vaksin Influenza maybe boleh check dengan klinik berhampiran korang ..dapatkan cepat sebab vaksin ni limited ..cegah sebelum parah kan..berikan suntikan ni pada anak-anak jugak...kesian kalau anak2 kita terkena jangkitan influenza A...baru-baru ni kan banyak kes influenza A ni dikalangan anak-anak...orang dewasa pun kena..nak plak sekarang dh ada virus baru.. Covid-19.. itu lagi menakutkan...so cepat check dengan klinik berhampiran..kalau-kalau stok vaccine ni dah ada semula..sebelum ni dh habis kan...

Tuesday, February 18, 2020

Check Dulu Sebelum Offer Job Review...

Hi korang...

Malam tadi kalau siapa yang follow FB SA sure tau apa yang berlaku sampai SA tak dapat tido malam..tak tido bukan sebab apa...balik kerja memang dah letih betul...sebelum tidur memang SA baring- baring tengok handphone dulu dan rasa nak check email sebab lama dah tak check..dapat la email request untuk review, diringkaskan cerita, dapat email dari silent reader SA yang nak SA review product milk booster, SA copy sikit ayat dia dan letak kat status FB. Itupun selepas SA gelak kuat malam tadi..terasa nak share kat FB tapi SA x expose nama silent reader tu la..tak sangka plak jadi ramai yang response..hehehe..pada SA ini memang lawak la sepanjang SA bergelar blogger..lawak sebab dia kata dia silent reader tapi dia tak kenal pun SA ni sape...maybe dia pun tak sangka sebab SA selalu je up citer pasal anak buah SA yang kecik2 tu dan maybe dia tak tau pun SA ni Single Mom dah lama...mungkin selama ni dia ingat SA seorang ibu yang ada anak kecik kan...


So..untuk yang baru mengenali SA...SA sebenarnya ibu tunggal anak seorang. anak dara SA tu pun dah besar panjang dah....memang sorang ni jer la anak dara SA harta dunia akhirat. Yang lain- lain tu yang ada dalam blog, ig dan fb SA tu semuanya anak buah SA..Anak kepada adik- adik SA...


Ni haaa..anak dara kesayangan SA....


Masa ni dia umur 9 tahun kot..lupa dah...

Tapi sekarang....

Dia dah besar dah pun...umur nak masuk 16 tahun dah September nanti...



Bila ingat balik email tu...sampai hari ni SA duk tergelak...takpe la takde rezeki SA nak amik job tu. Tak sesuai untuk SA...SA dah jawab email tapi takde response pun...SA anggap takde rezeki dan insyaallah ada la rezeki SA yang lain...

Paling kelakar kalau baca komen...aduhai...korang pun made my day la dengan komen korang...ada yang kata kang bentan la...and macam- macam...tapi tu la..kalau SA simply2 ambil milk booster tu...kat mana plak SA nak arahkan untuk settlekan masalah banyak susu nanti...14 tahun oiii....14 tahun SA dah xde anak kecik...mustahil la SA nak accept job ni kan....kepada silent reader SA tu...terima kasih..kalau anda baca entry SA ni...maybe boleh email kat blogger lain kot...cari blogger yang betul- betul blog dia niche parenting...SA memang tak amik job yang takde kaitan dengan niche blog SA...

Al Fatihah ~ Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung



PELAKON Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Monday, February 17, 2020

Yeay!!! Berjaya Buat Kuih Sagu Mata Ikan..

Hi korang..

Entah apa yang sampuk SA semalam ntah..SA nak test buat kuih paling senang iaitu kuih sagu mata ikan...heyyyy..seronok betul sebab sennag giler dan gerenti menjadi ..SA buat seloyang je takut x habis kan....

Alhamdulillah...seronok...jadi cantik...cukup gedik dia...versi ni SA x buat manis manis sangat..korang pun tau kan SA ni cut sugar..balik dari econsave SA terus rendam sagu mata ikan tu..cuci dulu dan tapis..lepas tu rendam dalam satu jam....lepas dh 1 jam SA masukkan dalam loyang, then letak sirap serta gula..SA x tambah air sebab masa rendam tu dia dh kembang dan still ada air lagi..bila dh letak gula, gula tu akan cair kan...


masa ni dh letak sirap dan gula


Ni selepas dh kukus dalam 20-30 minit


Dah siap..dah sejukkan dan ddah gaul dengan kelapa putih yg dh letak garam skit....


Jadi kan?

Nanti boleh belajar buat kuih lain plak...haaa..punya la semangat nak belajar buat kuih kan....SA nak belajar buat kuih puteri ayu tu...tapi kena cari bekas dia tu kan....slow2 la belajar..dulu mak SA pandai buat macam-macam kuih...sekarang dh x sihat..kena la SA sendiri yang belajar...dia suruh SA buat popia basah..alahai...susah tu nak buat kulit dia lagi..bukan boleh guna kulit yg dh sedia ada kat kedai....nanti la SA google lagi erk....

Sunday, February 16, 2020

Menu Ahad 16 February 2020

Hi korang..

Ada plak yang request nak makan masak lemak telur itik...permintaan anak buah SA si Dida...jarang dengar budak kecik suka makan masak lemak telur itik ni...so layan la...perik pucuk ubi kat tepi jalan je..itu part atuk..atuk yang volunteer nak pi cari pucuk ubi...kang kalau beli kat kedai...daun ubi je dapat..pucuk ubi dapat sikit je ...hari ni masak simple2 je..malas nak masak beria...petang kang la SA nak buat paru goreng berlada untuk bekal pi kerja esok...Itupun kalau rajin nak buat...cadangnya petang kang kak pi jogging...

jom tengok lauk SA masak...




so simple je la....

Mommy Dida balik tadi and goreng ikan untuk anak-anak makan...SA dh masak ni kenyang so tunggu la dulu perut lapar betul baru makan...petang ni SA buat kuih sagu mata ikan...percubaan pertama SA..ye la SA ni x pandai pun buat kuih...kuih simple2 boleh la ..ni SA teringin nak makan...cara buat pun senang je..SA google kaedahnya...hahaha.....nanti SA share kejadian dia erk...elok jadi ke x..hahaha.... tengok masa google x complicated mana pun...bahan pun senang je...