Tuesday, January 7, 2020

Syndrom Bila Terlampau Penat Susah Nak Tido

Hi korang...

SA ada satu masalah lately ni...bila penat sangat memang tak boleh tido, dalam pukul 2-3 pagi baru terlelap. tak tau la kenapa macam tu..sedangkan orang lain kalau terlampau penat letak kepala atas bantal je dah hanyut ke dunia mana dah kan..kadang-kadang jadi penat bila keesokan paginya..bila dah penat bertambah- tambah penat mula la x produktif, kejap- kejap mengantuk, kejap- kejap sakit kepala, bad mood kan.. Macam- macam SA dah cuba buat dah...cuba pelbagai tips pun tak membantu..Sebab tu SA takut sangat kalau penat..bukan takut apa..just takut tak boleh tidur..sebelum ni okey jer SA boleh tido. Maybe 2 minggu lepas SA berulang balik Seremban kan..so waktu tidur SA agak berubah.Kalau kat rumah sewa dalam pukul 9.30 SA dah tido dah...kalau balik Seremban memang lambat la SA tidur, tengok tv dan borak ngan Mak Abah..so lari skit waktu tidur tu...Apapun SA kena start manage la..takut nanti berlarutan dan akan effect kesihatan pulak.



Muka penat semalam sampai tak boleh tidur


SA ada terbaca tentang 10 punca sebenar kita susah tidur dan terpanggil nak share dengan korang..mana tau dalam 10 perkara ada yang selalu kita buat dan jadi habit so lepas ni kita kena buang punca yang membelenggu hidup kita supaya tidur kita teratur.

10 Punca Sebenar Kita Susah Tidur

Ada kebarangkalian bukan cappucino yang buat kita berjaga malam.Mustahil kan..

Baca selanjutnya untuk ketahui 10 halangan tidur yang kamu kena tinggalkan.

1. Suasana Sunyi Sepi

Bila terlalu sunyi, kamu lebih senang terjaga apabila ada bunyi, contohnya bila suami kamu bangun untuk ke tandas atau bunyi kereta di luar. Kamu boleh cuba hidupkan kipas berfungsi menenggelamkan bunyi yang mungkin mengganggu.

2. Teman Tidur Berbulu (Kucing)

Walaupun kamu tak mempunya alergi kepada haiwan belaan, sel mati dari kulit dan bulu binatang kesayangan akan terkumpul di katil lalu merengsa kan saluran hidung, membuatkan kamu berhingus dan terbersin sehingga terjaga. Bila kucing kamu bergerak-gerak semasa tidur juga tidak membantu. Kami tahu kamu suka peluknya, tapi belikan katil sendiri untuknya dan letak di bilik lain.

3. Jam Penggera Kamu

Kamu rasa tertarik untuk mengetahui jam berapa kamu masuk tidur. Lepas mengira berapa jam kamu dapat beradu sehingga keesokan pagi kamu akan rasa gelisah, menyebabkan kesukaran untuk relaks dan terlelap. Senang sahaja: Pusingkan jam penggera supaya kamu tak dapat tahu jam pukul berapa. Lebih penting lagi: Jauhi jam digital. Sesetengah skrin memantulkan cahaya yang membantutkan penghasilan melatonin lalu buat kamu jadi seperti cacing kepanasan.

4. Langsir Atau Tirai Tak Sesuai

Kalau langsir kamu terlalu singkat atau jarang, cahaya samar akan curi-curi masuk ke dalam kamar dan mengganggu penghasilan melatonin, hormon penting yang buat kamu mengantuk. Gantikan dengan langsir atau tirai yang mengikut ukuran, sebaik-baiknya yang dilabel blackout, iaitu dari fabrik atau material yang tebal (yang kamu harus cari: poliester bukan sutera).

5. Rancangan TV Mengasyikkan

Kalau sudah menjadi tabiat kamu mesti menonton sesuatu sebelum tidur, lebih baik kamu tonton rancangan yang tidak berat dan saksikan siri The Walking Dead lain kali. Menonton sesuatu yang merangsang adrenalin, seperti rancangan sukan atau berita 30 minit sebelum tidur, menyebabkan otak kamu cenderung berada dalam keadaan sedar lalu buat kamu jadi susah lelap.

6. Suhu Persekitaran

Jika kamu terlalu panas atau sejuk, tubuh kamu akan beri reaksi yang akan buat kamu terjaga. Suhu bilik yang sesuai untuk tidur adalah antara 18 sehingga 24 darjah Celcius, bergantung kepada keselesaan kamu. Pilih selimut dan cadar berasaskan kapas – material ini membantu peredaran udara dan mengekalkan suhu yang selesa ketika berselimut. Sekiranya suhu badan kamu cenderung untuk meningkat ketika tidur, guna cadar yang meresap lembapan dan baju tidur yang menyerap peluh supaya kamu kekal sejuk sepanjang malam.

7. Warna Dinding Bilik

Warna jingga atau biru elektrik memang menjadi kegilaan kamu, tapi warna seperti ini akan buat kamu sukar untuk lelap. Warna terang bertujuan untuk buat kamu bersemangat dan memberi inspirasi, oleh itu bila kamu dikelilingi dengan warna merah, jingga atau biru terang, kamu lebih susah untuk rasa tenteram. Cat dinding kamar tidur kamu dengan warna yang lembut dan tenang, seperti warna tanah, yang akan buat sistem tubuh kamu rileks secara semula jadi.

8. Telefon Bimbit

Skrin bercahaya dan jam digital adalah salah satu pengganggu tidur nyenyak kamu. Gerak hati kamu yang berkata kamu mungkin menerima panggilan atau mesej pesanan ringkas juga akan menyebabkan kamu gelisah dan sukar hendak biar otak berehat. Kami tahu kamu sudah terbiasa, tapi cuba matikan telefon pintar kamu sebelum masuk tidur.

9. Cahaya Dari Komputer Riba Atau Tablet

Jika kamu tidur hanya beberapa inci dari komputer, cahaya dari skrin akan menghalang pengeluaran melatonin, lalu buat kamu berjaga. Matikan komputer riba kamu atau tablet sekurang-kurangnya sejam sebelum masa tidur. Kalau kamu jenis yang gemar membaca sebelum tidur, beli Kindle, yang tidak menggunakan paparan cahaya belakang, atau baca saja buku sebenar atau majalah (yang diterangi dengan lampu yang malap).

10. Barang Bersepah

Barangan yang berselerak secara tidak sengaja akan buat kamu resah atau teringat kepada perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran, seperti tugasan yang kamu tangguh. Kadar denyutan jantung akan bertambah dan meningkatkan tahap hormon stres, lalu menghalang kamu untuk dibuai mimpi. Tak semestinya kamu harus jadi seorang ‘hoarder’ baru kamu terasa begini – baju berlonggok, barang-barang ‘shopping’, dan timbunan majalah akan buat kamu susah menjengah ke alam mimpi


21 comments:

  1. Haah kalau terlampau penat atau hari itu ada masalah datang memang tak boleh tidur.
    Harap SA dapat tidur awal semula.

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang macam Otomen jugak sekarang ni susah die tido. Tapi LeYa bak kate otomen kadang2 siap dengkuran lagi ada.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. saya pun pernah jugak jadi macam ni - badan penat sangat tapi tak boleh tido. Ada jugak scientific research cakap pasal benda ni. Sebab tu kalau budak2, kalau nak suruh tido awal/cepat jangan bagi diaorang penat sgt. Sebab kalau penat sangat, diaorang akan susah nak tido.

    ReplyDelete
  4. aku lak..asal letak kepala tidurrr hahahhaa

    ReplyDelete
  5. dana jenis orang yang senang tidur, lagi lah kalau siang tu dah penat, letak kepala pejam mata je sedar-sedar dah gelap dah semua dah tidur. Cuma dana ni tak boleh tidur lewat sangat, kang mata jadi takmo lelap... huhuhuhu kene tunggu lama baru lelap

    ReplyDelete
  6. Sama lah kita kak..lately ni kemain susah nak tido. Haru sungguh rasanya.

    ReplyDelete
  7. Sama juga dengan Kak Sue nie SA.. mungkin masa tido tu berubah. Hari tu dok borak sakan dengan kawan-kawan tak sedar rupanya dah awal pagi.. jawabnya hari berikutnya dah nak kena tunggu lewat pagi baru terlelap.. huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. selalunya kalau penat sangat mmg boleh lelap terus kalau letak kepala kat bantal.. mungkin SA jetlag kot (Seremban-KL-Seremban) hihihi

    ReplyDelete
  9. Bab tv ngan telefon bimbit tula yang paling buat susah nak tidur malam.. Huhuhu

    ReplyDelete
  10. Nieyl so far kalau penat memang akan tidur, letak la dekat mana pasti akan tidur.. Sebab kalau dah penat, makan pun kadang2 nieyl x lalu..Nieyl jenis yang jarang susah nak tidur..hehehe

    ReplyDelete
  11. Cik Nor klu mengantuk sangat dpn tv pun blh tdo..haha..klu klu sampai time xngantuk..ayam berkokok bru nak lena..:)

    ReplyDelete
  12. Jika kita renungkan hikmah di sebaliknya kalau tak boleh tidur malam... Kita boleh buat solat tahjud, hajat, dan sebagainya... Insya allah, selepas solat boleh tidur lena...

    ReplyDelete
  13. kita kalo penat mmg cpt ngantuk...skarang pn lps isyak dh zzzzzzz

    ReplyDelete
  14. hp perkara paling utama kena letak jauh kalau nak tido. hehe

    ReplyDelete
  15. nombor dua tu memang...saya pun kadang2 tidur dengan kucing, ada seekor je yang selalu tido ngan saya..padahal saya ni ada resdung, kena elak benda berbulu ni..hahahah..akibatnya, pagi2 or kalo terjaga tengah malam, memang berair2 la hidung sampai bersin2...huhuhu

    ReplyDelete
  16. saya pernah kena tahun lepas..jenuh pusing kanan, pusing kiri tak mau tidur. main handphone..lps tu rasa ganggu, letak sebelah. eh sama gak tak nak ngantuk..penyudahnya lagi 5 minit kul 6pg baru nak terlelap..sabar je la..ingt malas nak pi kerja tapi fikirkan sayang cuti, gigih gak pi ofis.

    ReplyDelete
  17. Saya selalunya sebab nombor satu. Tengah tidur pun boleh terbangun bila ada bunyi.

    ReplyDelete
  18. Saya tidur x lena sebab suhu tu kak... Sekarang ni malam pun rasa panas. Dah mandi malam pun panas

    ReplyDelete
  19. Selalunya akak kalau dah penat , nampak bantal je memang lena. Tapi kalau terjaga tengah malam memang dah susah nak tidur balik. Kalau takde orang kat rumah lagilah susah nak lelap.

    ReplyDelete
  20. Mmg betul.. skp tahap letih sgt tp mata xnak lelap.. aduhhh liez mmg klau mcm ni memang kluar bilik, pasang tv.. xlama lepas tu tido la... hihihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......