source from google
Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.
Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.
Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.
Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.
Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.
Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.
Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.
Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab.
Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.
#SALINTAMPAL
selamat tahun baru SA
ReplyDeleteada terbaca kt blog maria jugak pasal entry nih, memang sedih menitik air mata...
ReplyDeletemak is the best!!
ReplyDeleteSobs..sobs..sobs... Mrs. A pun touching baca.
ReplyDeleteSemoga kita tergolong dalam anak-anak yang berbakti kepada ibubapa ketika masih ada dan tiada kelak.
Emak memang sayang anak-anak.
ReplyDeletesyurga di telapak kaki ibu
ReplyDeletebetu la kan. tiada pengganti untuk mak. waaaaaaaaaaaa
ReplyDeletehuhuu uwaa rindu arwah mak saya
ReplyDeletemak ratu hidup kita selama-lamanya..
ReplyDeleteMak kan? Mulut kata tidak tapi perbuatan tak selari. Macam saya lah. Hehehe..
ReplyDeletebertuahlah yang masih ada emak
ReplyDeletekan..ingat mama ammi dulu masa ammi nak SPM. Mama masuk bilik ingat ammi belajar rupanya gigih main batu seremban dengan bestfren. Budak dulu F5 pun main batu seremban lagi tau...
ReplyDeleteAyat mama..."lantaklah nak belajar ke tak"..tapi selang 10 minit mama masuk bilik bawak air oren suruh sambung belajar hahahah
rindunyaaaaa arwah my momma :(
ReplyDeletemak la orangnya yang sentiasa ada dengan kita walau kita tak ada depan mata dia....
ReplyDelete