Wednesday, January 29, 2020

Pakai Mask Muka Langkah Berjaga- Jaga

Hi korang..

Dalam pada virus Novel Coronavirus dah menular masuk ke dalam negara kita lately, semua perlu ambil langkah berjaga- jaga. Tak kisah la kalau kita sihat sekalipun. Mencegah lebih baik dari mengubati kan..kalau terkena boleh bawa maut sebab belum ada vaksin untuk mengubati. Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang berpunca dari Wuhan, China telah membunuh lebih 80 mangsa dan sekitar 3,000 mangsa didapati positif.

SA plak pernah experienced H1N1 tahun 2009 dulu sampai koma sebulan kan...sebab tu SA ambil langkah berjaga- jaga sebab antibodi SA x kuat macam korang yang sihat. SA lebih senang berjangkit demam, selsema atau batuk..selain menjaga kebersihan, pemakaian mask adalah langkah berjaga- jaga..kalau boleh elak kita elak kan...especially berada dalam kawasan ramai pengunjung. Dah la SA kerja kat KL Sentral. memang sepanjang hari SA kat dalam opis je la kecuali keluar beli makanan kalau tak bawak bekal..Mask yang SA pakai ni plak stock masa jerebu last year...nak beli yang bagus sikit stock kat farmasi dah habis...sana- sini dah sold out...sabar jer la...



Sedikit update yang SA dapatkan dari website Astro Awani sebagai panduan korang...

Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Jumlah kes baharu direkodkan sebanyak 1,300 kes yang telah disahkan, kata pihak berkuasa China.
Dalam pada itu, dua lagi negara masing-masing mempunyai satu kes positif koronavirus iaitu di Sri Lanka dan Jerman.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di luar China adalah sebanyak 92 kes.

Di China, beberapa syarikat ternama mengambil langkah beri warga kerja cuti panjang atau 'tutup kedai' sementara bagi mengurangkan bahaya penularan coronavirus yang sedang melanda.

Pelbagai acara yang sudah diatur, apabila satu negara China pulang semula setelah selesai lebih seminggu bercuti menyambut tahun baru, turut dibatal.

Kerajaan China sendiri mengambil keputusan memanjangkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina yang ditambah tiga hari hingga ke 2 Februari.

Tambahnya, di Wuhan sahaja, pembawa virus berkenaan dikhuatiri boleh menjangkau sehingga 44,000 orang tanpa disedari, terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.

Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang diisytiharkan oleh China, dan bilangannya boleh berganda setiap enam hari.
China bagaimanapun tidak memberi respons terhadap anggaran Leung.

Setakat ini, pihak berkuasa Hong Kong telah memperincikan syarat pengakuan kesihatan di wilayah pentadbiran khas China tersebut, selain giat mencari tapak terpencil untuk membangunkan kem-kem kuarantin.

Di Hong Kong sahaja, daripada hampir 400 orang yang disyaki dijangkiti koronavirus, hampir separuh daripadanya kini menerima rawatan di hospital.

Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang berpunca dari Wuhan, China telah membunuh lebih 80 mangsa dan sekitar 3,000 mangsa didapati positif.

Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kecemasan kesihatan awam di China.


18 comments:

  1. betul, kita wajib ambil langkah keselamatan untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  2. bagus..take precaution..belum beli lg..huhu..

    ReplyDelete
  3. Memang membimbangkan SA kan, bilalah semuanya nak berakhir.
    SA tak silap penutup mulut yang SA pakai tu kurang kesannya, guna yang biru tu, yang farmasi/klinik tu, yang tu bagus dan memang di syorkan..

    ReplyDelete
  4. betul setuju kena ambil langkah berjaga-jaga terutama di tempat tumpuan ramai

    ReplyDelete
  5. Kurangkan ke tempat-tempat awam.
    Harap vaksin corona dapat dihasilkan.

    ReplyDelete
  6. Moga semuanya segera berakhir dan pulih seperti sediakala.Sangat merisaukan sebenarnya.Lebih risau bila berada di tempat ramai orang kerana kita tak tahu mereka dari mana dan sejarah perjalanan(aktiviti) mereka..

    ReplyDelete
  7. betul SA, pakai sebagai langkah berjaga-jaga, moga kita di jauhkan daari terkena jangkit

    ReplyDelete
  8. prevent is better than cure. stay healthy everybody.

    ReplyDelete
  9. musim macam ni malas nak keluar. btw nice sharing sis :) |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni memang musim macam2 virus. Elok sangat pakai mask

    ReplyDelete
  11. Menakutkan betul SA.. kita kena ambik langkah berjaga-jaga. Nasib kat rumah nie ada stock mask..

    ReplyDelete
  12. Allahu kak...akak H1N1 survivor ke...huhuhu...take care kak!

    ReplyDelete
  13. smoga kita smua dijauhkn dr penyakit berjangkit..riso kn skarang ni mcm2 virus

    ReplyDelete
  14. sekarang macam-macam penyakit muncul. memang kena pakai mask kalau keluar rumah. tapi tu la stock mask memang takde tiap kali nak topup stock

    ReplyDelete
  15. menda tak nampak ni sgt merisaukan kena berjaga2 kan kak

    ReplyDelete
  16. langkah berjaga2.. elokla pakai.
    lagi2 those yang expose pada public sentiasa kena pakai.

    take care =)

    ReplyDelete
  17. Betul lah tu.. Kita kena mulakan langkah penjagaan kesihatan sedari awal.

    ReplyDelete
  18. sekrang, mask dah jadi benda wajib dh dlm kehidupan seharian kita kan SA. mana mana pergi pun kena pakai

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah