Friday, January 17, 2020

Misi Tawan Hati Ex

Hi Korang...

Tak rugi SA beli novel ni...SA amik masa 11/2 hari jer nak habiskan sebuah novel ni...SA start baca dalam MRT...best citer dia tau...SA baca hari Rabu pagi dan tenghari semalam SA dah habis dah sebuah novel ni...Jalan cerita dia best sangat...so korang kalau nak tawan hati Ex korang boleh la baca novel ni..haha..tapi bukan SA ye...takde sapa yang SA nak tawan hatinya..kalau ada pun sombong sangat baik tak payah..rugi masa dan tenaga je..

Jom baca sinopsis...




Perkahwinan di usia muda banyak cabaran. Tambahan pula tiada restu ibu dan bapa. Masih menjadi pelajar. Sebab desakkan hidup dan ego perkahwinan yang dibina atas dasar cinta hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Akhirnya penceraian jua yang memisahkan mereka atas permintaan si isteri dan ego si suami menceraikan isteri. Mereka terlalu muda untuk hidup yang penuh mencabar dalam sebuah perkahwinan. Kisah Aaraz dan Melati.

Selepas 7 tahun. Mereka bertemu kembali sebagai bos dan pekerja. Aaraz bos, Melati sebagai staff yang memegang jawatan penting. Disini mula misi Melati nak memikat Aaraz kembali demi Dahlia anak mereka yang Aaraz tak tahu kewujudannya.

Tapi misi Melati sukar sebab Aaraz dah bertunang dengan Dayana. Ditambah pula emak mertua yang tak suka dia. Tapi Melati tekad dengan misi nya. Disaat Melati pasrah untuk pergi dari hidup Aaraz sesuatu tragedi berlaku. Aaraz koma dan hilang ingatan. Apabila dia sedar, Aaraz masih menganggap Melati isterinya. Demi Dahlia yang Aaraz masih tak tahu kewujudannya Melati terima permintaan Dayana dan keluarga Aaraz. Dia berpura-pura masih isteri Aaraz.

Namun permintaan demi permintaan Aaraz tentang haknya sebagai suami akhirnya memaksa Melati melukakan hati lelaki itu sekali lagi.

Namun Aaraz menyedari bahawa cintanya masih utuh buat Melati. Dan Aaraz takkan lepaskan Melati untuk sekali lagi.

Berjayakah misi Aaraz dan Melati. Apa terjadi pada Dayana. Mampukah keluarga Aaraz terima Dahlia.

_________________________________________________________________________________


Kalau korang nak tu kisah selanjutnya apakah happy ending atau sebaliknya korang dapatkan novel ni di kedai buku berhampiran..rasanya kat Popular Bookstore ada..ini novel yang SA beli 3 novel RM10 tu...

Kisah ni banyak pengajaran. Kisah kekeluargaan. Kisah darah muda yg ego. Kisah restu keluarga.


8 comments:

  1. Lama betul tak baca novel cinta ni. Jalan cerita menarik. TQ SA

    ReplyDelete
  2. Wah sekejap je dah habis ya SA baca novel. Kak Sue lama tak baca novel, yang ada buku cerita seram, nak baca takut sebab selalu tinggal sorang.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. baca sinopsis dah best! rajin awk baca novel..sy dah lama tinggalkan novel..kadang kala rindu juga nak belek novel..

    ReplyDelete
  4. Saya pulak tengah layan siri adaptasi novel kat Netflix gak.

    ReplyDelete
  5. wah..baca sinopsis pun thu citer ni best..nak kna cr jgk ni..:)

    ReplyDelete
  6. kak SA buat kita rasa nak cari buku sekarang dan baca...hahaha

    ReplyDelete
  7. Saya ada baca novel Seadanya Aku tapi mood malas pulaj nak up review...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah