Wednesday, January 8, 2020

Mak..Nak Peluk Boleh ~ Buat Ramai Menangis..

Hi korang...

Tengok tak citer lakonan  Nasha Aziz dan Rita Rudaini kat TV3 Sabtu lepas..sedih giler kan citer tu..mula- mula SA memang hangin la tengok citer ni sebab Rita Rudaini tu abaikan anak dia kan...memang menyirap jer tengok lakonan dia..tapi bila dah lama- lama citer tu buat SA rasa sebak..mula la senget2 mata ni menahan tangis...sedih oiii...Rupanya Nasha Aziz dalam citer ni hilang anak dia sebab abaikan anak dia masa dia ada kerjaya dulu...

Jom baca sinopsis



Sinopsis

Mengisahkan Syafikah telah berpindah ke KL bersama anaknya Nelly Syakira apabila menerima tawaran kenaikan pangkat di sebuah syarikat swasta terkenal dan meninggalkan suaminya, Arul yang bertugas di Sarawak. Tapi sayangnya dengan kesibukannya meniti kerjaya Syafikah abaikan satu-satunya anak dia. Nelly di hantar ke nursery milik Dessy dan Nelly sentiasa mengadu kepada cikgunya tentang mamanya yg selalu tidak pedulikannya akibat sibuk dengan kerjaya. Dessy jatuh simpati dan cuba menasihati Syafikah tetapi Syafikah tidak menerima segala teguran Dessy sehingga membuat keputusan untuk pindahkan Nelly ke nursery lain. Keputusan Syafikah tidak disenangi Nelly mahupun Dessy.

Suatu hari Dessy berjumpa Syafikah di pejabat dab menceritakan detik2 hitam dalam hidupnya dimana dia kehilangan anak lelaki bernama Ashman akibat tidak menghiraukan permintaan anaknya kerana sibuk dengan kerja- kerja pejabat.Akhirnya Ashman meninggal dunia akibat kemalangan. Meninggal ketika dalam pelukan Dessy kerana permintaan terakhir Ashman adalah untuk Dessy memeluknya setelah sekian lama Dessy tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.


Korang yang belum tengok boleh tengok ulangan kat Youtube...sedih oii...Rasanya Rashid Sibir memang kaji betul- betul cerita ni base on true story. Orang zaman sekarang kan lebih pentingkan kerjaya dan tugas menjaga anak diserahkan kepada pembantu rumah atau cikgu di nursery. Kena ingat walau macam mana pentingnya kerjaya kita, anak dan keluarga adalah keutamaan. Wanita bekerjaya di luar sana..tonton la cerita ini sebagai pengajaran..sedih...terus rasa nak balik peluk kakak Dania..tapi dia dah besar dah pun...hahaha....

11 comments:

  1. ya SA. tak terbendung ayaq mata dalam takungan ni. meleleh2 dibuatnya T_T

    ReplyDelete
  2. aalaaaa tak tengok hari tu draama ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. Lamanya Nasha Aziz tak berlakon.

    ReplyDelete
  4. tak tengok.. balik ni boleh cari kat Youtube. Normally kalau arahan Rashid Sibir mesti cerita dia terkesan mendalam kat penonton.

    ReplyDelete
  5. mak oi, kalo nak tengok ni kena amek tisu banyak2 sedia tepi...kang banjir...lagi2 nasha aziz pelakonnya, terkenal satu masa dulu dengan heroin air mata...

    ReplyDelete
  6. Tak tengok lagi kak citer ni. Nak tengok kena malam ni nampak gayanya.

    ReplyDelete
  7. Kinah tengok masa Dessy mula cerita pada syafikah macam mana dia kehilangan ashman. Memang berjurai air mata ni kak

    ReplyDelete
  8. tak tengok, rashid sibir punya drama kalau yang sedih tu mmg boleh nangis meleleh air hingus bagai...

    ReplyDelete
  9. Ramai yang share cerita ni kat FB. Nanti nak pi tengok. Dah lama tak tengok Nasha & Rita berlakon.

    ReplyDelete
  10. ada tukar haritu, tngok sikit. tapi rasa cam citer sedih je ni, tukar citer lain. kita cepat emo. sedar2 sat gi air mata meleleh je. haha

    ReplyDelete
  11. Akak pun menangis juga tengok drama ni. Terkesan sebab sebagai ibu bekerjaya kadang-kadang terjadi macam tu juga dulu-dulu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......