Thursday, January 2, 2020

Aktiviti Hari Pertama Tahun Baru 2020 Di Kampung

Hi korang...

Selamat tahun baru...tak dan nak buat entry khas tahun baru kat blog, kira aci la ye wish kat sini je..buat semua readers dan follower blog SA yang ntah apa- apa ni...Selamat Tahun Baru, semoga dengan kehadiran tahun baru ni kita semua lebih focus dalam kerjaya dan apa sahaja bidang yang diceburi. Lebih bahagia dan kehidupan lebih ceria. SA takde azam tahun baru, sama aje..cuma kalau boleh tahun ni nak lebih sihat dan berjaya. Nak elakkan relationship yang tidak membawa sebarang faedah dan more focus pada Dania dan Parent.

Bercerita tentang cuti tahun baru semalam, SA pagi- pagi dah balik kampung bawak Mak. Mak nak makan tengahari kat kampung..biasa la nak berborak ngan adik dia iaitu Mak Lang SA. Kebetulan plak Makcik satu family pun balik..as usual SA kalau kat kampung kerja SA merayau la kat kebun belakang mencari apa yang boleh dibawa balik ke Seremban atau boleh dijadikan lauk tengahari...Mintak izin ngan Mak Lang dulu...dia kata "Ambik laaaa, xdo sapo nak makan, Mak Lang bertigo yo kek umah ni". Apa tunggu lagiiiiii....jom tengok gambar...










SA sebenarnya dah pungut kacang botor, dah siapkan untuk dijadikan lauk tengahari. Masa pungut tu kacang tu ternampak pokok keledek tengah banyak menjalar subur semuanya..nampak pucuk2 dia..terus teringin nak masak untuk dinner petang semalam. SA nak buat pucuk keledek goreng belacan..lama tak layan..gigih oi pi pungut siap suruh Dania amikkan gambar. korang tengok je la gambar kat atas tu..malas nak tulis caption..hahaha, baru hari kedua tahun baru dah malas kan....

Jom tengok apa yang SA masak....


Kacang botor yang dh dipotong2 kecil...sekali lagi malas buat sambal belacan sebab tu buat goreng berlada je....


senang je nak masak, tumbuk cili api, ikan bilis, bawang putih dan bawang besar, tumis sampai naik bau dan masukkan kacang, gaul- gaul sebati biarkan kejap letak garam..dah siap...senang kan?


Haaaa...ni buah asam gelugor, mak lang cakap nak campurkan dengan masak lemak ikan tenggiri, tengah type ni pun rasa masam dia macam mana..well mak lang cakap ada cara nak bagi kurang masam..lepas dah cincang2 macam tu rendam dengan air garam dan perah buah ni tadi...then baru campurkan dalam masak lemak ikan tenggiri..


Haaa..ini hasilnya lauk masak lemak cili api ikan tenggiri campur asam gelugor..sedap tak? giler tak sedap...sure la sedap giler..tak masam sangat pun..macam masak lemak cili api campur dengan buah bacang.


Ini plak pucuk keledek goreng belacan...pun senang je masaknya...

Tumbuk 3 biji baang putih dan sebiji cili merah besar tu...tumbuk sekali belacan 1 inci, tumis sampai naik bau dan bawang nampak garing, masukkan pucuk keledek, campur sesudu sos tiram dan 1/2 sudu minyak bijan. letak air sikit kalau nak berkuah, tak pun goreng kering je..sedap...makan dengan nasi panas dan telur dadar ke..huiiiii...sodap....

Itu je la aktiviti SA semalam...sejak akhir2 ni SA kerap makan je...ntah bila nak start bali IF...hahaha..jangan kelaut dalam dah la...


14 comments:

  1. Sedapnya kak.. Keledek goreng rasa mcm kangkung ke kak...

    ReplyDelete
  2. Seronok betul masih ada parents & kampung.. dapat masak-masak mcm ni.. setiap kali SA pos gmbr makanan I telan ailio je hehe. Nak masak sandiri kat rumah lauk mcm ni rasanya tidak kot.. sebab somi & anak2 macam terpaksa makan je kalau lauk mcm ni.. I sorang je tekak kampung *cry*

    ReplyDelete
  3. tengok blog SA time tengahari terus lapar rasa perut nih... semua sedap... dana baru nk tanya buah apa tu... asam gelugur rupanya.... mesti sedap kan masuk dalam masak masak lemak cili api ikan tenggiri tuh kak

    ReplyDelete
  4. Wah bila balik kampung terus dapat makan lauk yang jarang dapat eh? Semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. bagusnya SA kenal pucuk keledek bagai...kalau ammi selagi org tak cakap selagi tu ammi tak kenal

    ReplyDelete
  6. akaakk.. tgh lapar ni jgn menyiksa saya

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Dah lama tak makan pucuk keledek.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya lah hai tengok pucuk keledek dengan masak lemak tu SA..

    ReplyDelete
  9. sedapnya tengok menu2 kampung camni. bertambah tau makan. mmg ke laut la kalau diet. haha

    ReplyDelete
  10. Ya Allah. Aura lauk pauk SA yg ni paling kuat 🤤

    ReplyDelete
  11. bestnya ada kebun dapatlah rasa sayur-sayuran kampung yang segar...

    ReplyDelete
  12. Uit semua lauk nampak sedap belaka lah kak.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kak.. Pucuk keledek tu susah nak dapat.. best je kutip hasil tanaman macam nie..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah