Friday, January 31, 2020

Breakfast Treat By Zura & Samantha Cosec

Hi korang...

2 hari ni kan sarapan SA best betul...paling best sebab ada yang belanja..kawan- kawan yang last day today belanja makan...lepas ni sunyi la office tanpa diorang...sedih tau....sebenarnya SA satukan entry ni untuk 2 hari punya sarapan...malas nak buat banyak- banyak entry...

Jom kita tengok apa yang ada...


All time fav pulut kuning dengan rendang daging order dari Kak Arleena


Roti canai best beli kat Brickfields...memang sedap roti canai tu...ada kuah dal dan sambal sardin


Portion yang SA makan...cuba makan pulut kuning...mak aiiii...terbaik...nasib baik tak semput...teringin punya pasal


Minum plak air teh tarik...huiiiii....memang kombinasi terbaik laaaa


Yang kat bawah ni sarapan hari ni...ada nasi lemak dengan sambal yang sedap ..yang ni Samantha plak yang belanja...memang sedap la.....



Ada jugak Trifle by Honey....best..SA suka buah peach tu...



Alhamdulillah sedap...kenyang segala la...terima kasih buat yang belanja...sebenarnya bukan la ucapan perpisahan, cuma harap lepas ni keep in touch dan semoga ada pertemuan di masa akan datang...all the best buat semua...bestnya boleh rehat kejap..pas tu baru fikir nak kerja lagi ke tak...semoga kami yang tinggal ni terus bersemangat meneruskan perjuangan...

Dah jom tido...rehat lama ni....

Thursday, January 30, 2020

Pedas Berapi Dengan Sambal Mook & Lava Crunchy Kayu Tiga

Hi korang.....

Buat apa tu.....mana yang busy kerja sila la buat kerja ye...tak pun take five jap luangkan masa baca enty pedas berapi ni ha...ada benda HOT DI PASARAN yang SA nak share ngan korang....meh cepat baca...Korang yang masalah tak selera nak makan atau kurang berselera tu better cuba kedua-dua sambal keluaran Kayu Tiga ni sebab memang sedap dan membangkitkan selera korang...Sekali makan walau pedas tapi korang tetap nak makan sambal ni...Pedas tapi mau la kata orang....



Siapa yang hidupnya kalau makan memang nak kena ada sambal, x kisah la sambal apa pun..sambal belacan ke..sambal tumis or sambal hitam Pahang? Ha bleh la geng ngan SA..SA kalau makan memang nak kena ada sambal. Kalau takde sambal rasa macam x lengkap hidup..macam ada kekurangan...   

Baru-baru ni SA ada beli sambal yang sangat -sangat sedap dan terangkat giler makan dengan nasi panas...kalau takde lauk lain just goreng telur mata lepas tu makan ngan sambal ni memang best..sedar-sedar dah tambah nasi sesenduk lagi...bahaya betul penangan sambal keluaran Kayu Tiga ni

Meh tengok :- 

LAVA Crunchy 
Tahap pedas 100% 
Berat : 150 gram 
Expired date : 1 tahun, jika dah buka seal tahan 1 bulan
Bahan-bahan : cili, bawang, ikan bilis, minyak, belacan, asam keping, garam, gula dan perasa yang dibenarkan. 
Harga RM 15.00 - Promo
( harga asal RM 20 )



Sambal MOOK
Tahap pedas 60%
Berat : 150 gram 
Expired date : 1 tahun, jika dah buka seal tahan 1 bulan
Bahan-bahan : bilis, bawang, cili, minyak, belimbing buluh dan perasa yang dibenarkan
Harga RM 15.00 - Promo
(harga asal RM 20)




So..x pedas ke? mak aiii SA ni nama je org NS...memang x bleh tahan la pedasnya...so SA lebih serasi dengan Sambal Mook...kot korang yang giler pedas tu...boleh la cuba Lava Crunchy plak..make sure sediakan air dan tisu kat tepi eh..senang nak lap hingus...haha..korang percaya ke tak sambal ni pedas?

Meh SA bagi bukti...SA ni memang x kuat pedas walaupun SA ni anak jati NS....cheh buat malu je kan tak kuat pedas...alahai..at this age..ah tua- tua ni sistem daya tahan kepedasan tu dah pupus la korang...pasal tu SA ni tak kuat pedas...tak percaya jugak?

Nah tengok sendiri....



SA beli nasi , telur dadar dan sayur bendi asam rebus je...


Mula- mula letak SAmbal Mook sikit je...


...relax lagi...


Kali kedua air mata dah bergenang...tapi still nak gak makan sambal Mook tu lagi...sebab sedap sangat...


Kali ke 3 macam nak surrender...tapi makan gak lagi...


Okeh stop....tak leh habis nasi...SA surrender....


SA x nak cakap banyak...korang rasa la sendiri kehebatan Sambal Mook dan Lava Crunchy ni..

Sangat-sangat recommended....SODAP!!!Rasa dia...pedas dia...semua lengkap...sekali korang rasa pasti akan teruskan ke suapan yang seterusnya...korang kalau kuat pedas SA memang tabik...eh elo...SA buat cekodok bilis pun cicah Sambal Mook ni tau...Tinggal nak cicah Lava Crunchy je SA blom cuba lagi....

Sambal Mook dan Lava Crunchy ni sesuai digandingkan dengan masakan apa pun...janji korang suka dan kreatif....lagi satu sambal keluaran Kayu Tiga ni boleh jer korang bawak pi travel mana- mana walau keluar negeri sekali pun...ye la kadang kita pi luar negeri susah nak cari makanan kan...haaa boleh la bawak pi travel....



Di ganding dengan Ikan Bakar


Di ganding dengan lauk pauk lain


Tahap kepedasan Sambal Larva Crunchy...


Tahap Kepedasan Sambal Mook


Bahan- bahan untuk Lava Crunchy


Bahan- bahan untuk Sambal Mook


Walau apapun...sememangnya Sambal keluaran Kayu Tiga sangat sedap walau SA belum lagi cuba Lava Crunchy tu...insyaallah nanti SA akan cuba jugak..harap- harap muka SA tak bertukar merah padam la bila cuba nanti...hahahah....SA sangat- sangat recommend kat korang...sekarang masih lagi harga promosi..cepat- cepat dapatkan....jangan kata SA tak payung tau.....

Korang nak cuba jugak?




Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Shopee : https://shopee.com.my/watie_ahnan
atau linktr.ee/kayu.tiga
Facebook : Kayu Tiga
Instagram : @kayu.tiga
Wasap.my/601110106740

Selamat Mencuba!!!!!

Street Churros Kini Di AEON Seremban 2!!!


Hi korang..

Ahad lepas SA dan kawan-kawan blogger Seremban sempat memeriahkan Grand Launching Outlet Street Churros yang ke 17 di AEON Seremban 2. Outlet ini merupakan milik artis yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu Tomok. Seronok betul peminat-peminat Tomok dari Seremban dapat berjumpa dengan Tomok. Fans Club Tomok pun datang juga all the way dari Kuala Lumpur.

Street Churros merupakan rangkaian kafe churros terbesar di dunia, ianya berasal dari Korea Selatan di mana churros dibuat hanya dengan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi yang diimport terus dari Korea. Misi mereka adalah untuk meningkatkan jualan makanan jalanan dengan lebih premium, bahan-bahan segar dan kepakaran masakan chef bintang 5 mereka. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat- sangat mampu milik dan hidangan sentiasa disediakan panas sejurus sahaja mendapat pesanan. Korang rasai setiap gigitan churros dan nikmatinya. Churros baru dibuat setiap hari dan Street Churros sentiasa memastikan kualiti / saiz churros dikekalkan keistimewaannya dan menjadi kegilaan ramai terutamanya di kalangan kanak- kanak dan remaja.



Street Churros kini di AEON Seremban 2



Tahniah Tomok diatas pembukaan rasmi Street Churros di AEON Seremban Mall


Perasmian oleh Tomok


Churros ini terdapat dalam 3 perisa istimewa iaitu  Kayu Manis, Coklat dan Keju serta yang terbaru perisa Taro ( keladi)


Pekerja Street Churros sedang menyediakan pesanan


Dah siap Stick Churros...


Preview untuk Ice Cream Churros yang akan datang.


Bagaimana dengan ice cream dengan mini churros? SA sangat suka dan ianya merupakan kombinasi yang terbaik..


Muaz sebagai pengacara majlis


Antara peminat Tomok


Tomok turut mendendangkan beberapa buah lagu


Persembahan dari Tomok sememangnya di tunggu- tunggu oleh peminatnya



Tomok dan pekerjanya setia melayani setiap pesanan pelanggan..


Istimewa pada hari perasmian, sekiranya anda purchase Churros dengan harga istimewa yang ditawarkan anda juga dapat membeli mug dan botol minuman yang ditandatangani oleh Tomok..dapatkan selagi stok masih ada..


SA dan rakan blogger yang lain..


My treasure box


Churros perisa Chocholate


Churros perisa Taro ( Keladi/yam)



SA sempat beli My Treasure Box dimana di dalam pakej ini SA dapat 10 churros dan 4 Dipping sauce iaitu 2 dipping sauce perisa coklat dan 2 perisa cream cheese kalau tak salah. Untuk churros pula SA pilih 5 perisa chocolate dan 5 perisa Taro. Sedap ke? ish...giler kalau cakap tak sedap..mesti la sedap..SA suggest korang makan time panas- panas sekali cicah dipping sauce dia..

Kehidupan adalah tentang keseimbangan, nikmatilah Street Churros untuk menambahkan sedikit rasa manis dalam aktiviti harian anda. Oh gosh, tekstur lembut dan rasa ringan memberikan rasa yang tenang ketika anda menikmatinya...haaaa....maknanya apa tu? Maknanya Churros dari Street Churros sudah berjaya menambat hati SA. 

Siapa yang tidak suka Churros, bukan? Terima kasih kepada Street Churros untuk jemputan. SA suka churros dan akan singgah beli lagi akan datang. Dah tentulah keenakkan churros yang terbaik perlu disebarkan ke pembaca blog SA kan?

So korang yang berada di sekitar Seremban, jangan lupa singgah ke Street Churros AEON Seremban 2 dan nikmati kehebatan churros dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan...SA recommend pada korang semua....

Info selanjutnya:-

Street Churros AEON Seremban 2
Lot No G56,AEON Mall Seremban 2

Wednesday, January 29, 2020

Pakai Mask Muka Langkah Berjaga- Jaga

Hi korang..

Dalam pada virus Novel Coronavirus dah menular masuk ke dalam negara kita lately, semua perlu ambil langkah berjaga- jaga. Tak kisah la kalau kita sihat sekalipun. Mencegah lebih baik dari mengubati kan..kalau terkena boleh bawa maut sebab belum ada vaksin untuk mengubati. Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang berpunca dari Wuhan, China telah membunuh lebih 80 mangsa dan sekitar 3,000 mangsa didapati positif.

SA plak pernah experienced H1N1 tahun 2009 dulu sampai koma sebulan kan...sebab tu SA ambil langkah berjaga- jaga sebab antibodi SA x kuat macam korang yang sihat. SA lebih senang berjangkit demam, selsema atau batuk..selain menjaga kebersihan, pemakaian mask adalah langkah berjaga- jaga..kalau boleh elak kita elak kan...especially berada dalam kawasan ramai pengunjung. Dah la SA kerja kat KL Sentral. memang sepanjang hari SA kat dalam opis je la kecuali keluar beli makanan kalau tak bawak bekal..Mask yang SA pakai ni plak stock masa jerebu last year...nak beli yang bagus sikit stock kat farmasi dah habis...sana- sini dah sold out...sabar jer la...



Sedikit update yang SA dapatkan dari website Astro Awani sebagai panduan korang...

Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Jumlah kes baharu direkodkan sebanyak 1,300 kes yang telah disahkan, kata pihak berkuasa China.
Dalam pada itu, dua lagi negara masing-masing mempunyai satu kes positif koronavirus iaitu di Sri Lanka dan Jerman.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di luar China adalah sebanyak 92 kes.

Di China, beberapa syarikat ternama mengambil langkah beri warga kerja cuti panjang atau 'tutup kedai' sementara bagi mengurangkan bahaya penularan coronavirus yang sedang melanda.

Pelbagai acara yang sudah diatur, apabila satu negara China pulang semula setelah selesai lebih seminggu bercuti menyambut tahun baru, turut dibatal.

Kerajaan China sendiri mengambil keputusan memanjangkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina yang ditambah tiga hari hingga ke 2 Februari.

Tambahnya, di Wuhan sahaja, pembawa virus berkenaan dikhuatiri boleh menjangkau sehingga 44,000 orang tanpa disedari, terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.

Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang diisytiharkan oleh China, dan bilangannya boleh berganda setiap enam hari.
China bagaimanapun tidak memberi respons terhadap anggaran Leung.

Setakat ini, pihak berkuasa Hong Kong telah memperincikan syarat pengakuan kesihatan di wilayah pentadbiran khas China tersebut, selain giat mencari tapak terpencil untuk membangunkan kem-kem kuarantin.

Di Hong Kong sahaja, daripada hampir 400 orang yang disyaki dijangkiti koronavirus, hampir separuh daripadanya kini menerima rawatan di hospital.

Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang berpunca dari Wuhan, China telah membunuh lebih 80 mangsa dan sekitar 3,000 mangsa didapati positif.

Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kecemasan kesihatan awam di China.


Tuesday, January 28, 2020

Kulit Bersinar Umpama Kilauan Kristal, Kini Lebih Mudah Dikecapi Dengan Rutin Dua Langkah L'Oréal Paris!


L'Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence + L'Oréal Paris Revitalift Day Cream baharu yang dipertingkatkan dengan SPF35 PA +++



Sebagai jenama penjagaan kecantikan global, L'Oréal menawarkan lelaki dan wanita di setiap benua dengan produk kecantikan dan penjagaan diri yang dipertingkatkan dengan evolusi saintifik terkini. Berita baik untuk warga Malaysia, jenama ini telah melancarkan produk anti-penuaan dan pembaikan kulit dengan formula baru yang disesuaikan untuk cuaca tropika di negara ini. 

Kulit muda berseri-seri walaupun dari dalam boleh dinikmati dengan menggunakan dua produk utama dalam rutin penjagaan kulit harian anda iaitu: L'Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan L'Oréal Paris Revitalift Day Cream yang baru dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++!




Kita sedar dan memahami bahawa wanita kini mempunyai gaya hidup dan kerjaya yang semakin sibuk, jenama L'Oréal Paris telah merumuskan rutin penjagaan kulit yang dapat memberikan hasil yang cepat dan menambah keyakinan agar wanita kini mempunyai lebih banyak masa untuk fokus di tempat kerja mahupun di rumah. 
Mengenang kembali jenama L'Oréal, besar kemungkinan frasa yang timbul di ingatan adalah "Kerana kita begitu berharga". Frasa terkenal ini umum diketahui di seluruh dunia dan melambangkan jati jenama L'Oréal Paris secara keseluruhannya - semangat untuk membantu setiap wanita menghargai uniknya kecantikan individu sambil menekankan harga diri," kata Hoa Tran, Pengurus Produk Kumpulan untuk L'Oréal Paris Skincare di pelancaran rasmi. 



L'Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence adalah revolusi penjagaan kulit terkini, meraikan kecantikan dan keyakinan wanita. Dilancarkan pada tahun 2019, produk ini dirumuskan untuk memulihkan, menganjalkan dan menghidratkan kulit secara mendalam. Diperkasakan oleh teknologi mikro, ia mempunyai tekstur ultra-ringan, yang membolehkan penyerapan dan menembusi kulit dengan pantas, sedalam 10 lapisan kulit*. Hasilnya, permukaan kulit lebih halus dan berseri.  
Dengan formulasi baharu yang lebih baik, L'Oréal Paris Revitalift Day Cream menawarkan manfaat anti-penuaan dan kulit yang segar hanya dengan dua langkah. Produk ini menggabungkan teknologi canggih dengan perumusan berkualiti tinggi, memberikan hasil yang boleh diukur sepantas tujuh hari bagi kulit orang Asia. Dalam ujian klinikal, pengguna melaporkan bahawa mereka dapat melihat 17% pengurangan untuk kulit yang tidak bermaya, dan 21% pengurangan garis halus di dahi. 
Sangat mudah untuk mendapatkan kulit bersinar umpama kilauan kristal dan berseri. Setiap pagi, mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan Revitalift Crystal Micro-Essence selepas pembersihan dan penyegaran. Goncang dan titiskan 4 titisan ke telapak tangan dengan perlahan, gosok kedua-dua telapak tangan anda. Kemudian, tekapkan tapak tangan yang disaluti esen itu dengan lembut bermula pada dahi, kemudian pipi dan dagu, sehingga esen diserap ke dalam kulit. Akhir sekali, sapukan Revitalift Day Cream sehingga sekata pada wajah dalam gerakan pusing arah jam. Itu sahaja! Rutin penjagaan kulit anda kini lengkap, membolehkan anda sedia untuk menikmati tekstur kulit yang lebih baik, pori-pori yang lebih halus dan kulit muda. 
Bak kata pepatah bahawa “pencegahan adalah lebih baik daripada merawati'. Sebagai jenama terkemuka dalam penjagaan anti-penuaan pada wajah, L'Oréal Paris sentiasa menyarankan wanita untuk mula melindungi dan menjaga kulit mereka pada usia pertengahan 20-an, sambil merangsang pembaharuan sel untuk melawan perkembangan garis-garis halus dan kedutan," jelas Hoa. 

Hoa berkata bahawa dua rutin tersebut mencerminkan jenama L'Oréal - formula berinovasi, aplikasi elegan dan menyediakan kemewahan pada harga berpatutan untuk mereka yang mahukan keunggulan. 
Dengan sokongan penyelidikan perintis selama 40 tahun terbukti selamat dan berkesan, L'Oréal sekali lagi melangkau batas untuk menawarkan rutin penjagaan kulit yang mudah dengan menggunakan formulasi mewah yang memberikan hasil yang mengagumkan. “Kerana anda begitu berharga! " kata Hoa. 


L'Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence diperkaya dengan ekstrak centella 92% tulen, yang berasal daripada centella asiatica, tumbuhan dengan jangka hidup 2 tahun yang tumbuh di tanah lembap Asia. Tumbuhan ini boleh membaiki dan meningkatkan keanjalan kulit, kerana gabungan flavonoid, steroid triterpenik, asid amino, dan glukosa yang berkepatan tinggi. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini juga berupaya melembapkan kulit kering kerana sifat antioksida yang kuat. Selain dari memperbaharui kulit, centella asiatica juga berkeupayaan untuk mengurangkan kesan kerosak kulit akibat matahari. 



Ketika pelancaran tersebut, Dr. Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi di AVISENA Specialist Hospital menjelaskan bahawa Malaysia penuh dengan sinaran matahari sepanjang tahun, tetapi sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merosakkan kulit kita dan mengakibatkan kedutan - juga dikenali sebagai penuaan foto. 
Oleh sebab itu, selain daripada centella asiatica, L'Oréal Paris Revitalift Day Cream juga dipertingkatkan dengan Pro-Retinol, yang merupakan bahan yang berkuasa tetapi juga lembut dalam kumpulan retinoid yang dapat  mengurangkan kesan penuaan foto pada kulit. 
"Secara dasar, retinoid berasal daripada Vitamin A. Untuk mengelakkan kulit kelihatan berusia dan kusam, Vitamin A adalah bahan utama dalam produk penjagaan kulit kerana ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit, menghasilkan kulit yang lebih licin (maksudnya kurang kedutan) dan muda, " kata Dr. Kartini . 
Siti Saleha, seorang pelakon Malaysia turut hadir pada majlis pelancaran itu. Bagi Siti Saleha, kombinasi inti pati mikro dalam krim ini memberikan hasil yang mengagumkan. 
"Saya perlu memberikan yang terbaik di layar, dan saya perlu berada pada tahap 100 peratus untuk berbuat demikian. Ini termasuk mempunyai kulit yang sihat. Oleh itu, saya sangat cerewet tentang perlindungan untuk kulit saya.


"Sejak memulakan rutin dua langkah ini, kulit saya kelihatan dan terasa seperti baharu. Kulit tampak lebih berseri, penuh keyakinan. Sudah tentu, rutin yang ringkas dan mudah juga sesuai dengan jadual saya yang sibuk! " katanya. 
Dapatkan kulit yang bersinar umpama kristal hari ini hanya dengan dua langkah mudah! L'Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence kini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dalam dua saiz - 65ml yang dijual pada harga RM49.90; dan saiz 130ml pada harga RM79.90. 
L'Oréal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ pula boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara mulai Januari 2020 dalam dua saiz: 50ml (RM63.40) dan 20ml (RM29.90). 
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang L'Oréal Paris Crystal Micro-Essence dan L'Oréal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++? Teruskan ke www.lorealparis.com.my, atau ikuti kami di laman Facebook L'Oréal Paris di www.facebook.com/lorealparismalaysia. 

Tentang L’Oréal Malaysia 
Berdasarkan keperluan kecantikan tempatan kami, L’Oréal telah berjaya memperkembangkan lebih daripada 18 jenama di Malaysia yang menawarkan produk paling maju dalam setiap kecantikan, untuk setiap warga Malaysia dengan 800 perkerja ke atas. Sebagai peneraju pasaran di negara ini, L’Oréal diiktiraf di dunia hari ini, kejayaan syarikat tidak lagi hanya dalam prestasi ekonomi, tetapi juga keupayaannya menjadi warga yang benar. Ini adalah keutamaan dan komitmen kami untuk mengurangkan kesan aktiviti kami di planet ini dan meningkatkan kesan sosio-ekonomi positif terhadap kehidupan masyarakat dan komuniti di Malaysia. Sebagai tambaha kepada “Kecantikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik”, inisiatif ikhsan jangka panjang kami adalah “Untuk Wanita Dalam Sains”, “Wanita dalam Perniagaan” dan “Citizen Day”. 

Tentang L’Oréal Malaysia 
L’Oréal, syarikat kosmetik yang terkemuka di dunia, telah menghasilkan kecantikan pelbagai bentuk di dunia selama lebih dari 100 tahun dan telah membina sebuah portfolio 34 jenama antarabangsa, yang merangkumi dan sebagai komplementer yang tiada tandingannya. Pemimpin dunia kecantikan, L’Oréal sinonim dengan kecantikan, inovasi, kemapanan dan kecemerlangan saintifik di lebih daripada 130 buah negara. Misi kumpulan adalah untuk menyediakan inovasi kosmetik terbaik kepada wanita dan lelaki di seluruh dunia dengan menghormati kepelbagaian mereka. Jenama antarabangsa L’Oréal hari ini termasuklah Maybelline, L’Oréal Paris, Garnier, Kiehl’s, Lancôme, Yves Saint Laurent, Shu Uemura, Urban Decay, Biotherm, NYX, L’Oréal Professione, Kerastasé, Ralph Lauren dan banyak lagi. 
Layari www.loreal.com.my untuk maklumat lanjut. 

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah