Saturday, December 14, 2019

Perkongsian Kisah Benar...

JANJI KAMI

Kisah benar ini , Aku alami dan lihat dihadapan mata aku sendiri , Lebih kurang 7 tahun yang lepas .
Ketika itu , Aku sedang bertugas di salah sebuah Hospital Daerah di Johor .

Malam tu seperti biasa , Aku oncall , Di jabatan kecemasan .

Jam 10 malam ..
Jumlah pesakit mula berkurangan .
Aku pun masuklah dalam bilik rehat oncall , Untuk rehat kan badan .

Tak lama lepas tu ..

“ Bos , Ada patient .. Luka dalam dekat kepala ..” Balas salah seorang pembantu perubatan ..

“ Oh , Luka sebab apa ?” Tanya aku

“ Katanya isteri mengamuk ... “ Balas pembantu perubatan

“ Berapa umur patient ?” Tanya aku

“ Dekat 60-an umur dia ..” Balas pembantu perubatan .

“ Mak oi , Ganas betul bini dia ..mengamuk sampai macam tu skali , Mesti laki dia buat hal ni .... kalau tidak , takkan bini nak mengamuk sampai macam ni kan ... ok sekejap , Saya datang tengok ..” balas aku...

Aku pun , Terus melangkah , Ke “ Yellow zone “ Separa kecemasan ...

“ Bos , Ada patient lagi seorang ...Amuk dekat rumah ... Kita dah ikat .. Polis yang bawa.. “ Balas pembantu perubatan

“ Ok , Saya tengok yang luka ni dulu ...” balas aku

Disebelah katil itu , Terbaring nya seorang lelaki yang berumur lewat 60 an , Berpakaian kemas , dengan kopiah di kepala .. Nampak bersih orangnya ..

“ Assalamualaikum , Tuan .. saya doktor yang merawat .. luka dalam juga ni ... apa terjadi ni tuan ?” tanya aku ..

“ walaikumsalam , Doktor .. Panggil saya pak dollah je , Tuan tu tak biasalah saya ... itulah , Saya luka di kepala ni ... kena kuali terbang ... “ balas pakcik tu tersenyum..

“ Macam mana boleh terbang sampai kepala kuali ni ..” Tanya aku ..

“ Saya dah biasa dah doktor .. Bukan setakat kuali .. Baldi , besen , kerusi .. apa saja lagi semua pernah terbang ke arah saya ..” balas pak dollah lagi ...

“ Dasyat betul eh , Semua objek terbang menerbang ni .. dah kenapa pakcik ?” balas aku ...

“ Isteri saya mengamuk ... itu sudah biasa..” balas pak dollah

“ Oh , Boleh pakcik cerita ... kenapa makcik mengamuk sangat ... Sementara tu saya jahitkan dulu kepala pak cik ni ..” balas aku

“ Orang sebelah katil saya ni ... Isteri kesayangan saya ... dah lama dia ada masalah mental ... Bila terlupa makan ubat ... Atau ubat dah habis ... Memang dia akan berubah ... Terus jadi Amuk ..” Balas pak dollah

“ Ohh ... Masalah mental ya .. Ingatkan pakcik kawin baru .. he he he ..” gurau aku

Pak dollah , Hanya tersenyum ...

“ dah tua dah doktor , Nak berbini lagi pun , Bukannya mampu , Tak kuat pun lagi ..” Balas pak dollah ..

Aku teruskan menjahit ..

“ selalu ke jadi macam ni .. sejak berapa lama makcik ada masalah mental ni ...pak dollah ?” Tanya aku ..

“ Boleh tahan kerap juga ... kadang 2 minggu sekali , Ye lah kadang kadang saya pun ada terlepas pandang bila makcik terlupa makan ubat , Mak cik dah ada penyakit ni sejak 5 tahun lepas ...” balas pak dollah ...

“ Tapi hebat lah pak dollah , Boleh bertahan sampai ke hari ni ..” Balas aku tersenyum ..

“ Sejak dia sakit ni 5 tahun lepas , Dia tak seperti dulu ... Perwatakan dia dah berubah .. Tak seperti yang pak dollah kenal dulu ... dia mula jadi cepat marah , Kadang kadang dia tak kenal pak dollah , Meracau sorang2 ... pak dollah hanya hidup dengan jasad saja .. walaupun hati perasaan dia dah lama hilang ... Kdang kadang timbul rasa benci .. cepat cepat pak dollah solat .. untuk buang segala perasaan benci dan marah tu .....” Balas pak dollah tunduk ... matanya merah , Air mata mula membasahi pipi ...

“ Sabar ya pak dollah ..” Pujuk aku ..

“ Maaf doktor , Sedikit emosi .. Tapi doktor jangan risau lah , Mak cik ni tanggungjawab pak dollah ... Sejak dari hari pertama pak dollah nikahi dia .. Itu bermakna Allah dah tanggung jawabkan makcik pada pak dollah .. Dah menjadi kewajipan saya untuk jaga dia seumur hidup ... “ Balas pak dollah ...

“ Makcik boleh uruskan diri sendiri selepas kena penyakit ni ?” tanya aku ..

“ Pak dollah lah yang uruskan semuanya ... Mandi , Makan , Minum , Berak , Kencing ... Pakaian dia .. Aurat dia ... Setiap hari tak pernah putus... Pak dollah jaga yang termampu ... Kalau kena hari yang dia ok ... Pun pak dollah tetap jaga seperti biasa ..“ Balas pak dollah

“ Bila polis datang ?” Tanya aku

“ Tadi makcik baling barang barang sahaja , Tapi dari jauh , Saya nampak makcik dah mula pegang Parang .. Cepat cepat pakcik telefon polis ... “ Balas pak dollah

“ Ya allah , Seram jugak macam tu .. Tapi pak dollah tetap bersabar dengan makcik kan ..” Balas aku

“ Pakcik percaya , Sakit ini ujian tuhan .. Kalau makcik tak kena sakit ni , Mak cik takkan buat macam ni .. Makcik ni sebelum ni , Lemah lembut orangnya .. Dia jaga pakcik bagaikan menatang minyak yang penuh .. Tak setimpal apa yang pakcik buat sekarang ni .. Jatuh naik , kami bersama..” balas pak dollah ...

“ Kagum lah pak dollah .. Sayang betul ... pak dollah dengan makcik ..” Balas aku ..

“ Anak anak pakcik mana ? “ tanya aku

“ Sejak makcik sakit , Anak anak jarang sangat balik kampung , Takut mak dia mengamuk katanya .. Dulu pernah sekalj .. Makcik pernah balik senduk pada cucu dia sendiri .. Itu lah kalj terakhir anak kami pulang ke kampung ..” Balas pak dollah

Mendengar kisah itu ... Aku sendiri mula sebak dan tunduk .. Berat ujian yang allah turun kan pada pak dollah .

Namun , Untuk mengembalikan suasana , Aku cuba mengubah topik ...

“ Makcik saya dah beri ubat penenang , Nanti kita refer pada Pakar Psikiatri ya .. Kepala pak dollah pun saya dah siap jahit ni ... “ Balas aku lagi

“ Doktor , Saya nak mintak kebenaran boleh ? Izinkan saya duduk disebelah makcik boleh ?” Tanya pak dollah ..

“ Ya allah , Mesti lah boleh pak dollah .. Silakan .... “ Balas aku

Pak dollah pun bangun dari katil , Berjalan ke katil isterinya .. Pak dollah duduk sambil mengusap dahi isterinya itu ..Dan mencium tangan isterinya yang terikat pada katil itu berkai kali ..

“ Jangan risau , Awak rehat lah ... Saya kan ada ni ...” bisik pak dollah pada isterinya

Aku hanya terpaku dihujung katil itu ... Sambil aku merenung .. Senyum
pada pak dollah ..

Entah kenapa ... Rasa tenang sangat lihat pak dollah

“ Doktor .. Maaf ... Sekali lagi saya nak tanya .. Boleh tak dapatkan saya kain dan air suam ...” Tanya pak dollah ..

“ Boleh , Kejap ya .. Saya mintak misi ambik kan ..” Balas aku

Tak lama selepas tu , Misi pun bawa kain putih .. dan air suam

Pak dollah menyambut dengan penuh senyuman dan rendah diri ... Menunduk berkali kali tanda penghargaan ..

Pak dollah basah kan kain itu dengan air suam ..

Kemudian , Dia berjalan ke hujung katil , Ke arah aku....

Kain basah suam itu , Pak dollah letakkan pada tapak kaki isterinya ..

Dengan penuh keikhlasan , Pak dollah membersihkan kaki isterinya itu ...

Sambil memandang ke arah aku ..

“ Tadi masa polis ambil dia ... Tak sempat saya sarungkan selipar .. Dah kotor tapak kaki makcik ...” Balas pak dollah ...

Dan pada saat itu .. Aku yang sedang berdiri .. Hanya mampu melihat .. Sesuatu yang paling indah ... Sesuatu peluang yang sengaja tuhan itu beri pada ku untuk memahami .. Apakah itu Cinta ..

Walaupun Pak Dollah di pukul hinga berdarah kepalanya .. Itu bukan lah alasan ..

“ Makcik ni , Seorang saja dalam dunia .. Kalau dia dah pergi nanti .. Pak cik dah tak akan jumpa orang macam makcik lagi ..” Balas pak dollah ..

Jika tuhan berikan kau seorang sahaja untuk kau jaga , Bayangkan Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad terhadap Seluruh umatnya ..

Malam tu membuatkan aku sangat teruja .. Tak sangka aku berpeluang melihat sesuatu yang indah .. Ini semua rezeki dari yang maha esa..

Cinta itu , Jika kurniaannya dan datangnya ikhlas kerana Allah .. Maka indah lah dia ..

Tapi Jika , Cinta itu datang dari nafsu semata .. Maka binasa lah ia..

Di saat aku sedang terpegun dan mengelamun melihat pak dollah yang kusyuk membersihkan kaki isterinya itu ...

“ Kalau doktor nak tahu .. Orang yang di atas katil ni lah Cinta Hati saya , Saya dah berjanji dari hari pertama saya nikahi dia , Yang ...Kami akan menjalani usia tua bersama hingga kesyurga .. “
Balas pak dollah .. tersenyum

Sambil mencium tapak kaki isterinya itu ...

Allahuakbar ....
————————
Mari kita tanya diri kita semula .

Apakah kita mampu lakukan apa yang dilakukan oleh pak dollah ?

“ Ya allah , Kau permudahkan lah perjalanan hidupku dan ahli keluargaku “

Pergaduhan tu memang asam garam dalam rumah tangga , Tapi jaga lah hubungan itu sebaik mungkin yang terdaya .Ambil lah yang positif dari setiap hikmah yang berlaku .

Yang penting , Ingatlah siapa bersama kita dikala naik dan turunya nasib kita.

Kongsilah cinta dengan pasangan anda sementara mereka masih ada .

Gambar ni aku snap dari jauh ... Masa pak dollah ( Bukan nama sebenar) Membersihkan kaki isterinya .

Kadang kadang , Tak perlu hadiah yang mewah , Cukup sekadar kita menghargai insan itu , Kerana ianya lebih bermakna.

Allahuakbar

11 comments:

  1. Ada baca kisah ni kat FB. Sedih. Kuatnya dan tabahnya seorang suami jaga isteri yang ada masalah mental

    ReplyDelete
  2. Beruntung mak cik tu sebab ada suami yang sanggup menjaganya dalam keadaan apa pun.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar... Menitik air mata saat LeYa baca cerita ni..

    ReplyDelete
  4. Pernah terbaca kt Fb dulu, memang sedih sebak....

    ReplyDelete
  5. Allahu..sedihnya baca. Tabah dan sangat sabar. Inilah yang dinamakan cinta sejati.

    ReplyDelete
  6. Sgt cekal pakcik tu...sabar besar ganjaran dia..

    ReplyDelete
  7. alahaiiiii sebaknya baca. betapa dia hargai isteri dia dalam apa jua keadaankan.

    ReplyDelete
  8. susah nak jumpa cinta sejati macam nmi

    ReplyDelete
  9. igtkan kenapa mula mula tu..adoi mata berabuk la sedihh

    ReplyDelete
  10. alaaaa...dah bertakung air kat mata ni. uwaaaa. tachingnya. x penah baca kisah ni kat FB. ni baru baca kat blog SA.

    ReplyDelete
  11. Bukan semua mampu menjadi Pak Dollah namun tak salah kita mencuba.. Saat senang semua suka namun saat susah tak ada yang mahu.. đŸ˜­đŸ˜­

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah